Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

HARI BAPA - untuk bapa yang telah tiada

Abah
11 tahun berlalu pergi
saat kau meninggalkan kami
masih segar di ingatan ini
segalanya seumpama mimpi

Abah
Perginya kau di luar jangka
Tinggalnya kami terpinga-pinga
Namun itu ketentuan Yang Esa
Terpahat hikmat di sebalik segala

Abah
mencari rezeki usaha jitu
menyara kami tak pernah jemu
berniaga di kampung penuh liku
Menyerah kalah tak pernah bertamu

Abah
walau tiada harta tinggalan
cukup kami ilmu dan kenangan
Tiada cacat cela kehidupan
kami bersyukur dengan kurniaan


Abah
tak sempat kau merasa nikmat
bersama kami kau tak sempat
hanya doa yang kami panjat
semoga rohmu sentiasa dirahmat

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM HAJI IDRIS HAJI SULAIMAN.

Monday, June 8, 2009

MONOLOG

Umurku semakin tua
tugasku tidak terkira
namun
adakah amalku monokok jua?

suamiku sentiasa di hati
anak jua ingatan tak terhenti
namun
adakah aku telah cukup memberi?

azamku sering berputar
fikiran dan hati terkadang tegar
namun
adakah usaha ku sentiasa membugar?

ini ingin capai
itu juga ingin digapai
namun
mengapa fikirku sering terlalai?

Dunia pasti ingin berjaya
akhirat juga cemerlang dicita
harapnya
aku sentiasa di bawah bimbinganNya
selama-lamanya


Allahu'alam


ummuzulfa
8 Jun 2009

Monday, May 18, 2009

GURU

GURU
Ramai orang berkata, kau umpama lilin
Sanggup membakar diri untuk menerangi insan lain
Tapi, bagiku, kau lebih dari itu
kerana lilin akan padam akhirnya

Bagiku, kau bagai sang suria
Sentiasa setia menerangi manusia
di manapun jua
selagi mana alam ini masih bernyawa

GURU
kau simpan keluh kesahmu
kau telan pahit getirmu
Kau hadapi susah payahmu
Kau sembunyi huru haramu

hanya untuk terus berbakti
generasi demi generasi
segala ilmu terus diberi
untuk membangun ibu pertiwi

GURU
sabarmu sukar untuk dilawan
hati murid harus terus ditawan
ibu bapa mereka dijadikan kawan
kesempurnaan dicari tanpa rasa bosan


GURU
Tanpamu
anak watan tiada jati diri
Tanpamu generasi tidak menjadi
Tanpamu aku pasti tiada di sini
Tanpamu Malaysia tidak mampu berdiri



GURU
Kaulah wira tanpa didendang
ke medan tempur terus terusan
Kaulah pahlawan di medan juang
Jasamu dikenang zaman berzaman


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA

Kalian adalah wira sebenar.

Allahu'alam


Ummuzulfa
18 Mei 2009

Sunday, May 10, 2009

MY MOTHER







My mother
No words can ever describe
The loads of love you have prescribe
Without token without bribe
You always there by my side

My mother
Not one gift can ever replace
The shower of loves you put in place
Your life is never a carpet of lace
But you never give me any less

My mother
You always there when I need you the most
You give your best at all cost
Holding me along the way ,not to get lost

My mother
You always by my side without fail
The food on the table is never stale
The dress you make is never pale
Your words of wisdom penetrate every cell

My mother
I won't be like what I am today
Without you showing me the way
Your prayer will save me on The Judgment Day
May Allah grants you His Blessing and Care

Thank you Allah for giving me a mother
The one and only, like no other
My heaven is under her feet, that is for sure
May Allah Blesses her now and hereafter.



