Tuesday, August 11, 2009

HASIL TUAIAN

Children gathering potatoes on a large farm, v...Image by The Library of Congress via Flickr


"Maaf ummi, kangkung sudah diambil", bibik saya memberitahu saya suatu petang.


Alhamdulillah , selepas sebulan projek fertigasi
di rumah saya dilancarkan,
saya dapat merasakan hasil pertamanya.

Walaupun setakat ini, hasilnya belum dapat ROI (return of investment), namun bila kita dapat memakan hasil tanaman sendiri, memang ada kelainannya.




Kangkung ini adalah hasil tuaian pertama kami.
Tanpa menggunakan racun serangga, kami dapat memakannya tanpa rasa susah hati sangat dengan kandungan racun yang biasa digunakan oleh pengusaha-pengusaha tanaman sayur di luar sana.

"Kalau beli sayur, cari yang banyak lubang, sebab yang itu maksudnya kurang racun serangga yang digunakan ", teringat saya pesan guru SRT (sains rumahtangga) lama dahulu.


Semenjak itu, sudah beberapa kali saya merasa kangkung dan bayam hasil tanaman itu, walaupun tumpuan saya kebelakangan ini agak kurang dibandingkan dengan awal dahulu.
Namun, saya pasti akan meluangkan masa sekali-kala melihat 'kesihatan' tanaman di belakang rumah itu.

Yang terkini, pokok cili sudah berbuah, pokok bendi pula sudah tinggi, begitu juga dengan pokok tomato....buahnya belum lagi nampaknya, mungkin tak lama lagi.

Cuma sawi agak sedikit terbantut tumbesarannya, saya pula tak pasti kenapa kerana baja yang diberikan sama sahaja, mungkin benihnya yang kurang baik, wallahu'alam.



Kebanyakan pokok ini, alhamdulillah dapat tumbuh dengan baik dan sekiranya ada rezeki, mungkin kami dapat makan kailan dan tomato tanaman sendiri.

Memang berbaloi ;D





Allahu'alam


Ummuzulfa

12 Ogos 2009


1 comment:

Aishah Megahasz said...

Bestnya. Rumah Aishah tak berpeluang nak tanam apa-apa. Tanah pun sekangkang kera (agaknya kangkang kera pun lagi besar..hehehhe) Kalau rumah Mak macam2 ada, nak masak tak ada masalah. Main petik2 je...

Free Counters
Petco Promotion Code