Friday, August 14, 2009

PERGI TAK KEMBALI




Konsert Malam Gemilang HijrahImage by amrufm via Flickr


Satu berita yang mengejutkan semua peminat industri nasyid apabila diberitakan bahawa ketua kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri telah menghembus nafas yang terakhir secara mengejut semalam.

Bagi saya yang telah membesar dengan lagu-lagu beliau semenjak di zaman universiti kehilangan beliau memang sesuatu yang mengejutkan dan meninggalkan kesan di hati saya.


Bermula dengan Nada Murni yang menjadi ikutan geng TLC di universiti dulu, sekarang pula dengan Rabbani, saya pasti kehilangan beliau sangat dirasai oleh mereka yang sama-sama meminati nasyid.


Tidak keterlaluan saya katakan, sumbangan beliau di dalam arena dakwah dan seni Islam memang sesuatu yang sukar ditandingi.


Saya beberapa kali telah menghadiri persembahan beliau secara live, di universiti dulu dan juga di beberapa program di sekitar Seremban.Pernah sekali arwah bergambar dengan anak sulung saya ketika itu yang masih kecil.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di antara golongan yang solihin dan mukminin.Amin

Al-fatihah...


Allahu'alam


ummuzulfa

14 Ogos 2009


Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

ummu_abdullah said...

Beliau orang yang telah menjadikan seluruh hidupnya di jalan dakwah.

Perginya beliau diharapkan akan digantikan dengan 10 orang Ustaz Asri yang sama hebat dengan beliau.

Ummuzulfa said...

ummu_abdullah

Terima kasih kerana sudi singgah...

Harapan yang dikongsi bersama, dan moga kita menjadi salah seorang pendidik ke arah melahirkan mereka yang hebat itu.

Allahu'alam

Free Counters
Petco Promotion Code