Friday, March 27, 2009

BERGELAP SEKETIKA UNTUK ANAK CUCU




" Hari Sabtu ni kita tutup lampu ye...dari pukul 8.30 sampai 9.30 malam" saya membuat pengumuman.

"Kenapa pulak ummi?" minda anak-anak mula ingin tahu.

"Nak selamatkan bumi"

"Macam mana pulak bergelap tu boleh tolong selamatkan bumi' soalan susulan yang baik dari anak-anak saya.


Dunia semakin hari semakin panas.
Cuaca dunia semakin tidak menentu.

Saintis semakin risau, manusia prihatin hampir panik.

Namun adakah kita sedar apa yang berlaku sebenarnya.

Di mana-mana semakin banyak iklan yang mengajak masyarakat untuk bergelap selama sejam untuk memberi undi kepada dunia.

Kempen "60 earth hour, vote for earth" boleh dilihat di mana-mana media massa terkini.
Saya juga terpanggil untuk turut serta.





Namun sebagai ibu, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak.Bukankah minda anak-anak yang suci ini senang untuk menerima ilmu.

Justeru, satu sesi tazkirah selepas mengaji telah saya aturkan untuk anak-anak.
Setelah habis mengaji dengan anak-anak dan sementara menunggu waktu Isya', saya mula bercerita tentang atmosfera bumi, kesan rumah hijau, pemanasan global dan usaha-usaha kecil yang boleh dilakukan untuk memelihara bumi.

Saya sudah bersedia dengan bahan bacaan yang sesuai supaya saya bersedia untuk menceritakan fakta itu kepada anak-anak.

Terima kasih kepada sahabat MBW, Shida yang sudi memberi link-link yang sangat berguna untuk mengisi tazkirah saya.
Saya harus bersedia kerana sudah pasti ada soalan-soalan yang mengasak minda dari anak-anak kecil zaman sekarang ini.

Saya mulakan dengan memberi pengenalan tentang atmosfera bumi yang menjadi selimut dan pengawal kepanasan bumi kita.





Juga saya bercerita tentang kesan rumah hijau yang meningkatkan suhu bumi dan menyumbang kepada kepanasan global.

Kesan rumah hijau ini (greenhouse effect ) sebenarnya adalah kenaikan suhu bumi kerana setengah gas di atmosfera seperti gas karbon dioksida, nitrus oksida dan methane akan memerangkap haba dari matahari.Tanpa gas ini, haba di bumi akan terlepas ke ruang angkasa dan suhu bumi tidak akan meningkat.

Tapi nampaknya dengan meningkat pengeluaran gas-gas rumah hijau ini maka lebih banyak haba terperangkap di atmosfera dan suhu bumi meningkat dengan mendadak.

Pemanasan suhu bumi yang juga dikenali dengan pemanasan global ini akan mempengaruhi cuaca dunia dan berlakunya cuaca yang tidak menentu mutakhir ini.
Musim sejuk dan kemarau yang melampau adalah salah satu contohnya.

Dan yang paling merisaukan saintis adalah dengan pencairan glacier yang berlaku di kutub-kutub dunia dan meningkatnya paras air laut utama dunia.

Jadi negara-negara yang rendah mungkin tidak akan wujud lagi di masa hadapan.

"Macam mana gas-gas ini dihasilkan?" saya cuba mencuit minda anak-anak.

"entah.."cepat sahaja Fairuz menjawabnya.

"Bila kita guna TV, mesin basuh, komputer dan bila kita guna kereta" saya cuba mengambil contoh di sekeliling mereka.

"Bila kita guna elektrik, kita kena bakar minyak dan gas sebab nak dapatkan elektrik tu, bila kita bakar minyak tu, kita keluarkan gas-gas tadi tu.." saya cuba sedaya upaya untuk menerangkan prinsip sains itu semudah yang mungkin.

"Sebab itu, kita tidak boleh membazir elektrik, bila takde dalam bilik, kena tutup lampu, bila keluar bilik air, kena tutup lampu dan bila takde orang tengok TV, kena tutup" saya 'mencucuk jarum" agar mereka tahu pembaziran itu membawa keburukan kepada bumi kita.

"satu lagi, kita tak boleh buang banyak sampah, sebab sampah yang banyak boleh keluarkan gas methane. sama macam gas karbon dioksida tu, akan menyebabkan bumi kita panas".