Allahu'alm


Ummuzulfa
10 May 2009

Friday, April 17, 2009

NURUL IMAN ANAK KEDUA

Nurul Iman nama diberi

Kelahiranmu istimewa sekali

9 tahun usiamu kini

ummi bersyukur tidak terperi



Dalam kandungan 9 bulan tanpa alpa

namun kepalamu tetap dekat di dada

tidak turun ke tempat biasa

jadi lahirmu bukan didahului kepala



Kuat menangis boleh tahan juga

Jua merajuk terkadang pening kepala

Namun prihatin usah cerita

Jaga adik sentiasa bersama



Di rumah dialah serikandi

panjat memanjat lebih dari lelaki

tapi di sekolah berubah jadi

tak banyak cakap dan buat kerja sendiri

dengan rakan yang setia di sisi



Nurul Iman dengarlah pesan ummi

Jagalah akhlak dan peribadi

Tutur kata biarlah mewangi

amal ibadah jangan dipandang sepi



Ummi ayah berdoa sentiasa

semoga kau sentiasa berjaya

di akhirat juga di dunia

Jasa keluarga jangan sekali dilupa



Jadilah anak yang berguna
kepada keluarga masyarakat semua
bila di atas jangan dilupa
mereka dibawah yang perlu dibela




Semoga Allah sentiasa bersama
dalam senang dan susah suasana
Allah dan Rasul rujukan utama
Insya Allah akan tetap kekal berjaya



SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 9 NURUL IMAN






















Tuesday, April 7, 2009

PERGILAH KE MANA JUA...NAMUN..

Pergilah ke mana jua...
Kerana pastinya kau diperlukan di sana
Kerana baktimu ditagih jua
Kerana tenagamu pelangkap suasana


Pergilah ke mana jua...
Kerana sifatmu yang suka memberi
Kerana buah fikiranmu tidak terperi
Kerana kesempurnaan tidak henti dicari

Pergilah ke mana jua...
Dunia ini tidak terhitung luasnya
Ilmu itu berada di mana mana
Amal itu memerlukanmu ke sana

Pergilah ke mana jua...
Kerana tidak betah bagimu hidup membatu
Tanpa peduli apa yang berlaku
Di sekeliling ummah yang satu
Kemudian hari tidak sukar bagimu
untuk memberi jawaban yang jitu
Dihadapan Tuhan yang Maha Menentu

Pergilah ke mana jua....
Namun...
Yang ditinggal sudahkah diberitahu
Atau kau terus saja pergi melulu
Tanpa ada bincang dahulu

Pergilah ke mana jua...
Namun...
Keluargamu adakah yang memerhati
Amal ibadah sudahkah dipesani
Makan pakai sudahkah dicukupi
Keselamatan mereka adakah ada yang ambil peduli
Huru hara mereka sudahkah diteliti
Suara hati mereka adakah didengari

Pergilah ke mana jua...
Namun...
Ibu bapa sudahkah dihubungi
Isteri suami adakah redha meredhai
Anak-anak adakah ditinggal sepi

Pergilah ke mana jua...
Namun yang tinggal jangan lupa ditumpu
Kerana keseimbangan itu sangat perlu bagimu
Tertinggal yang satu maka hilangnya tentu
Senget neraca maka tidak lengkaplah hidupmu

Pergilah ke mana jua....
Perjalanan ini tiada noktah untukmu
Dunia ini tiada sempadan bagimu
Namun yang ditinggal juga adalah sebahagian dari hidupmu
Hargailah selagi mana masa bertamu



Allahu'alam


Ummuzulfa
7 April 2009


Tuesday, January 20, 2009

ANAKKU vs ANAK MEREKA












Anakku
keluar ke dunia nyata
cukup hari dan waktunya
disambut pakar tanpa gesa
di hospital serbi serba sempurna



Anak mereka
lahirnya belum cukup waktu
kerana bom dan tembakan melulu
di hospital tanpa kemudahan yang perlu
untuk menyambut bayi mereka yang baru


Anakku
tangisan kelaparan tidak lama kubiarkan
Aku sihat dan bisa menyusukan
tanpa perlu tolong bantuan
Hanya yang terbaik ku mahu berikan


