Friday, April 17, 2009

NURUL IMAN ANAK KEDUA

Nurul Iman nama diberi

Kelahiranmu istimewa sekali

9 tahun usiamu kini

ummi bersyukur tidak terperi



Dalam kandungan 9 bulan tanpa alpa

namun kepalamu tetap dekat di dada

tidak turun ke tempat biasa

jadi lahirmu bukan didahului kepala



Kuat menangis boleh tahan juga

Jua merajuk terkadang pening kepala

Namun prihatin usah cerita

Jaga adik sentiasa bersama



Di rumah dialah serikandi

panjat memanjat lebih dari lelaki

tapi di sekolah berubah jadi

tak banyak cakap dan buat kerja sendiri

dengan rakan yang setia di sisi



Nurul Iman dengarlah pesan ummi

Jagalah akhlak dan peribadi

Tutur kata biarlah mewangi

amal ibadah jangan dipandang sepi



Ummi ayah berdoa sentiasa

semoga kau sentiasa berjaya

di akhirat juga di dunia

Jasa keluarga jangan sekali dilupa



Jadilah anak yang berguna
kepada keluarga masyarakat semua
bila di atas jangan dilupa
mereka dibawah yang perlu dibela




Semoga Allah sentiasa bersama
dalam senang dan susah suasana
Allah dan Rasul rujukan utama
Insya Allah akan tetap kekal berjaya



SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 9 NURUL IMAN






















4 comments:

aQue adalah aQue said...
This comment has been removed by the author.
maksu said...

happy birthday nurul iman..
may Allah give u rahmah..
maksu ade send email kat nurul nnti bukak la eh..

nonnie78 said...

salam.

selamat ulang tahun Nurul Iman. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, bijak, menjaga maruah diri dan keluarga. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t. Semoga berada di dalam lindunganNya dan dimurahkan rezeki, diberi kesihatan berpanjangan. Amin.

Ummuzulfa said...

TQ maksu

to nonie : Amin.TQ for the doa

Free Counters
Petco Promotion Code