"kertas-kertas pun tak boleh membazir, nanti banyak pokok kena tebang sebab nak buat kertas, bila pokok banyak dah takde, apa akan jadi?, pokok keluarkan gas apa?" saya cuba mengajukan soalan.

"gas oksigen , kalau takde pokok, tak adalah gas oksigen dan manusia tak boleh bernafas" sedikit sebanyak kakak boleh menjawab soalan saya tadi.




"sebab itu ummi tak pakaikan adik pampers, ummi pakai lampin supaya sampah takdelah banyak sangat"

"lepas ni, apa yang kakak dan nurul boleh buat?" saya bertanya.

"entah..."

"kat sekolah , boleh beritahu kat kawan-kawan, kat cikgu" saya menyarankan konsep berkongsi maklumat.

Saya berusaha semampu mungkin untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap keperluan alam sekitar.
Dan saya juga mahu anak-anak saya turut sama menghargainya.

"nanti kalau kita tak jaga bumi kita sekarang, nanti masa kakak dan nurul dah besar, bumi makin panas dan cuaca bumi jadi tak tentu" saya mengingatkan mereka.

Benarlah kata-kata orang bijak pandai " we don't inherit the earth from our ancestors but merely borrowed it from our children".

Justeru, marilah kita berusaha untuk lebih menghargai bumi kita.
Mungkin bergelap selama satu jam tidak mencukupi namun memadai untuk kita memulakan langkah awal untuk memupuk kesedaran dan keprihatinan kepada orang-orang di sekeliling kita.

Menjaga bumi adalah tanggungjawab kita.

Islam yang menjadi rahmat sekalian alam ini sepatutnya menjadi motivasi terbesar bagi kita, Muslim untuk menjadi juara di dalam isu ini.


Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)
dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Al-Qasas :77

Dan keluarga adalah ruang lingkup terbaik untuk kita memupuk kprihatinan berkaitan dengan alam sekitar.

Masa itu juga boleh kita ambil untuk lebih meningkatkan hubungan kita dengan anak-anak dengan membuat sessi bercerita atau melihat bintang-bintang di langit.
Secara tidak langsung, kebesaran Allah boleh ditekan.


Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.



Ayuh.....undilah untuk bumi kita.

KITA MAMPU MENGUBAHNYA







Allahu'alam




Ummuzulfa
27 Mac 200

Tuesday, March 24, 2009

OH ! TIDAK!!!!


" Takde elektriklah..."suami memberitahu.

"Alamak.....habislah!!!..." saya kecemasan.

Sudah hampir dua bulan saya membuat stok susu ibu.

Medelah Pump in style Traveler menjadi rakan baik saya semasa dalam pantang lagi.

Alhamdulillah....saya berjaya menyimpan hampir 70 peket yang berisi 3-4 oz susu ibu beku di peti sejuk.





Namun, Allah Maha Berkuasa.

Terputusnya bekalan elektrik ke rumah saya (tidak tahu berapa lama), mungkin disebabkan oleh 'trip' semasa guruh menyebabkan kesemua susu saya menjadi cair....

Ini berlaku semasa kami sekeluarga bercuti di Melaka.

Allah.......70 peket susu saya cair......

Susu yang telah dibekukan, jika dicairkan hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam untuk memastikan zat-zat masih terpelihara dan tiada kuman yang membiak di dalamnya.
Mana mungkin boleh menghabiskan stok susu itu dalam masa 24 jam.

Dan saya harus membuangnya begitu sahaja walau sebenarnya boleh dibuat facial atau mandi susu ( tak sampai hati pula saya..)




Bukan rezeki Wafa nampaknya susu itu.

Semoga Allah memberi kemudahan kepada saya untuk mengumpul stok susu ibu semula...



Allahu'alam



Ummuzulfa
24 Mac 2009

Monday, March 23, 2009

SEJARAH MELAKA - LAWATAN SEMULA (REVISITED)



"Cuti sekolah nanti kita pergi bercuti tau" saya membuka rahsia.

"Yey, yey, cuti kat mana ummi" anak-anak berteriak gembira

"Melaka....nanti kemas baju sendiri tau"arahan terus dikeluarkan.


Sudah berbelas tahun saya tidak melawat Melaka.
Rasanya paling akhir pun masa sekolah-sekolah dulu.

