Tidak sedar, begitu cepat masa berlalu...
Umur pun sudah bertambah setahun lagi...
anak pun sudah bertambah umur setahun lagi...
Pada tarikh 9 April 2007, Anis Zulfa , puteriku yang keempat selamat dilahirkan selepas hampir 6 jam bertarung, tetapi alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dan semangat suami, Zulfa selamat dikeluarkan di dunia ini.
Terhutang budi juga dengan epidural yang menolong mengurangkan rasa sakit hampir 90%.
Zulfa disusukan dengan susu sendiri, sehingga sekarang alhamdulillah, Allah permudahkan.
Zulfa dibelai oleh ummi, ayah , 3 kakak, nenek dan aunty dan uncle yang sering bersama.
Semoga membesar dengan sihat.
Zulfa ditidurkan dengan buaian elektrik, didukung oleh ayah dan di'nenen'kan oleh ummi
Zulfa belajar meniarap, duduk dan merangkak, sekarang berdiri dengan berlepas tangan sekali-sekala, masih belum berjalan.
Zulfa sangat keletah dan mulut tidak berhenti menceceh dengan bahasa yang hanya dia yang memahaminya.
Zulfa boleh menjerit sekuat hati bila ada kehendak hati yang tidak dituruti
Tidur malam adalah sesuatu yang sukar dilakukan....perlu dinenenkan sambil berbaring dan diselang-selikan dengan memanjat hujung katil dan mencium dinding bilik.
kadang-kadang ummi berasa marah kerana tidak mahu ditidurkan, kerana keletihan, ummi terkadang boleh hilang pertimbangan.
Mujur ada ayah yang sabar dan mengambil alih tugas mendukung dan membuai.
Sudah setahun Anis Zulfa....
Ummi tidak perasan cepatnya masa berjalan...
Selalu terfikir, cukupkah masa ummi bersamamu..
Terleraikah dahagamu dengan susu ummi ini...
Gembirakah Zulfa dengan gurauan ummi...
Sihatkah Zulfa dengan makanan yang disediakan....
Hanya satu ummi berdoa...
Semoga menjadi anak solehah...
Menjadi penyejuk mata ayah dan ummi..
Menjadi pejuang kebenaran....
Menjadi insan yang berbakti untuk agama tercinta....
Khadijah, Aisyah dan Fatimah, jadikanlah contoh ikutan..
Anakku...
janganlah tinggal solat kerana ia tiang agama...Runtuhlah agama jika ia diabaikan....
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Ibrahim : 40)
Anakku....tuntutlah ilmu...kerana kesejahteraan didunia adalah dengan ilmu dan kebahagiaan akhirat juga adalah dengan ilmu...
Dan berusahalah ke arah taqwa....
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
(Al-Furqan : 74)
Insya Allah doa ummi sentiasa mengiringi mu, Anis Zulfa
Ummuzulfa...9 April 2008
Allahu'alam
1 comment:
Happy Birthday Baby Zulfa!
- love from
Abang Nabil n Abang Naufal :-D
Post a Comment