Wednesday, August 19, 2009

PENYUSUAN SUSU IBU - TINDAKBALAS SEGERA SEMASA BENCANA - ADAKAH ANDA BERSEDIA?







"Assalamualaikum, kak.....akak ada kenal sesiapa tak yang pernah buat khidmat kemanusiaan masa gempa ke atau tsunami ke?"

"Kenapa?"

" Sebab kitaorang nak buat program minggu penyusuan susu ibu sedunia tahun ni, kan temanya berkaitan dengan kepenting breastfeeding masa emergency, nak tanya kalau diaorang ada pengalaman promote breastfeeding masa tu"

Itu adalah sedutan perbualan saya dengan sahabat cyber, Shida sebulan dua lepas.

Ia sangat menarik hati saya kerana 2 sebab.

Pertama, kerana breastfeeding (BF) memang 'passion' saya dan kedua, ia membangkitkan banyak memori semasa saya menjalankan program khidmat kemanusiaan 2 tahun yang yang lalu.
Walaupun saya hanya berkesempatan pergi 2 kali, satu ke Yogjakarta selepas gempa dan kemudian ke Lubnan selepas perang dengan Israel, namun ia memberi banyak pengajaran dan memori manis dan pahit.



Namun di celah itu, saya juga agak terkilan kerana sepanjang keterlibatan saya dengan 2 misi itu, penekanan tentang BF tidak sangat ditekankan sebagai salah satu langkah untuk menangani masalah.

Hmm...kenapa agaknya?(saya masih terfikir lagi)

Justeru, saya merasakan tema minggu penyusuan susu ibu sedunia tahun ini sangat membuka minda saya.
Tema " Breastfeeding - a vital emergency response - Are you ready" memang tepat dikemukakan kepada masyarakat memandangkan kebelakangan ini dunia kita sering dilanda pelbagai bencana alam dan peperangan.

Diterjemahkan sebagai penyusuan susu ibu - tindakbalas penting ketika bencana, adakah anda bersedia? memang sangat relevan di kala ini.



Terus terang saya katakan, saya memang tidak terfikir langsung tentang perkara ini semasa saya menyertai misi ini.Dan tiada siapa juga yang menekankan aspek ini.Yang sering difikirkan adalah bagaimana untuk memberi rawatan dan bekalan makanan kepada mereka yang terlibat.
Padahal penyusuan susu ibu tidak memerlukan apa-apa belanja.

Teringat saya semasa saya di Yogja, kami sempat merawat seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anaknya di dalam khemah di luar runtuhan rumahnya.Dan seingat saya selain mendermakan barangan keperluan harian, tiada konsultasi diberikan berkaitan dengan penyusuan susu ibu.



Walaupun saya seorang yang menyokong penyusuan susu ibu dan juga seorang ibu yang pernah menyusukan anaknya, namun tindak balas itu tidak ada pada ketika itu.



Kenapa agaknya penyusuan susu ibu sangat penting ketika bencana? Bukankah para ibu yang trauma sukar untuk menyusukan anaknya dan bukankah lebih baik bagi mereka memberi mereka susu formula yang banyak didermakan oleh NGO dan pihak berwajib.

Banyak sebenarnya myth atau sangkaan yang sering kita dengar berkaitan dengan ketidakupayaan atau ketidakbolehan ibu-ibu untuk menyusukan anaknya selepas bencana.

" ibu tak cukup zat, mana ada susu"

"trauma sangat dahsyat, ibu pun dah tak ingat macam mana nak menyusukan anak"

"dah lama dah berhenti menyusu, mana boleh menyusu balik"

Alasan itu dengarnya logik-logik belaka, namun ketahuilah bahawa semua masalah itu boleh diatasi dengan persediaan dan ilmu yang cukup.

Walaupun ibu-ibu kurang zat makanan, susu masih boleh dikeluarkan kerana badan ibu akan menggunakan segalanya untuk mengeluarkan susu, namun perhatian perlulah diberikan kepada makanan dan minuman yang secukupnya untuk menampung zat yang hilang.

Banyak lagi pengetahuan boleh didapati di sini.

Niat yang baik dari perkhidmatan kesihatan untuk membekalkan susu formula kepada anak-anak kecil mungkin boleh menyumbang kepada meningkatnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak kecil.

Macam tidak logik?

Namun itulah yang berlaku, dilaporkan kadar kematian bayi kerana cirit-birit akibat penggunaan susu formula meningkat semasa bencana tsunami di Indonesia beberapa tahun yang lalu.
Ini kerana tiadanya bekalan air bersih yang sangat penting untuk membasuh alatan menyusu dan membancuh susu dan kebanyakan mereka menggunakan sumber air yang tercemar.

Susu ibu yang sedia ada bersih dan steril boleh menjadi penyelamat nyawa ribuan malah jutaan bayi dan anak-anak kecil seluruh dunia.

Malangnya, dengan ketidakperihatinan pihak sukarelawan dan 'kemurahan hati' pihak penaja susu formula, kebaikan dan faedah penyusuan susu ibu telah diabaikan dan tidak diberi penekanan yang sewajarnya semasa operasi kemanusiaan bila berlakunya bencana.

Dan saya juga pernah menjadi salah seorang dari relawan itu.

Saya juga tidak ingat mana-mana aspek penyusuan susu ibu ini ditekankan semasa saya menyertai misi ke Lubnan.



Justeru saya berharap, selepas ini pasukan misi kemanusiaan yang dihantar ke serata dunia, menjadi lebih prihatin dalam mempromosikan penyusuan susu ibu ini semasa bencana kerana ia boleh menyelamatkan nyawa.

Cukuplah kisah ini menjadi teladan

“A mother had been stuck on a rooftop with many family members
and her two week old baby who was bottle fed. They had no access
to safe water for five days.

Her baby was immediately hospitalised
when they arrived in Austin, but she died several days later.
The nutritionist of a relief organisation supplying food aid
asked the mother if there was anything else she could help her
with. The mother asked for help drying up her breastmilk as her
breasts were still sore.

The nutritionist asked the mother why she
hadn’t breastfed her baby while she was stuck on the rooftop. But
the mother had felt quite unable to do this.

What amazes me is that no one with the mother in New
Orleans knew to have the mother put her baby to her breast. So
many generations had not considered breastfeeding as a way to
feed babies that the memory was lost. The baby was lost, also.”
– Experience of a peer counsellor, Hurricane Katrina, USA, 2005



Allahu'alam


Ummuzulfa

20 Ogos 2009





2 comments:

ummu_abdullah said...

erm, first time dengar isu ni. Menarik sangat... saya akn cari lagi isu berkaitan dengan ini. its my passion too... ehhe

SlingMeMama said...

salam.

sis, tak sangka sis blog about this. i was un able to find anyone suitable but this year wbw09 theme really attract humanitarian relief (mercy, etc) to highlight on this issue when doing humanitarian project. InsyAllah dipermudahkan Allah.

Free Counters
Petco Promotion Code