Saturday, April 26, 2008

RISAU UNTUK MENINGGALKAN...



Hati gembira juga teruja
Ke negeri orang akan bersama
Tugasan dan pengalaman sangat utama
Mencedok ilmu di mana sahaja
Semoga boleh berkongsi jua bercerita

Malaysia ditinggal sementara
Kaum keluarga juga rakan taulan semua
Walau gembira hati tidak leka
Yang ditinggal diharap baik-baik sahaja
Kepulanganku harap ditunggu semua

Yang sekolah perlu terus bertamu
Yang besar juga yang belum cukup waktu
Ummi di sana berdoa tidak jemu
Semoga kasih sayang sentiasa diseru


Insya Allah, pemergian kali ini hanya untuk beberapa hari. Persidangan akademik di Sydney Australia ini adalah yang julung – julung kali saya hadiri.




Teruja tidak dapat disembuyikan, maklumlah saya tidak pernah berkunjung ke Australia sebelum ini. Pengalaman ke luar negara saya boleh dibilang dengan jari. Cuma seminggu ke Korea Selatan, menghabiskan seminggu di Yogjakarta untuk misi kemanusiaan selepas gempa bumi dan 12 hari ke beberapa negara Timur Tengah, juga untuk misi kemanusiaan.

Alhamdulillah, pemergian yang ditanggung oleh pihak majikan ini, bertemankan beberapa orang rakan sekerja.

Ya lah, bukan senang untuk menuntut ilmu perkembangan terkini di dalam bidang kami ini, jadi peluang ini pasti kami tidak lepaskan.

Kumpulan kami ini terdiri daripada mak-mak orang tetapi merasalah kami menjadi anak dara semula untuk satu minggu ini :D

Sebagai seorang ibu, pastinya hati sedikit sebanyak risau untuk meninggalkan keluarga terutama anak-anak

Anak –anak yang bersekolah, ayah merekalah yang terpaksa mengambil alih tugas menghantar anak ke sekolah (yang jauhnya hampir 50km dari rumah), ke kelas tambahan juga memastikan kerja rumah selesai tanpa banyak masalah.






Cuma yang paling merisaukan saya ialah untuk meninggalkan yang paling kecil, Zulfa.

Zulfa yang masih menyusu badan sepenuhnya sangat ’bergantung’ kepada saya terutama di waktu malam sebelum tidur.






Waktu siang, alhamdulillah, stok susu yang ditinggalkan Insya Allah mencukupi, cuma.... bagaimana di waktu malam?



Hanya kepada Allah sahaja saya menyerah segala ketentuan.

Sebagai ibu bekerjaya, dilema di antara kerjaya , kepuasan diri dan keluarga sentiasa menghantui diri dan terkadang boleh menekan.
Tetapi saya sentiasa bersikap positif dan cuba membuat yang terbaik.

Segala yang selebihnya saya serahkan kepada Allah....




Kepada suami yang dicintai
Diharap pemergianku direstui
Juga doa dekat di hati
Semoga urusan anak-anak ditangani
Tanpa sedikit rasa dibebani

Kepada anak-anak tersayang
Ummi pergi bukan sebarang
Cukup waktu pasti kan pulang
Jagalah akhlak sentiasa kan terang
Hati ayah jangan diambil ringan.


Allahu'alam

Ummuzulfa

26 April 2008








2 comments:

Anonymous said...

Seeru 'ala barokatillah. InsyaAllah didoakan semoga dilindungi oleh Allah SWT di mana jua berada.

abuiman

Anonymous said...

akak, pegi OZ jgn lupe beli oleh-oleh..hehe

Free Counters
Petco Promotion Code