Sunday, April 13, 2008

HUJUNG MINGGU DI DUA NEGERI



"ha... nanti besok bangun pagi ye...kita nak pergi luar negeri tau" ayah dengan gembiranya memberitahu anak-anak daranya.


" Ye ke ayah...bestnya...kita nak pergi mana?" kakak tidak sabar bertanya.


" Kuala Lumpur...." ayah selamba menjawab.


"ala...itu bukan luar negeri" kakak agak kecewa.


"apa pulak..kita duduk Negeri Sembilan, KL tu kan negeri lain" ayah gembira bergurau dengan anak-anak.


Ya, hujung minggu yang menggembirakan setelah sekian lama kesibukan menjadi penghalang.


Pagi-pagi Sabtu saya terpaksa pergi ke KL untuk menghadiri persidangan akademik, persidangan 3 hari telah berlalu selama 2 hari dan memandangkan Sabtu ialah hari cuti, saya menaiki bas untuk ke KL.


Ayah pula mempunyai tugas menghantar anak-anak ke kelas Kumon pada waktu pagi dan mengambil keputusan peperiksaan sekolah anak di Bangi....


Hmm...sesekali suami terpaksa mengambil tugas rutin saya menguruskan hal anak-anak, "hal kecil je tu", antara kata-kata rutin suami setiap kali tugas terpaksa bertukar tangan.



Petang Sabtu, setelah "meninggalkan" anak-anak di rumah kakak di Cheras untuk berjumpa sepupu-sepupu yang sudah lama dirindui, saya dan suami beserta anak ketiga, Fairuz mengambil peluang bersantai bersama....


Ke mana agaknya ye....

Ke mana lagi.... Pesta Buku Antarabangsa KL ....buat sekian kalinya...



Ini kali ketiga saya melawat PWTC dalam masa seminggu...


Setelah kunjungan pertama, kali kedua di atas tajaan pengedar buku-buku akademik.


Masya Allah.... tersangatlah ramai manusia menyerbu PWTC kali ini....


Bertolak-tolak, berebut-berebut......


Saya kira mungkin begitulah lebih kurang suasana di Mekah semasa musim haji,saya berkata sendiri untuk menghiburkan hati.


Tidak banyak yang dapat dibelek, diteliti dan dibeli, di samping kerumunan manusia yang melaut, bajet yang tidak begitu selesa juga, mengingatkan kami untuk lebih berhati-hati membelek buku-buku..


Namun begitu, sempat juga membeli buku terbaru Abu saif, siap dengan tandatangan beliau...


Beliau sempat berbalas bual dengan suami "ini ahli kelab suami doktor ni"

Saya memang pengunjung setia website http://www.saifulislam.com/.


Tidak ketinggalan , sempat juga meraih satu buku sasterawan negara, A Samad Said dan suami juga tidak ketinggalan untuk meminta autograf dan bergambar kenangan.






Faisal Tehrani juga setia di sisi 'sifunya' itu dan sempat melambai kepada saya...nampaknya dia masih ingat kepada saya :D

Kami meninggalkan PWTC sebelum pukul 7 petang....mengambil anak di Cheras...belanja anak buah makan di restoran.....dan bertolak pulang...


Tiba di rumah jam 10.00 malam.

AHAD

"bangun.... subuh ....lepas tu jom kita jogging" ayah sudah mula berbicara...


Setelah sekian lama aktiviti itu kami 'lupakan', maka minggu ini kami berjaya menjadikannya kenyataan.

Berjogging, senam robik, bermain di taman mainan....






Alangkah seronoknya dapat selalu begini.... dan tidak lupa minum pagi setelah peluh membasahi dahi (dan badan )


Rutin mingguan diteruskan dengan melawat pasar untuk membeli bekalan lauk-pauk untuk stok seminggu.

Anak dara diajar untuk mengenal ikan dan sayuran.



"Jangan tahu makan saje tau," saya berkali mengingatkan.


Anak-anak juga bernasib baik kerana dapat melihat proses penyembelihan ayam secara lintas langsung di pasar.


"Hee..ummi, ayam tu kena potong kepala" Fairuz dengan ngeri memberitahu.


Keseluruhan proses penyembelihan, rendam dengan air panas, mencabut bulu ayam dan memotong untuk dijual semuanya dilakukan di depan mata kami.

Dapat jugalah anak saya belajar sains secara tidak langsung...


Tiba-tiba ada pasangan Cina membawa 2 ekor ayam hidup dan meminta tolong tuan punya kedai untuk menyembelih ayam mereka.




"Orang Cina pun makan ayam sembelih" suami berkata.



Biologi dan anatomi juga dapat ditunjukkan secara 'live' bila melawat gerai menjual daging.


Pengalaman yang sungguh berharga bagi mereka.


Usai membeli, saya bertanyakan satu soalan untuk mereka di dalam kereta.


"Kenapa kita orang Islam kena makan binatang yang telah disembelih?" saya tidak mahu pengalaman mereka hanya sebagai penghias pagi tanpa boleh diselitkan dengan identiti kita sebagai seorang Muslim .


"sebab nanti berdosa kalau makan tak sembelih" kakak mencuba jawaban pertama.


"Nanti kita masuk api neraka" Fairuz tidak mahu ketinggalan.


Setelah beberapa jawaban yang tidak salah tetapi tidak berapa tepat , maka saya memberikan jawaban ringkas, harapnya sesuai dengan tahap pemikiran mereka.






Ya, hujung minggu di dua negeri...

Hujung minggu sesama sendiri....

Hujung minggu yang penuh beerti....

Harapnya menjadi hujung minggu yang penuh pengajaran dan memupuk kasih...

Harapnya menjadi hujung minggu yang memberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang...



Ummuzulfa
14 April 2008





No comments:

Free Counters
Petco Promotion Code