Tuesday, May 15, 2007

PENGEMBARAAN DI DUNIA BUKU - satu pengalaman peribadi

Saya memang gemar membaca.
Sejak dari kecil lagi.
Sering juga saya dimarahi oleh arwah abah dan ibu kerana lampu bilik masih menyala walaupun sudah tengah malam.
Tidak kurang juga sering ditegur kerana membaca didalam selimut bersuluhkan lampu picit kerana lampu bilik sudah ditutup.

Minat membaca tersebut datang sendiri.Duduk di kampung dengan kemudahan bahan bacaan yang tidak semewah sekarang, saya amat menghargai buku-buku di dalam perpustakaan sekolah saya.
Seingat saya, tiada perpustakaan awam di kampung sayasehinggalah adik saya yang no 7 bersekolah rendah dikampung.
Saya hanya mempu membaca selepas bersekolah darjah satu, bukan macam sekarang yang pelajar-pelajar tadika mesti tahu membaca sebelum masuk ke darjah satu.
Kalau tidak memang ketinggalan di dalam pelajaran.

Buku-buku kegemaran saya semasa sekolah rendah tentunya karya Enid Blyton seperti 5 sekawan, 7 Penyiasat dan berbagai tajuk lagi. Watak-watak seperti George, Eddie dan beberapa lagi yang saya tak berapa ingat,hidup di dalam kehidupan kanak-kanak saya.

Bila saya sudah dapat buku, maka makan pun saya tidak ingat. Seringkali, tugasan saya menjaga kedai dan menjaga adik-adik terabai kerana terlalu asyik membaca.
Tugasan saya menjaga kedai selalunya saya isi dengan membaca.
Dengan berkerusikan tin minyak yang kosong,bermejakan satu bench panjang, saya akan duduk didepan kedai melayari kisah-kisah menarik buku yang saya baca.

Adik kecil menangis jatuh buaian pun saya tak perasan kerana saya merasakan yang saya sudah berada di dalam persekitaran yang mendebarkan seperti yang digambarkan di dalam kisah 5 sekawan atau 7 penyiasat.

Ya, memang kebanyakan pendedahan bacaan awal saya adalah di dalam Bahasa Melayu. Maklumlah, penguasaan Bahasa Inggeris bagi kanak-kanak sekolah kampung tidak sehebat kanak-kanak di bandar.
Tetapi saya tidak menyerah kepada keadaan tersebut.
Saya berusaha sendiri untuk membaca buku Bahasa Inggeris.
kalau tidak silap saya, buku Bahasa Inggeris pertama saya adalah berkisahkan anak patung yang bernama Jane.
Buku berkulit tebal tetapi muka suratnya tidak banyak.Bukunya dipenuhi dengan gambar dan mempunyai tulisan yang besar.

Bila saya terjumpa perkataan yang saya tidak faham,maka saya akan mencatitnya di dalam satu buku dan cuba mencari maksudnya di dalam sebuah kamus kecil saya yang kemudiannya saya juga mencatitnya di dalam buku tersebut.
Jadi saya mempunyai satu mini-kamus saya sendiri.
Bagi saya, cara tersebut amat efektif untuk menambah perbendaharaan kata (vocabulary) dan membuat penyusunan ayat yang baik.

Jadi di situlah bermula pengembaraan saya di dunia buku.
Perpustakaan sekolah menjadi antara tempat 'favourite' saya.
Walaupun buku di dalamnya tidak banyak tetapi agak cukup bagi kapasiti saya pada waktu tersebut.
Saya masih ingat, beberapa kali saya 'mencuri' keluar buku dari perpustakaan kerana setiap kali saya hanyaboleh meminjam 1 buah buku sahaja yang saya rasakan sangat sedikit.
Saya akan menyorokkan buku-buku di dalam kain sekolah dan kemudian dengan selamba keluar dari perpustakaan:D

Nasib baik sepanjang 'misi' saya itu, tidak pernah saya tertangkap, kalau tidak memanglah malu kerana saya adalah salah seorang pengawas sekolah.
lagipun, ada beberapa buku yang saya baca berulang-kali kerana bagi saya amat berkesan dan menarik di hati saya.

