Wednesday, April 2, 2008

KEMPEN PERTAHANKAN AL-QURAN



Orang Islam diuji lagi.....

Belum lagi reda dengan isu penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad di Denmark, kini dihebohkan lagi dengan penerbitan filem online Fitna oleh seorang dari Belanda.


Bukan calang orang yang membikin filem ini, tetapi seorang yang merupakan ahli parlimen di Belanda.












Saya sendiri belum melihat filem ini, katanya cuma 15 minit tetapi dengan jelas mengaitkan Islam dengan keganasan di samping menggunakan ayat-ayat Al-Quran di luar konteks yang sebenarnya.


Maha Suci Allah yang memelihara agamaNya yang suci ini.



Maka, seluruh umat Islam merasa terluka dengan kejadian ini.Manakan tidak, agama dan Rasul kesayangan kita sekali lagi dihina...


Ekoran dari situ, timbullah seruan untuk menempelak, membuat demonstrasi dan memboikot barangan Belanda.


Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan memboikot ini, dengan memikirkan nasib hampir sejuta umat Islam di Negara Belanda itu sendiri.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pasaraya Mydin dan jutaan umat Islam adalah mereka yang merasa terpanggil dengan seruan ini.





Ustaz Zaharuddin juga telah menjelaskan isu ini dengan terperinci dan mewajarkan boikot ini untuk memberi tekanan kepada negara Belanda, bukan untuk menindas saudara semuslim kita di Belanda, tetapi untuk memberi isyarat bahawa sensitiviti umat Islam tidak sewajarnya dipandang sepi.

Dan ada berita yang menyatakan bahawa ahli perniagaan Belanda akan menyaman ahli Parlimen tersebut sekiranya usaha boikot ini akan menjejaskan kewangan mereka.


Ya, nampaknya duit memang berkuasa di akhir zaman ini.





Ustaz Dr Yusuf Qaradawi juga telah menggariskan 5 aspek penting yang perlu dibuat oleh orang Islam untuk menangani masalah ini, dan boikot ini adalah cadangan yang kelima.





Ustaz Hasrizal, dengan hujjah, tidak menyokong usaha memboikot ini.

Ramai orang memberi komen berkaitan perkara ini dan saya secara peribadi merasakan ia wajar dibaca oleh kita semua untuk perkembangan ilmiah dan pemikiran kita.

Carilah maklumat, buatlah pertimbangan yang sewajarnya dan bertindaklah mengikut keupayaan kita.



Jika ditanya, adakah saya akan boikot, soalan yang agak sukar saya jawab kerana semua hujjah untuk samada menyokong atau tidak usaha memboikot ini masing-masing mempunyai asas yang kukuh.


Tetapi untuk kesan jangka pendek, ia memang berkesan sekiranya ia dijalankan secara bersepadu dan menyeluruh.

Bagi saya, yang sangat jarang membeli susu Dutch Baby, mengisi minyak di Petronas dan menggunakan jenama tempatan untuk ubat gigi dan sabun, usaha untuk tidak membeli barangan Belanda ini tidak sesukar yang digambarkan.

Namun saya sering juga terfikir dengan saudara seagama saya di Belanda itu, adakah usaha saya ini akan membantu mereka?

Tetapi yang penting bagi kita semua sebagai orang Muslim di mana juga dan di setiap ketika adalah untuk menjelaskan kepada mereka orang bukan Muslim tentang kebenaran Al-Quran.

Percayalah, kebenaran AL-Quran tidak akan terusik sedikit pun dengan apa jenis filem atau kartun tetapi kitalah yang sepatutnya menjadi duta menerangkan kepada dunia bahawa ISLAM adalah agama keamanan, persaudaraan dan kebenaran.



Bolehkah kita melakukannya, dengan perkataan dan perlakuan kita?

Maklumat dan ilmu sangat mudah dicari di zaman teknologi ini.

Dengan asas yang kukuh, Insya Allah, kita boleh membezakan antara yang benar dan yang batil bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah

Jadi saudaraku, mahukah kita menyahut cabaran ini?



Ummuzulfa

2 April 2008
















No comments:

Free Counters
Petco Promotion Code