Tuesday, March 24, 2009

OH ! TIDAK!!!!


" Takde elektriklah..."suami memberitahu.

"Alamak.....habislah!!!..." saya kecemasan.

Sudah hampir dua bulan saya membuat stok susu ibu.

Medelah Pump in style Traveler menjadi rakan baik saya semasa dalam pantang lagi.

Alhamdulillah....saya berjaya menyimpan hampir 70 peket yang berisi 3-4 oz susu ibu beku di peti sejuk.





Namun, Allah Maha Berkuasa.

Terputusnya bekalan elektrik ke rumah saya (tidak tahu berapa lama), mungkin disebabkan oleh 'trip' semasa guruh menyebabkan kesemua susu saya menjadi cair....

Ini berlaku semasa kami sekeluarga bercuti di Melaka.

Allah.......70 peket susu saya cair......

Susu yang telah dibekukan, jika dicairkan hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam untuk memastikan zat-zat masih terpelihara dan tiada kuman yang membiak di dalamnya.
Mana mungkin boleh menghabiskan stok susu itu dalam masa 24 jam.

Dan saya harus membuangnya begitu sahaja walau sebenarnya boleh dibuat facial atau mandi susu ( tak sampai hati pula saya..)




Bukan rezeki Wafa nampaknya susu itu.

Semoga Allah memberi kemudahan kepada saya untuk mengumpul stok susu ibu semula...



Allahu'alam



Ummuzulfa
24 Mac 2009

2 comments:

asniza said...

salam ummu zulfa, sedihkan. Ya Allah, banyakkanlah susu ummu zulfa supaya dapat kumpul kembali stok utk anaknya. :)

Ummuzulfa said...

asniza : Amin...

Terima kasih kerana turut berdoa untuk saya...

Free Counters
Petco Promotion Code