Jarang sekali berkunjung untuk berziarah ke Melaka kerana tiada saudara rapat di sana.

Justeru, cuti sekolah singkat ini, kami mengambil kesempatan untuk berkunjung ke negeri paling bersejarah di Malaysia.

Dengan bajet yang sederhana, kami memilih untuk tinggal di hotel 3 bintang sahaja.
Memandangkan bilangan kami yang bukan sedikit, saya memilih executive suite dengan 2 bilik di King's Hotel, terletak bertentangan dengan hospital swasta Pantai Medical Centre, Ayer Keroh.

Bukan kerja yang mudah untuk pergi bercuti dengan 5 orang anak pelbagai umur dan tidak berapa matang lagi.

Beg-beg pakaian pula - mengalahkan orang yang yang akan berpindah ke luar negara.
Maklumlah, ramai perempuan...:D


Melaka sudah banyak berubah.Pembangunan nampak sangat ketara di sepanjang jalan dari Ayer Keroh sampailah ke Bandaraya Melaka Bersejarah.

Walau negerinya kecil namun, pembangunan nampak lebih teratur dan tersusun dibandingkan dengan Negeri Sembilan (pendapat peribadi).

Hari pertama, kami sempat berkunjung ke Zoo selepas mengunjungi Jusco Ayer Keroh untuk membeli kasut Fairuz dan Zulfa.



Kami menaiki tren yang disediakan tetapi berbayar.Saya lebih menggemari dengan perkhidmatan tren di Zoo Negara yang percuma dan ada tren disiapkan dengan sukarelawan yang akan menceritakan tentang haiwan-haiwan yang boleh didapati di dalam Zoo Negara.


Hari kedua dan ketiga kami berjalan sakan di Bandaraya Melaka.

Menyusuri Sungai Melaka yang masih lagi dibaik pulih. Dapatlah juga kami menikmati pemandangan kampung Melayu terakhir di bandar ini yang terletak di pinggir sungai.






Tidak sah rasanya untuk ke Bandar Melaka Bersejarah tanpa pergi ke pelbagai jenis muzium yang disediakan untuk pelancong.
Kami hanya mampu untuk melawat 2 muzium - Muzium Samudera dan Muzium Kesultanan Melaka.

Anak-anak pun sangat teruja melihat banyak replika kapal dan patung-patung yang menggambarkan adat istiadat sultan-sultan terdahulu.




Namun saya sedikit terkilan kerana berlakunya pembaziran plastik beg yang diberikan kepada pelancong yang berkunjung di kedua-dua muzium ini untuk menyimpan kasut mereka semasa lawatan ke dalam muzium.

Walaupun saya menghargai niat mereka untuk menjaga kebersihan muzium, namun susah untuk saya menjustifikasikan penggunaan plastik beg itu kepada ribuan pelancong yang datang berkunjung ke situ.

Saya berharap Kerajaan negeri Melaka dapat memikirkan alternatif kepada beg plastik itu.

2 kali kami dapat melihat pemandangan Melaka dari atas udara kerana kami berpeluang untuk 'memanjat' menara Tamingsari dan menjadi penumpang berbayar kepada gondola Eye on Malaysia.











Gayat.....

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki beca mengelilingi Bandar Melaka itu.Bukan apa, cuma mahu memberi pengalaman berbeza untuk anak-anak.





Saya membuat permintaan kepada suami untuk singgah di Masjid Al-Azim di Bandar Melaka.
"tempat lain kita pergi, takkan masjid kita tak nak tunjukkan pada anak-anak" saya menyatakan rasional saya.

Masjid Selat Melaka juga menerima kunjungan kami sekeluarga.




Masjid yang mengadap Selat Melaka ini sangat nyaman dan menyegarkan.Manakan tidak, dibuai oleh angin laut yang segar...rasa macam nak terlelap pun ada.

Sayangnya, tiada penempatan di sekitar Masjid ini yang terletak agak jauh dari tengah Bandar Melaka.Jadi jemaah masjidnya adalah dari kalangan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Bandar Melaka.

Mungkin inilah konsep Masjid Pelancongan agaknya.


Tidak sempat kami untuk berkunjung ke serata Melaka di dalam masa yang singkat itu.
Hasrat saya untuk makan ikan bakar di Umbai juga tidak kesampaian.