Antaranya adalah buku Enid Blyton lebih kurang bertajuk "Rumah Beratap Merah". Ia mengisahkan sebuah keluarga yang tidak harmoni yang tinggal di rumah beratap merah.

Selepas kedatangan seorang nanny (penjaga kanak-kanak) ke rumah tersebut, beliau berjaya menyusun semula perjalanan rumah tersebut dan menjadikan keluarga tersebut tinggal di dalam keadaan yang bahagia.
Bagi saya, banyak pengajaran yang boleh didapati dari buku tersebut.

Tapi mungkin juga rumah tersebut adalah antara rumah idaman saya semasa kecil.Maklumlah, kami adik-beradik tinggal di rumah kedai yang hanya mempunyai 1 bilik (kedai sebelum tahun1986) atau 2 bilik (berpindah kedai selepas tahun 1986).
Barang jualan berada di mana-mana hatta di bawah tempat katil atau di tepi meja makan.
Rumah kami lebih kepada stor barang dari rumah yang 'proper'

Memang rumah di dalam erti kata yang sebenarnya memang menjadi impian kami sekeluarga namun, rezeki belum membolehkan arwah abah membina rumah untuk kami.
Namun, bila difikirkan kembali, saya tidak pernah menyesal dibesarkan di dalam kedai tersebut kerana persekitaran tersebutlah yang membentuk diri saya yang ada sekarang.

Pendedahan lebih banyak saya dapati setelah saya bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh di selatan tanah air.Maklumlah SBP mempunyai kemudahan yang lebih baik dari apa yang ada di sekolah kampung saya.
Koleksi buku-buku yang lebih banyak dan menarik.Di situlah saya banyak menghabiskan membaca buku-buku Bahasa Inggeris bertemakan remaja.

Lagipun, pengajaran Bahasa Inggeris kami, memerlukan kami membaca sekurang-kurangnya 2-4 buku sebulan yangdisediakan di dalam 'books box' di setiap kelas dan diwajibkan membuat ringkasan buku tersebut.
Dari situ, sedikit sebanyak kemahiran sastera Inggeris terlekat juga di minda kami tetapi taklah sampai ke karya Shakespere.

Buku-buku yang saya masih ingat lagi adalah seperti "Persuasion", "Daddy Long Legs" dan"Tale of two cities" Memang tidak dinafikan, masa remaja saya diisi dengan buku-buku Inggeris dan kurang dari bahan bacaan BahasaMelayu.Minat itu berterusan sehingga saya ke pusat pengajian tinggi.
Ditambah lagi bidang yang saya ambil, mempunya bahan rujukan di dalam Bahasa Inggeris, maka kiri-kanan sayadikelilingi oleh buku Inggeris.Di universiti, novel Bahasa Inggeris adalah bahan bacaan 'favourite' saya dan sesiapa yang satu'species' dengan saya.


Nama-nama pengarang seperti Shidney Sheldon, Danielle Steele, Judith McNaught dan Virginia Andrews adalah antara pengarang kegemaran saya.Selalunya, sumber buku-buku tersebut adalah dari kawan-kawan.
Kehidupan di universiti dengan keadaan kewangan yang terbatas memang tidak memungkinkan saya membeli novel-novel tersebut yang harganya tidak kurang dari RM20-RM30.

Saya boleh membaca buku cerita sepanjang malam tanpa tidur sepicing pun sehingga subuh.kadang-kadang kelas pagi pun ada yang 'miss' keranamengantuk, tapi taklah selalu :)

Ada juga kawan yang bertanya. " kawan kita ni tak datang kelas ke hari ini?"Kawan yang begitu mengenali saya akan menjawab " kan dia dapat buku cerita malam tadi"

Begitulah jiwa muda saya pada waktu tersebut. Bila umur meningkat dan persekitaran juga berubah,minat membaca saya juga turun naik mengikut kesibukan waktu.

Tetapi, entah bagaimana, saya mendapat kekuatan baru di dalam pengembaraan dunia buku bila saya melanjutkan pelajaran untuk program master.
Mungkin, kerana keadaan menuntut saya untuk sentiasaberdamping dengan buku membuatkan saya menemui dimensi baru di dalam dunia buku saya.

