Sekarang semua orang boleh berkata-kata kepada dunia.
Semua orang boleh meluahkan perasaan secara terbuka.
Semua orang boleh berkongsi rasa dengan sesiapa jua.
Dunia internet mengizinkan ia berlaku.
Banyak medium yang boleh diguna.
Facebook, Blog, website, myspace dan email adalah antara yang biasa.
Ada juga yang menggunakannya untuk menjual barang dan perkhidmatan.
Tidak kurang yang menyebarkan ideologi dan fahaman.
Pendek kata benarlah dunia sekarang dunia tanpa sempadan dan langit sudah terbuka.
Dengan fleksibiliti dunia maya yang terbuka, sesiapa juga boleh berkata, namun, ramai yang sudah terlupa adat dan tatasusila dalam berbahasa,
Memang, nama samaran boleh diguna, alamat email juga boleh direka, wajah dan muka boleh dirahsia.
Sekiranya terjumpa sesuatu yang tidak disuka, terus sahaja dihentam,ditempelak dan dicela.
Bahasa yang digunakan, astaghafirullah....kadang-kadang tidak sangka orang Melayu Islam kita yang dulunya terkenal dengan kelembutan bahasa dan tatasusila, sudah lenyap di telan arus kemodenan tanpa sempadan.
Adakah teknologi telah menjadikan kita manusia yang sudah kurang nilai-nilai murninya?
Yang sudah terhakis adab dan santunnya?
Hanya kerana identiti kita yang tidak dapat dilihat orang?
Umpama sudah baling batu sembunyi tangan?
Bukan tidak boleh berbeda pendapat..
Ketahuilah, sekiranya hanya tinggal dua manusia yang masih ada di muka bumi ini, perbezaan pendapat pasti ada.
Namun, sebagai manusia yang diberi akal fikiran, dipandu dengan adab dan akhlak yang mulia, perbezaan pendapat ini boleh diuruskan dengan baik.
Perbezaan pendapat ini boleh menjana pemikiran yang lebih kritis.
Tanpa perlunya menggunakan perbendaharaan kata yang menjelekkan dengan tujuan untuk menyakitkan hati penulis yang lain.
Dan yang paling mengecewakan saya secara peribadi, penyakit ini juga sudah menular ke laman-laman yang membincangkan soal-soal agama dan akademik.
Dan kadang-kadang, (maaf nak kata),bahasa yang digunakan lebih teruk dari yang biasa dan tidak disangka ia datang dari orang yang ada kesedaran beragama.
Teringat saya kata-kata seorang blogger terkenal, nilai-nilai murni universal dan akhlak Islam ini mempunyai definisi yang tetap sama,samada sekarang atau ribuan tahun yang lampau.
Jujur dan amanah di zaman para nabi dan alim ulama' terdahulu masih mempunyai maksud yang sama dengan jujur dan amanah di zaman milenium ini.
Saya selalu juga 'terserempak' dengan bahasa-bahasa ini lewat saya melayari internet.
Sakit juga leher saya dek menggeleng-menggeleng kepala, separuh tidak percaya yang saya membacanya di laman yang membincangkan tentang agama.
Dan saya tidak sangka akan terpaksa melaluinya juga perkara ini.
Niat baik saya untuk menyebarkan kebaikan tentang keprihatinan kesejahteraan alam sekitar telah dibaca di luar dari konteks yang saya maksudkan.
Dan e-group di mana saya berkongsi itu bukannya kelab mat rempit atau kaki khayal tetapi saya yakin mereka yang melanggannya adalah orang dewasa yang matang.
Namun, ada juga komen yang tidak berapa sedap untuk dibaca dan dihadam.
"Kita terlalu kerdil utk selamatkan bumi....bumi itu makhluk Allah macam kita juga...baik kita selamatkan akidah kita dan anak2 kita serta sedara seislam kita yang kebelakangan ini mendapat serangan daripada berbagai sudut yang kekadang tidak kita menduaga sama sekali...fikir- fikirkan. ...!!!"
""umat islam terpedaya mainan kafir....."Hmm....bahasanya tiadalah mengandungi 'vocab' yang menyakitkan telinga sangat namun, cara dan nada tulisan itu dapat menggambarkan sinisnya penulis komen ini.
