Monday, November 30, 2009

KEMBALI KEPADA FITRAH - hari kejadian


"Kat sape lagi kita nak pinjam ni?" saya cuba bertanya untuk meredakan kegelisahan.

"Cuba Kak Saadah lah..."

sms bertukar ganti.

"alhamdulillah...Kak saadah kata boleh pakai dia punya"
Oh ye ke...alhamdulillah"

Ujian pertama telah berjaya kami lalui...namun debaran masih terasa.
Malamnya tidur yang dilalui terasa kurang lena..

Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan segalanya berjalan lancar keesokan paginya.
Sms telah saya ajukan kepada semua peserta agar boleh datang pada masa yang tepat untuk memastikan program berjalan lancar.

Keesokan harinya, 7.30 pagi saya dan suami telah berada di tempat program.
Dan seorang demi seorang peserta datang mendaftarkan diri.

Ustaz Zaidi juga datang tepat pada masanya.

Suami yang telah saya lantik menjadi pengerusi majlis, memulakan majlis dan menjemput ustaz Zaidi untuk memberi sedikit ucapan pembukaan.

Ustaz Zaidi yang berpengalaman luas di dalam hal hal berkaitan keluarga, sesuai dengan statusnya di JAWI, memulakan ucapannya dengan mengatakan....

"penyusuan susu ibu ini ada kaitannya dengan keimanan...."

Satu dimensi baru yang mungkin kita sering terlepas pandang.
Bagi kita, Muslim yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan, maka apa yang disebutkan di dalam AL-Quran itu, perlulah kita mengamalkannya sedaya upaya mungkin.

Kalau orang barat mengiktirafkan kebaikan susu ibu kerana banyak kajian saintifik telah membuktikannnya, namun sebagai seorang Muslim, cukuplah Quran sebagai sumber panduan.
Namun saya tidak menidakkan kepentingan kajian saintifik itu, namun sekiranya kita tiada akses kepada kajian tersebut, cukuplah dalil Al-Quran sebagai buktinya.

Ustaz Zaidi juga mengaitkan penyusuan susu ibu dengan akhlak generasi.
Satu pemerhatian yang saya kira ada asasnya.

'YOU ARE WHAT YOU EAT'




Maka wajarlah pemakanan terbaik diberikan kepada bayi seawal yang mungkin untuk memastikan akhlak dan peribadi generasi mendatang setulus kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa yang membesarkannya.



Ustaz Zaidi, sempat juga berseloroh..

'kalau anak saya 'ba alif nga nge' dan anak shamsul (suami) pun 'ba alikf nga nge' , nanti kalau jadi anak menantu, semua anak cucu pun 'ba alif nga nge' lah jawabnya."...





Perkaitan yang ustaz utarakan - susu ibu dan akhlak generasi mendatang ..membuatkan saya rasa teruja.
Ye lah..selama ini saya merasa agak rendah diri dan segan dengan sahabat yang kebanyakannya hebat-hebat dan memperjuangkan perkara-perkara yang hebat...negara Islam, perundangan Islam, wehdatul amal, jihadetc..., namun saya kecenderungan saya yang lebih kepada perkara-perkara kekeluargaan yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang.

Namun,Alhamdulillah....persepsi baru  yang ustaz berikan agak melegakan hati saya...
Semoga ia menjadi medan dakwah yang berkesan  kepada saya.




Saya mengambil alih slot selepas ustaz.



Dengan bertajukkan ADA APA DENGAN SUSU IBU...saya cuba mengupas sebaik mungkin tentang kandungan susu ibu yang sebenarnya penuh dengan keajaiban...

Juga kebaikan susu ibu yang tidak terkira bukan sahaja dari aspek kesihatan bayi namun dari segi kesihatan dan kesejahteraan ibu dan keluarga dan ekonomi negara.
Saya selitkan juga tentang kisah-kisah benar yang menakjubkan berkaitan tentang penyusuan susu ibu - seorang ibu yang menghantar susu perahannya dari Afghanistan ke US, mangsa bencana Taufan Katrina yang kehilangan anaknya kerana tidak tahu untuk menyusu badan walaupun baru 2 minggu bersalin dan salah seorang anak yang terselamat dari bencana gempa bumi yang dijumpai tanpa cedera sedang menyusu dari ibunya yang tidak berjaya diselamatkan.

Subhanallah....

Selang setengah jam berhenti rehat, Kamariah mengambil alih menyampaikan tajuknya LAKUKAN DENGAN BETUL..





Sebagai seorang yang berpengalaman, Kamariahberkongsi pengalamannya dengan cukup baik..


Beliau banyak membetulkan persepsi yang salah yang banyak berlegar di sekeliling kitaberkaitan dengan susu ibu.

Take home message - do it right from the beginning...

Saya amat berbesar hati dapat membawa Kamariah ke Seremban...semoga dengan perkongsian pengalamannya, dapat mengembalikan keyakinan ibu-ibu untuk menyusukan bayi selama mungkin dengan susu ibu.

Kak Siti Rahmah dari HPA mengisi ruang slot tajaan...
Saya memang sengaja menjemput beliau...bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman dari seorang ibu kepada 8 orang anak namun dapat juga membuka mata peserta bahawa kita sebenarnya tidak ketandusan produk pemakanan tambahan yang hebat-hebat keluaran Muslim Malaysia yang ternyata halal dan berkhasiat, Insya Allah.
DI samping dapat meningkatkan kesihatan, dapat juga membantu mengembangkan ekonomi ummah.


