Friday, March 20, 2009

LEBIH CERDIK DARI SMS




"Tuhanku, ku mohon kepadaMU, sentiasalah berkati wanita ini dalam apa juag yang dia lakukan,Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasihMu.Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan. Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi wanita ini.Amin.

Hantar message ini kepada 8 orang wanita yang kamu kasihi " SELAMAT HARI WANITA'

"Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepadamu Ya Allah...turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya..Amin."
"Lipat gandakan doa ini, kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain ...maka 7x7x7x7x7x7x7 = 823453 x 7 = 5.8 juta orang akan berdoa, Insya allah bantulah mereka dengan doa"

Itu adalah antara sms yang pernah saya terima dari rakan-rakan.

Selalu juga saya mendapat sms yang bersifat provokatif dan banyak juga yang merupakan satu pembohongan atau diragui kesahihannya.

Namun saya tidak pernah mengedarkannya seperti yang selalu yang dianjurkan di dalam sms itu.


Kenapa?

Adakah saya tidak sayangkan sahabat-sahabat saya ?
Adakah saya tidak prihatin kepada isu-isu kemanusian sejagat?
Atau adakah saya termasuk di dalam golongan mazhab "aku tidak pedulisme"?

Minta dijauhkan saya dari segala sifat-sifat mazmumah itu...

Secara peribadi saya merasakan penghantaran sms itu adalah satu pembaziran dan mempunyai agenda tersendiri.

Cuba bayangkan sekiranya berita yang kita dapat itu adalah palsu maka akan terjadilah satu rantaian penyebaran fitnah dan kita adalah salah seorang dari penyebarnya.

Dan yang paling menjengkelkan saya adalah betapa banyaknya untung syarikat telekomunikasi di atas kegopohan kita menyebarkan berita.
Dan adakah syarikat itu akan membelanjakan sebahagian besar dari keuntungan yang dijananya dengan pertolongan kita itu untuk tujuan kebajikan atau melakukan aktiviti berfaedah kepada rakyat.?

Tidak silap saya industri sms ini menjana keuntungan berbillion ringgit kepada mereka.




Adakah keuntungan itu memberi kebaikan kepada pengguna setianya.?

Kadang-kadang saya terfikir, ada sesetengah isu saja-saja direka oleh orang yang berkepentingan untuk menaikkan emosi kita dan akhirnya menguntungkan mereka.

Saya bukan anti sms, malah sms lah yang sering menjadi tali penghubung saya dengan keluarga dan rakan terdekat.
Ia juga sangat penting untuk hal-hal kecemasan.

Namun, kita patut menjadi lebih cerdik .

Apa-apa perkara yang perlu dihantar secara serentak, boleh sahaja dihantar melalui email.

Mana-mana perkara yang diragui kesahihannya, janganlah dihantar kepada orang lain.

Teknologi sepatutnya menjadi 'hamba' kita, bukan kita yang menjadi 'hamba' kepada teknologi.




Allahu'alam


Ummuzulfa
20 Mac 2009

No comments:

Free Counters
Petco Promotion Code