Apalah hidup tanpa ilmu...
Apalah hidup tanpa buku....
Saya memang suka membaca, sedari kecil, sehingga sekarang, sampai cermin mata semakin tebal dan mata juga semakin rabun.
Jadi Pesta Buku antarabangsa adalah satu pesta yang memang ditunggu-tunggu...
Dengan kesuntukan masa, saya hanya sempat tiba di PWTC lebih kurang pukul 4 petang, bersama 2 orang anak yang kecil, suami, dan 2 orang kawan.
Memang menyeronokkan bila kita dapat menikmati apa yang kita suka..Manusia memang ramai, begitu juga dengan penjual buku....dan tidak ketinggalan mereka yang beratur di mesin ATM, saya kira, untuk menokok tambah apa yang sudah kempis ..
Seperti yang telah disangka, pergi dengan anak kecil dan di hujung minggu, kepuasan adalah sesuatu yang sukar dicari pada saat itu.
Saya terpaksa mencari satu 'port' terpencil untuk menyusukan Zulfa kerana tangisan yang tidak boleh dikawal lagi.
Juga 'kehilangan' saya dari pandangan suami menyebabkan suami mengambil tindakan nekad untuk membuat episod 'jejak kasih' dengan meminta pertolongan dari pembesar suara yang boleh didengar seantero dewan pameran.
Mujurlah saya ini tidak terkenal :D
Namun begitu, rasa gembira kerana dapat bertemu dengan Faisal Tehrani untuk tandatangan bukunya yang telah lama saya beli dan kebetulan sedang saya baca...
Dengan menjual nama adik saya yang pernah menuntut di universiti dan menetap di kolej yang sama lebih 10 tahun lepas, dapatlah juga saya berbual-bual sebentar dengan beliau.
Apa yang saya beli?
4 buah buku 'Life is an open secret" untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.
2 buah novel Ana Muslim untuk anak dara yang ditinggalkan di rumah
dan beberapa buah buku lagi...
Tetapi buku yang menjadi sasaran saya, masih belum kesampaian lagi saya membelinya kerana masa yang suntuk.
Itupun kami pulang selepas isya'.
Ya, yang pasti saya akan berkunjung lagi ke Pesta Buku...Insya Allah..
APALAH HIDUP TANPA BUKU...
Monday, April 7, 2008
BUKU, BUKU, BUKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
this year je sy tak ke book fair beberapa trips..hanya 1 trip last friday, tu pun dengan berbelas lecturers...phewwww
kalau tak, letih betul nak accompany lecturer buat selection.. and for sure, utk diri sendiri memang tak sempat... dan selalu 1 hari asing utk diri sendiri..Insyaallah sabtu 12/4, nak terjah dgn badin... :-)
Ya, buku akademik tak sempat tengok lagi....
Insya allah Khamis ni ada supplier nak bawa tapi rasa nak jenguk juga buku lain...tak puas round hari tu...
Post a Comment