Buku-buku novel bukan menjadi pilihan utama saya -mungkin sebab dah meningkat tua kot :)Saya lebih cenderung kepada buku-buku kemanusiaan dan isu semasa, (From Beirut to Jerusalem, War on terrorism : the untold truth, The New Jerusalam) , skil keibu-bapaan (Khalifah method of parenting,effective ways of parenting, majalah parenthink), buku-buku motivasi ( La tahzan (don't be sad), God is My CEO, 7 formula individu cemerlang, dan tip-tip cemerlang dari Al-Quran)

Juga buku-buku berkaitan agama seperti EnsiklopediaPendidikan Sains Dalam Al-Quran, Biografi Muhammad bin Abdullah dan teks-teks usrah.
Majalah-majalah ilmiah seperti Majalah I Islam danMilenia Muslim memang menjadi bahan bacaan wajib saya setiap bulan. Kadang-kadang, Majalah Dewan Agama dan Falsafah juga akan saya beli, sekiranya ada topik yangmenarik.
Setiap waktu terluang di dalam bas, komuter atau LRT semasa pergi dan balik kelas akan saya cuba isikan dengan membaca.

Saya masih lagi 'prefer' mencari buku Bahasa Inggeris,bukan kerana tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, cuma saya merasakan lebih mudah mendapatkan bahan ilmiah di dalam Bahasa Inggeris dari bahasa Melayu dan kadang-kadang Bahasa Inggeris dapat menyentuh hati saya lebih dari Bahasa Melayu terutama untuk buku-buku terjemahan.

Contohnya, saya lebih selesa membaca buku "Don't be sad" tajuk asalnya 'La Tahzan" karya Dr Abdullah Al-Qarni berbanding "Jangan Bersedih" terjemahan Indonesia.
Anggaplah kecenderungan saya kepada buku Bahasa Inggeris sebagai kelemahan peribadi saya, dan tidak disandarkan kepada kekurangan Bahasa Melayu.
Perjalanan saya masih panjang untuk menjelajah keindahan Bahasa Melayu dan saya tidak letih untuk mencubanya.

Alhamdulillah, kebelakangan ini, sudah ramai penulis tempatan tampil menulis buku-buku yang bermutu.Sekadar untuk menyebut beberapa nama, kita ada Chef Li dan Dr Daniel untuk buku motivasi, Hajah Rohani untuk skil perancang kewangan dan puluhan nama lagi yang selalu menulis artikel bermutu di dalam majalah ilmiah.

Membaca sememangnya membina minda dan memberi perspektif yang meluas di dalam menilai sesuatu perkara.Kita akan menjadi manusia yang lebih bijak, prihatin dan matang.

Semasa saya membaca buku From Beirut to Jerusalem karya Dr Ang Swee Chin, seorang pakar Otopedik kelahiran Malaysia, yang berkhidmat di Palestin danLubnan sekitar tahun 80-an, telah memberi satu inspirasi yang kuat kepada saya untuk manjadi sukarelawan kemanusiaan.

Di dalam hati kecil saya berkata " kalau seorang Kristian sanggup menyabung nyawa untuk membantu orangMuslim di Palestine, apatah lagi muslim seperti saya..."
Buku itu secara tidak langsung telah manjadikan saya seorang yang lebih prihatin dan menanam azam untuk berkhidmat demi kemanusiaan.

Bahan bacaan juga boleh mempengaruhi cara berfikir dan cara hidup sesuatu komuniti dan masyarakat.Amat besar ruginya kepada sesiapa yang tidak membaca,apatah lagi kepada umat Islam.

Bukankah wahyu pertama kepada Rasulullah adalah surah Al-Alaq yang bermula dengan "Bacalah....dengan namaTuhanmu.."

Media pernah melaporkan, rakyat Malaysia adalah antara individu yang paling sedikit membaca - hanya beberapa helai setahun .

Bukankah sudah tiba masanya untuk kita berubah.....

Marilah kita memulakannya......

THE CHANGE START WITH ME

Wallahu'alam

3 comments:

Anonymous said...

Good story...teruskan

Anonymous said...

Sgt mberi inspirasi...

Anonymous said...

sudirmansaroji@gmail.com Sila hubungi

Free Counters
Petco Promotion Code