Anak mereka
kecil dan berat tidak kecukupan
di dalam kurungan serba kekurangan
ibumu sakit dan tidak termampu memberikan
khasiat terbaik untuk anak anak kesayangan
kerana keangkuhan dan nafsu kebinatangan
sekumpulan manusia yang tiada peri kemanusiaan


Anakku
ke sekolah tanpa risau dan jemu
tiada askar dan peluru yang menunggu
dihantar dijemput penuh restu
tanpa check point dan bom yang melulu
aman tenteram menuntut ilmu





Anak mereka
jiwa semangat terus membara
ke sekolah berjalan sahaja
walau ditunggu dan peluru tak pernah leka
mencari mangsa tidak kira masa
namun mereka berhati waja


Anakku
bermain di rumah tanpa bahaya
basikal, gelongsor kegemaran semua
lapar dahaga makan minum tersedia
tidak perlu berpindah-randah sentiasa
kerana kelilingmu aman sentosa


Anak mereka
rumah mereka hancur segala
dibom ditolak ditembak sesuka
ayah ummi mungkin hidup mungkin tiada
dihempah timbunan rumah yang tegaknya tiada
bermain bukan agenda utama
kerana nyawa perlu sentiasa dijaga


Anakku
masih sihat dan sejahtera
menghirup udara tanpa debu ketara
dikelilingmu penuh sanak saudara
sentiasa gembira sentiasa ceria


Anak mereka
nyawa mereka banyak yang telah tiada
ditembak dibom dihempap runtuhan segala
darah dan luka seluruh anggota
malang sungguh nasib mereka
Angkara manusia durjana
dan dunia keliling masih alpa
saudara sebangsa beraninya tiada
melawan syaitan yang bertopeng manusia



Anak mereka
perlu dipulih perlu dibantu
trauma mereka perlu diambil tahu
semoga kehidupan boleh dipacu
tanpa bom kereta kebal jua peluru
bangkitlah seluruh dunia
anak kita baik-baik sahaja
namun anak mereka dalam sengsara
jangan biarkan mereka terus merana
kerana kita boleh bangkit bersama
katakan kepada dunia
hentikan kebinatangan mereka
oleh kuasa jahat kuasa hina
hapuskan kejahatan hapuskan peperangan

itu tanggungjawab kita bersama




















Thursday, January 15, 2009

15 JANUARI YANG BERMAKNA






UNTUK YANG TERSAYANG


15 Jan ,puluhan tahun dulu
Harusnya ku berterima kasih kepada ibu
yang mengandung dan melahirkanmu
Kerana pada hari ini
Aku diberi peluang hidup bersamamu


15 Jan, lebih 11 tahun lalu
Sentiasa ku ingati
saban tahun berganti
kerana kau adalah sebahagian
dari kehidupanku.


15 jan,hari ini
saat ini
Ku tak pernah melupakannya
untuk sentiasa mendoakanmu
moga di bawah rahmat Yang Maha Esa
selalu sentiasa dan selamanya


15 Jan,bila-bila pun jua...
Akan terus ku semadikan
tarikh keramat ini
kerana
Kau dilahirkan ke dunia
dan dengan rahmatNya
Kita dapat bersama
mengecapi kehidupan berkeluarga


15 jan ini
Ku sangat syukuri
peluang ini takkan kubiarkan ia pergi
Pasti
Aku mengucapkan
Selamat Hari Lahir
kepada suami yang tercinta


15 jan ini
Moga umurmu sentiasa diberkati
Rezekimu sentiasa terbentang luas untukmu
Amalmu semakin menokok tanpa jemu
Dan kasih kita masih mekar
sepertimana mula bertemu






SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ABANG



ALLAHU'ALAM

15 JAN 2009

Friday, December 12, 2008

BILA ALAM MULA BERBICARA




Manusia alpa manusia leka
Walau tanda sudah diduga
Terus-terusan membuat noda
Dengarkanlah bila alam mula berbicara