Dan banyak produk dari HPA  sebenarnya yang boleh membantu kita memperbaiki kesihatan diri dan seterusnya dapat menyusukan anak sebaik mungkin.

Satu perkara yang menarik dari Kak Siti Rahmah....:" bila kita makan sesuatu, berdoalah dan berniatlah di dalam hati semoga apa yang kita makan dapat menambahkan susu kita dan berkatnya dapat mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah"




Program itu ditutup dengan sedikit harapan saya dengan penubuhan Kelab susu ibu seremban, sebagai satu wadah untuk ibu dan bapa berkongsi pengalaman dan memberi sokongan sesama sendiri.
Cabutan bertuah pula menyusul....

Tahniah kepada yang bernasib baik...

PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH..

Harapnya semua peserta yang hadir dapat merasakan harapan yang ingin saya bawa.

Perlunya kita semua kembali kepada fitrah sebagai ibu dengan berusaha sedaya mungkin menyusukan anak.

Saya bertemu ramai ibu muda yang 'enthusiastic'...
Saya bertemu ibu berpengalaman yang tidak lokek berkongsi ilmu.
Saya bertemu Kak Latifah yang sangat cekal mengusahakan perusahaannya.



Saya bertemu ramai yang mempunyai harapan yang sama dengan saya...

Semoga wadah ini dapat dibawa dan dikembangkan bersama.

Ucapan terima kasih penuh kasih sayang saya kepada suami , Shamsul Kamal yang tidak pernah jemu menyokong dan mendokong saya, anak-anak yang terkadang terpaksa ditinggalkan, ibu yang memahami, dan bibik yang membantu

Terima kasih kepada Atriza yang sudi menjaga kaunter pendaftaran.



Terima kasih kepada semua yang sudi menaja cabutan bertuah.

Terima kasih kepada PJS Hafidzan yang menaja makan tengahari, dan tidak jemu-jemu memberi kesedaran tentang produk Halal.




Terima kasih kepada adik Hasanan yang hanya dapat berbicara lewat email dan membantu menyiapkan buku program.

Dan terima kasih kepada semua peserta yang tidak berganjak untuk menuntut ilmu.
Sampaikanlah ilmu ini kepada orang di sekitar anda....

KERANA

MENYUSU ITU FITRAH, MENYUSU ITU SUNNAH..
BREASTFEEDING IS FITRAH, BREASTFEEDING IS SUNNAH...

Moga berjumpa di lain program...

Allahu'alam,


ummuzulfa
30 November 2009

7 comments:

puan punyer said...

Dr. Macam mana nk masuk kelab susu ibu seremban ya? atau saya boleh terus join biler ada perjumpaan?

Nurul Izza said...

uz, BUKU YOU ARE WHAT YOU EAT TU BGS.KAT SINI ada program dia.sgt bgs cara dr tu gunakan utk kuruskn bdn dgn siht tanpa sebarang ubat.berkesan!

Ummuzulfa said...

Salam puan punyer...takpe nanti bila ada program boleh terus isi borang...

Nurul ...ye ke...I should find more time to read..now tengah nak habiskan breastfeeding naturally..

kalau nurul nak balik malaysia nanti informlah yea..mana tau kot-kot boleh kirim buku :D

Anonymous said...

faridah.. tahniah for such a wonderful programme.. walaupun tak dapat join time tu.. baca your blog ni pun best gak.. hehehe.. harsa selalu gak nyinggah sini.. tapi ni first time kot nak letak comment..

harsa mmg promote BF nih.. mmg sepatutnya la kite amalkan pun for the babies.. hmm.. should do it again and maybe this time kat KL la kot.. mungkin leh attract lebih ramai mothers out there.. insya allah.. nak join the club walaupun tak de baby yg BF "lagi".. leh ke?

/harsa

Ummuzulfa said...

Harsa..TQ for stopping by and leave your marks...he..he

Kat KL actually dah banyak jugak..but a bit pricey lah I think..

susah nak attract orang datang program yang berbayar ni tapi takpe...tak cuba tak tahu...

boleh je join the club...because we, mothers have so many things in common...

Unknown said...

salam Dr..

Baru sahaja terjumpa blog Dr.ini.
fyi,saya sedang cuba utk fully BF anak yg ketiga. Alhamdulillah, beliau skrg berumur setahun empat bulan. Abang2nya tak berjaya Fully BF, mungkin kerana kekurangan ilmu.
Sebenarnya, saya tertarik untuk meninggalkan komen disini kerana kata2 kak siti rahmah, bila makan sesuatu, niatkan untuk menambahkan susu kita...
kebetulan saya rasa kekurangan susu sehari dua ini..InsyaAllah akan cuba dipratikkan.
TQ for sharing.

Ummuzulfa said...

azian,

terima kasih kerana sudi singgah...

alhamdulillah azian telah berjaya menyusukan anak ketiga lebih setahun..

memang tidak dinafikan terkadang memang susu akan berkurang atas sebab yang pelbagai, terutama bagi ibu-ibu bekerjaya...

insya allah dengan pemakanan yang seimbang dan stimulasi dan pengosongan payudara yang kerap boleh mengembalikan susu tetapi yang paling penting YAKIN BOLEH...

semoga Allah menilai usaha kita sebagai amal jariah yang akan diberikan ganjarannya di sana nanti..

ALlahu'alam

Free Counters
Petco Promotion Code