Namun di celah-celah keterbatasan masa itu, sempat juga kami menikmati persembahan Muadz sempena Minggu Penghayatan Palestin di Multimedia Universiti.
Anak-anak saya memang salah seorang peminat Muadz.





Walau negerinya kecil, namun Melaka wajar untuk dilawati.
Dapatlah juga kami menerangkan kepada anak-anak sedikit sebanyak tentang sejarah Kesultanan Melaka dan bagaimana Melaka dahulu dikenali di seluruh dunia kerana aktiviti perdagangannya.



Saya sangat menghargai masa yang dihabiskan dengan keluarga.
Walau cabaran melancong dengan anak-anak yang kecil tidak boleh dipandang ringan (yang menangis, yang lapar, yang mengantok.....dan macam-macam lagilah), namun ia sangat bermakna.

Harapan saya biarlah ia menjadi kenangan untuk kami sekeluarga selamanya.


Allahu'alam



Ummuzulfa
24 Mac 2009

Friday, March 20, 2009

LEBIH CERDIK DARI SMS




"Tuhanku, ku mohon kepadaMU, sentiasalah berkati wanita ini dalam apa juag yang dia lakukan,Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasihMu.Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan. Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi wanita ini.Amin.

Hantar message ini kepada 8 orang wanita yang kamu kasihi " SELAMAT HARI WANITA'

"Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepadamu Ya Allah...turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya..Amin."
"Lipat gandakan doa ini, kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain ...maka 7x7x7x7x7x7x7 = 823453 x 7 = 5.8 juta orang akan berdoa, Insya allah bantulah mereka dengan doa"

Itu adalah antara sms yang pernah saya terima dari rakan-rakan.

Selalu juga saya mendapat sms yang bersifat provokatif dan banyak juga yang merupakan satu pembohongan atau diragui kesahihannya.

Namun saya tidak pernah mengedarkannya seperti yang selalu yang dianjurkan di dalam sms itu.


Kenapa?

Adakah saya tidak sayangkan sahabat-sahabat saya ?
Adakah saya tidak prihatin kepada isu-isu kemanusian sejagat?
Atau adakah saya termasuk di dalam golongan mazhab "aku tidak pedulisme"?

Minta dijauhkan saya dari segala sifat-sifat mazmumah itu...

Secara peribadi saya merasakan penghantaran sms itu adalah satu pembaziran dan mempunyai agenda tersendiri.

Cuba bayangkan sekiranya berita yang kita dapat itu adalah palsu maka akan terjadilah satu rantaian penyebaran fitnah dan kita adalah salah seorang dari penyebarnya.

Dan yang paling menjengkelkan saya adalah betapa banyaknya untung syarikat telekomunikasi di atas kegopohan kita menyebarkan berita.
Dan adakah syarikat itu akan membelanjakan sebahagian besar dari keuntungan yang dijananya dengan pertolongan kita itu untuk tujuan kebajikan atau melakukan aktiviti berfaedah kepada rakyat.?

Tidak silap saya industri sms ini menjana keuntungan berbillion ringgit kepada mereka.




Adakah keuntungan itu memberi kebaikan kepada pengguna setianya.?

Kadang-kadang saya terfikir, ada sesetengah isu saja-saja direka oleh orang yang berkepentingan untuk menaikkan emosi kita dan akhirnya menguntungkan mereka.

Saya bukan anti sms, malah sms lah yang sering menjadi tali penghubung saya dengan keluarga dan rakan terdekat.
Ia juga sangat penting untuk hal-hal kecemasan.

Namun, kita patut menjadi lebih cerdik .

Apa-apa perkara yang perlu dihantar secara serentak, boleh sahaja dihantar melalui email.

Mana-mana perkara yang diragui kesahihannya, janganlah dihantar kepada orang lain.

Teknologi sepatutnya menjadi 'hamba' kita, bukan kita yang menjadi 'hamba' kepada teknologi.




Allahu'alam


Ummuzulfa
20 Mac 2009

Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 11, 2009

NOTHING MUCH

Life has been busy lately,both at work and home but I don't have the heart to see my blog so outdated so it's just sharing session this time.

Wafa has been crying lately whenever she wants to sleep and every night I have to 'sling' her to sleep.Babywearing makes my tasks a lot easier.

