Pergilah ke mana jua...
Kerana pastinya kau diperlukan di sana
Kerana baktimu ditagih jua
Kerana tenagamu pelangkap suasana
Pergilah ke mana jua...
Kerana sifatmu yang suka memberi
Kerana buah fikiranmu tidak terperi
Kerana kesempurnaan tidak henti dicari
Pergilah ke mana jua...
Dunia ini tidak terhitung luasnya
Ilmu itu berada di mana mana
Amal itu memerlukanmu ke sana
Pergilah ke mana jua...
Kerana tidak betah bagimu hidup membatu
Tanpa peduli apa yang berlaku
Di sekeliling ummah yang satu
Kemudian hari tidak sukar bagimu
untuk memberi jawaban yang jitu
Dihadapan Tuhan yang Maha Menentu
Pergilah ke mana jua....
Namun...
Yang ditinggal sudahkah diberitahu
Atau kau terus saja pergi melulu
Tanpa ada bincang dahulu
Pergilah ke mana jua...
Namun...
Keluargamu adakah yang memerhati
Amal ibadah sudahkah dipesani
Makan pakai sudahkah dicukupi
Keselamatan mereka adakah ada yang ambil peduli
Huru hara mereka sudahkah diteliti
Suara hati mereka adakah didengari
Pergilah ke mana jua...
Namun...
Ibu bapa sudahkah dihubungi
Isteri suami adakah redha meredhai
Anak-anak adakah ditinggal sepi
Pergilah ke mana jua...
Namun yang tinggal jangan lupa ditumpu
Kerana keseimbangan itu sangat perlu bagimu
Tertinggal yang satu maka hilangnya tentu
Senget neraca maka tidak lengkaplah hidupmu
Pergilah ke mana jua....
Perjalanan ini tiada noktah untukmu
Dunia ini tiada sempadan bagimu
Namun yang ditinggal juga adalah sebahagian dari hidupmu
Hargailah selagi mana masa bertamu
Kerana pastinya kau diperlukan di sana
Kerana baktimu ditagih jua
Kerana tenagamu pelangkap suasana
Pergilah ke mana jua...
Kerana sifatmu yang suka memberi
Kerana buah fikiranmu tidak terperi
Kerana kesempurnaan tidak henti dicari
Pergilah ke mana jua...
Dunia ini tidak terhitung luasnya
Ilmu itu berada di mana mana
Amal itu memerlukanmu ke sana
Pergilah ke mana jua...
Kerana tidak betah bagimu hidup membatu
Tanpa peduli apa yang berlaku
Di sekeliling ummah yang satu
Kemudian hari tidak sukar bagimu
untuk memberi jawaban yang jitu
Dihadapan Tuhan yang Maha Menentu
Pergilah ke mana jua....
Namun...
Yang ditinggal sudahkah diberitahu
Atau kau terus saja pergi melulu
Tanpa ada bincang dahulu
Pergilah ke mana jua...
Namun...
Keluargamu adakah yang memerhati
Amal ibadah sudahkah dipesani
Makan pakai sudahkah dicukupi
Keselamatan mereka adakah ada yang ambil peduli
Huru hara mereka sudahkah diteliti
Suara hati mereka adakah didengari
Pergilah ke mana jua...
Namun...
Ibu bapa sudahkah dihubungi
Isteri suami adakah redha meredhai
Anak-anak adakah ditinggal sepi
Pergilah ke mana jua...
Namun yang tinggal jangan lupa ditumpu
Kerana keseimbangan itu sangat perlu bagimu
Tertinggal yang satu maka hilangnya tentu
Senget neraca maka tidak lengkaplah hidupmu
Pergilah ke mana jua....
Perjalanan ini tiada noktah untukmu
Dunia ini tiada sempadan bagimu
Namun yang ditinggal juga adalah sebahagian dari hidupmu
Hargailah selagi mana masa bertamu
Allahu'alam
Ummuzulfa
7 April 2009
Ummuzulfa
7 April 2009
1 comment:
Salam. Ida (Faridah Idris) ke ni? Suami Kak Seri dan Ustaz Muhaimin dari Swansea, wales beritahu Ida cari Kak Seri, alhamdulillah, kalau ini Ida, Kak Seri juga teringin menyambung hubungan kita, wassalam.
Post a Comment