Gunung ganang tegak berdiri
Jadilah engkau pasak di bumi
Jangan sesekali ditunda digali
Dengarkanlah bila alam mula memaki





Manusia ingin ceria ingin selesa
Marilah sama di puncak sana
Namun kerap terlupa bumi juga ingin sejahtera

Dengarkanlah bila alam mula berbicara


Sungguh manis mulut berbicara
15 tahun dulu, katanya hentikan segala
Cari sahaja di bumi rata
Namun, betul kata orang tua-tua

Manusia mudah lupa
Nah, dengarkanlah bila alam mula berbicara

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Al-Baqarah : 74







Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)
dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Al-Qasas :77


Alahhu'alam

Ummuzulfa
12 Disember 2008

Nota : semua gambar adalah hakcipta terpelihara site ini

Tuesday, March 4, 2008

PEMIMPIN DUA ZAMAN

Ini adalah sajak yang dinukilkan oleh Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dan dibacakan buat pertama kali di Bengkel Penulisan Siri 1 : Creative and Popular Wrting di Institut Kefahaman Islam Malaysia pada 28 Febuari 2008...


PEMIMPIN DUA ZAMAN


Zaman rekaan kita ini
menyaksikan keganjilan berhala demokrasi
Jutawan membeli kepercayaan awami
Yang lansung tidak mereka hurmati
Mata awami memerhati geli
Calon ketua menggulai'i janji menuai undi
Menggunungi sejuta harapan menjala kawan
Menggali lubuk ketakutan memancing sokongan


Pabila rakyat memilih ketua
Sukarela menghitung rugi dan laba
Untuk diri keluarga dan bangsa
Buat kini dan dihari muka


Walau ketua pilihan dijulang bangsa
Lidahnya lembut berkata permata
Laku berarus lurus ke muara
Bernadi hati suci sepi
Mati berkali mengejar Ilahi
Melacak tapak di makam tinggi
Perlukah debu moyangnya tiup ke awan
Agar terbang ke alam pahlawan?
Perlukah kekasihnya di semat bintang
Agar pemimpin tidak menghalang?
Perlukah supirnya diangkat mudir
Agar segala janji tidak termungkir?
Wajarkah temannya sepermainan
dijamu sedulang
Agar harapan kejap tergenggam?


Ketua itu pilihan kita
Kitalah ketua sebenarnya!


Alahai zaman ini sungguh ganjil
Semua yang besar sebenarnya kerdil
Lidah bercabang menyanyi bakti
Wang dan amaran menambat hati


Palingkan dhamirmu ke zaman lalu
Di mana keduniaan dan ketuhanan mesra menyatu :
Laksaan jiwa redha pada setiap sabda
Segala anbiya malu pada darjatnya
Tumitnya bengkak berdiri syukur
Dalam Kebenaran sentiasa lebur


Zaman lalu itu tak terkubor
Bagi bangsa yang tidak kufur
Pada butiran intan dari Syurga
Watak kepimpinan tak tertara


Pemimpin itupun beranak menantu
Dan khadam pembantu
Ipar duai
Ranting berangkai
Akar zuriat urat berurat


Mereka semua dicintai bangsa
Dulu dan sehingga bunyi sengkala
Namun tidak meminta tempat dan harta
Tidak menghalang segala peminta
Yang layak dan yang tercedera


Zaman lalu itu penuh sakti
Kuasa di tangan Tuhan bertakhta di hati
Ketua diikuti tapi tak ditakuti
Dikasihi dengan hati yang mengerti


Dua zaman tidak terpisah kenyataan
Jika herharap bertemu Tuhan







Nota : Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud sekarang bertugas di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), UIA.

Koleksi sajak beliau telah dibukukan : Mutiara Taman Adabi - sebuah Puisi mengenai Agama,Filsafat dan masyarakat

Free Counters
Petco Promotion Code