"Kita cuma suruh fikir-fikirkan. ..jawapan tidak diperlukan.. !!! kerana lagi banyak bercerita ia akan menonjolkan kejahilan kita..!!! Wallahuallam. ..!!! Renung2kan.. !!! "
Saya selalu berhati-hati sekiranya saya ingin membalas email atau terlibat di dalam satu-satu perbincangan kerana kebarangkalian untuk disalah erti tidak boleh dipandang sepi.
Kalau berbincang secara terbuka, orang boleh melihat bahasa badan kita yang membawa mesej yang lebih jelas dari kata-kata yang keluar dari mulut.
Di dunia maya, tanda bahasa yang digunakan, huruf besar dan warna-warna yang mewarnai tulisan boleh membawa maksud tertentu di dalam penulisan.
Justeru,saya seringkali berfikir banyak kali jika ingin menulis sesuatu terutama untuk komen tulisan orang lain.
Namun, bak kata pepatah, kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Mungkin boleh ditambah...kalau takut dikomen,janganlah berblog.
Saya bersedia menerima risiko ini, namun pemisahan antara adab dan biadap perlu diambil kira oleh semua pengguna alam cyber khasnya pengguna Muslim samada penulis atau pengomen blog.
Selepas membaca komen-komen kepada tulisan saya , saya boleh membut 2 kesimpulan :
1. Kurangnya kepekaan dan keprihatinan orang Islam terhadap isu-isu alam sekitar semasa.
2.Kurang fokus dari intipati penting yang ingin dibincangkan oleh sesuatu tulisan yang akhirnya membawa perbincangan yang jauh menyimpang dari mesej yang ingin disampaikan.Akhirnya, isi-isi penting yang mungkin boleh dimanafaatkan terbiar begitu sahaja.
Apapun, ia menjadi satu pengalaman berharga buat diri saya.
Agar saya tegar menghadapinya.
Agar saya tidak serik untuk menulis lagi.
Agar saya sentiasa menggunakan bahasa yang baik dimana juga.
Kerana lembut lidah tidak bertulang....keras keybord tidak berperasaan (peribahasa ciptaan sendiri).
Allahu 'alam
Ummuzulfa
2 April 2009
4 comments:
Salam UmmuZulfa,
Sorry tersimpang jauh dr entry yg ni, tp I berminat btol dgn Meitai yg UmmuZUlfa pakai dalam gambar family besar kat bawah sekali dalam blog ni (warn oren hitam tu). Beli kat mane ye? And ring sling tu ok x utk baby 2 months old? I'm beginner in baby wearing, tp sangat interested, hope Ummuzulfa boleh share. or can email me at hunnyliciouss @ gmail
Kak,
Kadang-kadang memang susah nak meyakinkan orang, that environmental issues bukan isu picisan, yang tak sepenting isu palestina. Susah nak memberitahu bahawa if we are really working towards being the mercy to the whole universe as what Allah wants us, bukan perkara yang ada kena mengena dengan Muslim dan Islam sahaja yang kita perlu ambil tahu.
Ya, orang yang mengaku faham Islam dan perjuangkan Islam pun selalu ambil remeh perkara ni, padahal perang kat Iraq tu the root is the energy crisis - sampai orang Islam kena sembelih, dan dibiar perang sesama sendiri.
Rasa mcm nak paksa semua orang baca Islamic environmental philosophy, so that people will know that if we truly agree that our purpose of life is to be a caliph on this earth, taking care of the earth is our responsibility.
..Janganlah melakukan kerosakan di muka bumi..
Take care kak.
All the best.
agni,
thanks for stopping by.
In Malaysia, environmental issue is the least important I guess, regardless how religious one could be.
Sometime people just do not understand (or refuse to understand)the connection between Islam and environment.
I read you secured a job, that is great.congratulation.
BTW, will appreciate if you can feed me with more environmental issues particularly the islamic philosophy one.
I can be contacted at myzulfa@gmail.com
kak,
true, malaysia is different. Even the religious scholars rarely raise this issue, while a number of archbishops here have started campaigning on climate change.
thanks a lot, moving into a new phase in life - I'm both excited and freaking out!
Islamonline has a good section on nature and environment:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?hSection=HSENR&pagename=Zone-English-HealthScience/HSESection
But I will, insha Allah, email you a chapter from the book 'environmental philosophy', on islamic environmental philosophy.
take care!
Post a Comment