At work, we got more 'work' from our neighbour , a win-win situation.We got to polish up our skills and they can clear up their trays much faster.

Weekend was family time, trying to entertain them according to our children's need.

Last Saturday was a long and tired day for all of us.

Early morning, rushed to our daughters' school for sports day, held at a nearby stadium (near to their school but not our home).
I guess kakak and Nurul were enjoying themselves, meeting their friends (again and again),teachers, participating in marching events (with very cheerful cheers from all the sport houses).

But,above all, I really respect their teachers for their hard work especially for those who involved in preparing all the events.They were sweating, busy carrying all the props and giving instruction to the kids.

May Allah grant them rahmah.








And I, busy carrying Wafa in my ring sling.She slept most of the time and I got both of my hands free for doing things such as reading the brochures, fanning Wafa and eating.

Babywearing is just great.








We had to escape early as my hubby was rushing to attend the special gathering in the heart of Kuala Lumpur.
But we never forgot our lunch, so Mahbub Nasi Briyani in Bangsar was our next stop.

We digged in quite fast as we were hungry but knowing our children with their small appetite, one plate was more than enough for 3 of them.

Of course I can eat while holding Wafa.Wafa never woke up while we were there.



While my hubby went to Masjid Negara to join others, the rest of us were just 'lepaking' at the mosque next to Bangsar Village shopping complex.

We got some time to recharge ourselves.
But my kids were ever feeling fresh after took their short bath at the mosque and I did the same and tried to take a short nap but failed as Zulfa kept me awake all the way.

I managed to take few shots of hubby with kids.



My hubby is always the "last Malay man" (jejaka Melayu terakhir) for all of us :D




Then, airport was our next stop.

Most of my siblings were there, to say goodbye to my mom and my other sister who went to visit my other sister in India( there are 5 girls in my family....and 3 boys) .









This time around, my hubby voluntarily wearing Wafa in a Mei Tai.
Not bad for a first timer, I would say.
And Wafa just fall asleep in no time.
She likes being snuggled, as always

Inspired by it , my brother also wanted to try his Mei Tai (borrowed from yours truly) and not bad also even though Wardah cried and seemed perplexed being carried that way.
She just have to be worn more frequently and I'm quite sure she will like it up there , right at her daddy's heart.















A very long Saturday but very fulfilling.

Being close and spending time with your family is part of Allah's compassion.

Alhamdulillah, Thank you Allah for giving us this opportunity to be there along the way.



Allahu'alam



Ummuzulfa
11 March 2009











Monday, March 2, 2009

PPSMI ; Satu pengalaman peribadi.


"Ummi, camne nak buat ni." Nurul menggaru kepala

"Yang mana", saya membalas pertanyaannya.

"Ah Chong has 1487 bottles to recycle. Ahmad has 366 more bottles than Ah Chong. How many bottles do both of them have to recycle?.Ni nak campur ke tolak?" Nurul terus menunjukkan buku latihan Matematiknya kepada saya.

"tak tahu ke, apa maksudnya???" saya sedaya upaya cuba bersabar untuk membantu anak saya memahami ayat-ayat itu.

"Nurul tak fahamlah, umi, "




Itu adalah dilemma anak-anak saya di dalam pembelajaran matematik dan sains mereka.
Mereka bersekolah di sekolah berbayar, ramai kawan dan guru boleh berbahasa Inggeris dengan baik namun mereka masih tidak dapat memahami bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik kerana terbatasnya keupayaan mereka memahami Bahasa Inggeris.

Saya kerisauan memikirkannya.
Matematik dan Sains adalah subjek teras pembelajaran formal.

Sepatutnya mereka sudah mahir menyelesaikan masalah-masalah matematik yang biasa tetapi Bahasa Inggeris menjadi penghalang kepada mereka.

Bagaimana pula anak-anak di kampung dan pendalaman agaknya?

Bolehkah mereka memahami apa yang diajar?
Bolehkah ibu bapa mereka menolong mereka belajar matematik dan sains tersebut?
Dan bagaimanakah nanti masa depan mereka sekiranya mereka gagal di dalam alam persekolahan gara-gara tidak memahami bahasa Inggeris yang diajar melalui subjek matematik dan sains?

Adakah pihak yang ambil peduli?


Teringat zaman persekolahan saya lama dahulu.

