Saturday, April 26, 2008

CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS - panduan berguna



“Sabariah tidak mahu melukakan hati Kassim Selamat. Sabariah tenang memberitahu ibunya.

“Kassim Selamat?, siapa dia Kassim Selamat?, Lawyer? (sebutan : loyar) Majistret? Ibu garang menyoal balas.

Sabariah menggeleng ,”Ahli muzik”

“Ahli muzik ????” Ibu tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya.

”Pantang keturunan nenek moyang aku ahli muzik....”

Itu adalah antara siri dialog yang paling ”happening”di dalam filem terkenal karya P. Ramlee, Ibu Mertuaku.

Cuma saya terfikir.....

Sekiranya Kassim Selamat itu seorang penulis, adakah jalan cerita itu akan berakhir dengan tugasan baru sebatang garfu?........mengorek keluar biji mata dari soketnya....

Saya tidak ada jawaban untuk soalan itu...

Namun, saya hampir pasti, perkara itu tidak akan terjadi di zaman sekarang.

Manakan tidak, ramai sahaja penulis yang menjadi jutawan di atas hasil kreativiti mereka menulis.

Siapa yang tidak pernah membaca buku Harry Porter ? (kecuali saya..:D)

Korporat mana yang tidak mengenali Stephen Covey?

Bukan sedikit remaja (termasuk remaja tua) yang sanggup menghabiskan puluhan malah ratusan ringgit untuk membeli buku-buku cinta khayalan yang sedang banyak di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Justeru, saya amat menghargai kemunculan buku ini di pasaran : Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas.


Penulisnya, yang juga seorang penulis bebas tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan ramai penulis berpotensi di luar sana supaya perjalanan mereka menjadi lebih mudah.

Buku ini memberi panduan kepada penulis ”beginner” bagaimana untuk mula menulis, kenapa mereka mahu menulis dan cara-cara untuk menarik perhatian editor majalah untuk menerima karya mereka.

Buku 9 Bahagian ini memulakan panduannya dengan memberi pendedahan awal kepada dunia seorang penulis dan memberi galakan untuk seseorang mengatasi perasaan takutnya untuk menulis dengan memberi beberapa contoh perjalanan penulis terkenal sebelum berjaya.

Bahagian yang lain seterusnya memberi panduan teknik-teknik untuk memulakan, menyemak dan menyunting hasil tulisan anda.

Tidak ketinggalan, buku ini juga memberikan tips-tips praktikal untuk mendapatkan maklumat di dalam dunia maya supaya hasil penulisan menjadi lebih ’hidup’ dan tidak lari dari fakta realiti.

Cara-cara untuk menghantar hasil tulisan kepada editor majalah dan membuat surat iringan juga tip mengatasi perasaan kecewa bila hasil karya ditolak, juga diulas dengan baik.

Dalam banyak-banyak bahagian yang ditulis, saya paling menghargai penutupnya. Penulis telah menyelitkan kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad pada tahun 2003....

”Saya merayu semua peringkat insan Melayu dalam semua bidang hatta tidak ada bidang pun tetapi ada kisah terkecuali dan menarik untuk dibaca agar segera mengambil pena, kertas dan tulis, tulis dan terus menulis. Baca dan terus membaca dan terus menimba ilmu hingga nyawa berpisah dengan badan....”






Saya kira penutup itu telah menyimpulkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis di dalam bukunya.

Saya merasakan semua penulis tidak kira penulis artikel, novel mahupun penulis blog, wajar memanafaatkan buku ini untuk mendapat sedikit-sebannyak ilmu penulisan.

Mungkin ada yang bertanya... adakah saya ingin menjadi penulis...mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya yang sepatutnya sudah selesa dengan keadaan saya sekarang ingin mencuba untuk menulis pula.

Hmmm....

Saya secara peribadi merasakan, ramai orang menulis bukan semata-mata untuk mencari duit tetapi lebih untuk kepuasan peribadi.

Dengan kegemaran saya membaca buku dari pelbagai genre, saya seringkali merasa kagum bagaimana tulisan-tulisan yang statik itu dapat menggerakkan minda, memberi motivasi dan juga dapat mengubah kehidupan seseorang pembacanya.

Dan saya berpendapat, setiap orang pasti ada sesuatu yang ingin diceritakan dan pasti ada diantaranya yang boleh diambil pengiktibaran....

Jadi perlukah saya menjawab pertanyaan adakah saya ingin menjadi penulis?


Allahu’alam


Ummuzulfa
26 April 2008



2 comments:

Anonymous said...

Seeru'ala barokatillah, didoakan semoga dilindungi Allah SWT di mana jua.

abuiman

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Terima kasih Dr atas maklumbalas yang diberikan, itu adalah doa yang memperteguhkan saya bagi berkarya. Sebarang kritikan dan cadangan dialu-alukan

ZAMRI MOHAMAD

Free Counters
Petco Promotion Code