Tinggal di kampung dengan pengangkutan awam yang sangat terhad.Bersekolah rendah di sekolah kampung yang tidak secanggih mana.
Setiap darjah hanya ada satu kelas sahaja dan anak murid juga tidak ramai.

Pembelajaran Bahasa Inggeris menjadi satu kesukaran bagi budak-budak kampung macam saya dahulu.
Hatta pembelajaran Bahasa Inggeris juga di ajar di dalam Bahasa Melayu.

Matematik dan sains tentunya lebih sukar bagi kami , budak kampung untuk memahaminya jika diajar dengan bahasa antarabangsa itu.
Saya adalah produk generasi matematik dan sains diajar di dalam Bahasa Melayu.
Alhamdulillah, saya rasa dengan bahasa itu juga yang telah meletakkan saya seperti hari ini.

Saya masih ingat lagi, guru yang mengajar saya bahasa Inggeris adalah guru perempuan Cina.
Beliau berbahasa Melayu untuk mengajar kami Bahasa Inggeris.

Tetapi saya berusaha lebih untuk berjaya.
Saya membaca buku-buku cerita bahasa Inggeris.
Saya juga membuat kamus saya sendiri.
Saya menambah perbendaharaan kata dengan melihat sari kata di TV.

Saya berusaha sendiri.

Dan akhirnya saya mendapat A untuk pelajaran Bahasa Inggeris di dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah seiring dengan 4 mata pelajaran yang lain.

Dan bila ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh, kami disaring untuk menempatkan kami di kelas-kelas Bahasa Inggeris yang berbeza.
Pada tingkatan 1 saya diletakkan di kelas set 3 dari 6 kelas yang kemudiannya melompat ke set 2 sehingga SPM.

Semua itu saya harungi tanpa mengorbankan pemahaman saya di dalam subjek sains dan matematik.
Saya sangat bersyukur dengan keadaan itu.


Saya bukan ahli politik, hanya seorang ibu yang prihatin tentang masa depan anaknya.
Saya berharap anak-anak saya dapat belajar dengan baik dan menjadi manusia yang berguna di bidang yang mereka ceburi kelak.

Justeru, saya juga berharap sains dan matematik diajar di dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh anak-anak kita.

Itu adalah hak mereka.

Sama sekali saya tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan penting untuk kerjaya di masa depan.
Saya juga diajar di dalam Bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi.
Dan saya juga bersetuju pembelajaran Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dan ditambah baik dari masa ke semasa.

Namun saya merasa berat untuk menerima bebanan itu diletakkan kepada anak-anak di peringkat pembelajaran asas.
Mereka berhak mendapat yang terbaik daripada sistem pembelajaran.
Mereka juga sangat berhak untuk diberi pendidikan di dalam bahasa yang mereka fahami terutama di dalam subjek teras seperti sains dan matematik.



Mungkin ada sebilangan pelajar yang mendapat manafaat daripada PPSMI yang sudah bertapak lebih 6 tahun di bumi Malaysia ini namun tahukah kita siapa pula yang telah jauh ketinggalan?

Di dalam majalah Forward keluaran Febuari 2009, salah seorang pensyarah dan pendidik di salah sebuah IPTA negara telah mengemukakan data-data yang jelas menunjukkan ramainya murid yang tidak mendapat manafaat daripada PPSMI ini.

Malah mereka jauh ketinggalan...

Tahukah kita siapakah mereka ini?

Mereka ini adalah murid-murid luar bandar dan pedalaman.
Mereka kebanyakannya adalah anak-anak orang Melayu.

Tidak mustahil anak-anak Melayu yang ketinggalan itu akan lebih terasing dari kehidupan 'arus perdana' dan mungkin boleh membawa kepada kemudharatan jangka panjang.

Mereka adalah generasi yang bakal menggantikan kita.

Sekiranya mereka gagal di dalam alam persekolahan, ke mana arah tuju mereka?
10-20 tahun akan datang, di manakah mereka?

Sanggupkah kita mengambil risiko itu?
Masa depan terletak di dalam tangan kita sendiri.

Akhirnya, saya hanya ingin memetik tagline Nabil Raja Lawak - LU FIKIRLAH SENDIRI....



Allahu'alam




Ummuzulfa
2 Mac 2009

Free Counters
Petco Promotion Code