Monday, November 16, 2009

KEMBALI KEPADA FITRAH - di sebalik tabir






"Ada ke orang nak datang nanti?"

" nanti mesti ada yang cakap mahal yurannya"

" mesti defisit bajetnya"





Itu adalah antara persoalan-persoalan yang timbul sebelum saya membuat perancangan untuk program penyusuan susu ibu.

Saya amat menyedari, ramai orang kita tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk banyak perkara keperluan hidup tetapi ramai juga yang merasa keberatan untuk membayar untuk mendapat ilmu.Dengan minda subsidi yang sudah lama diterapkan kepada kita, mungkin semua perkara perlu didatangkan secara percuma.

Sedangkan program sekecil program penyusuan susu ibu itu pun memerlukan belanja yang bukan sedikit, tanpa perlu mengira membuat untung.

"Ish...kalau nak fikir rugi, sampai bila-bila pun tak akan buat"

"takpe lah...tawakkal je lah"

Saya lawan balik pemikiran negatif dengan memujuk diri sendiri.

Saya positifkan diri sendiri.


Saya tahu saya mempunyai kekuatan saya sendiri dan tunjang kekuatan saya adalah suami saya dan diri saya sendiri.
Saya tidak perlu AJK yang ramai, cukup dengan suami saya yang boleh membuat seribu satu kerja walau di saat-saat terakhir.

Saya berbincang dengan Kamariah dari susuibu.com.
Saya membuat kertas kerja ringkas untuk panduan diri saya sendiri (dengan tidak membuat bajet :)
Saya menempah online banner dan menempah tempat iklan di website tumpuan.
Saya membuat pengumuman di forum berkaitan.
Suami membuat pengumuman di e-group yang beliau sertai.
Suami pula membuat flyers yang difotostat dan diedarkan kepada rakan-rakan terdekat.
Suami pula menempah banner untuk ditempatkan di lokasi strategik.

Semuanya dibuat sendiri kira-kira sebulan sebelum program berlangsung.

Kemudian saya menunggu panggilan, sms dan email dari mereka yang berminat.

Alhamdulillah, Allah memberi banyak kemudahan...

Kak Latifah dari Hilyah, menghulurkan kerjasama yang tidak dapat ditolak - membuka booth dan menaja beberapa voucher untuk cabutan bertuah.
PJS Hafidzan Fauzi dari sahabat network HPA bersetuju untuk menaja makan tengahari - satu agenda yang tiada di dalam perancangan awal.
Haniez choc juga memberi sekeping coklat buatan mereka sendiri untuk semua peserta.
Seorang peserta bersetuju untuk menaja 2 lampin kain moden (modern cloth diapers) untuk cabutan bertuah.



Ustaz Zaidi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI, yang juga merupakan sahabat suami pula setuju untuk memberi ucapan pembukaan, satu agenda yang juga tiada di dalam perancangan awal.

Alhamdulillah...syukur banyak-banyak.....

Selepas itu, bermulalah kerja-kerja "on the ground" kami....

Setiap malam, suami macam pekerja am meletak gam untuk karpet di tempat program...satu kerja yang tidak mudah sebenarnya.
Memasang railing untuk langsir.
Memasang pelekat di cermin untuk jadi white board untuk persembahan power point.
Mem'vakum' karpet.
Menyusun kerusi dan meja.
Mengedit buku program yang telah disediakan oleh seorang adik yang  hanya saya kenali memlalui adik lelaki saya.

Kebanyakannya suami saya yang lakukan.

Di hari-hari terakhir, saya cuba untuk menyiapkan perkara-perkara kecil - menyiapkan fail, menyediakan CD yang memuatkan persembahan penceramah, senarai pendaftaran peserta (ada yang datang dari Bangi, Muar dan Batu Pahat) dan membuat kertas-kertas kecil cabutan bertuah.

Di celah-celah itu, saya berusaha menyiapkan power point persembahan saya.
Dengan tajuk berkaitan dengan kandungan dan kebaikan susu ibu, banyak kajian yang perlu saya teliti.





Saya meminta tolong dari seorang sahabat untuk tolong menjaga meja pendaftaran pada hari kejadian.

2 hari sebelum program, saya mendapat panggilan telefon..

"Ni teacher Fairuz (anak ke-3 saya di tadika ), nak tanya, nanti masa konsert Fairuz, siapa yang dapat hadir, sebab tadi ayah dia tak kata apa-apa pun masa hantar dia" beliau membuka bicara.

"Nenek dia lah, saya dan husband tak dapat datang, memang ada hal penting tak dapat nak escape"saya membalas dan cuba memberi penjelasan.

"Ye ke, sebenarnya tak boleh bagitau, sebenarnya Fairuz dapat best student kat tadika nanti jadi kalau boleh biarlah ada parents dia yang datang"

Majlis konsert dan penyampaian hadiah tadika Fairuz, kebetulan pula dibuat pada tarikh dan waktu yang sama dengan program penyusuan yang telah saya rancangkan beberapa bulan yang lalu.
Dan pada waktu yang Fairuz memerlukan kami, kami terpaksa pula menguzurkan diri...

Alhamdulillah, ada ibu saya yang berjanji untuk menemankan Fairuz pada majlis tersebut.
Dan saya pula telah memujuk Fairuz.....

Alhamdulillah, Fairuz gembira sahaja....(budak kecik kan....asalkan dapat jumpa kawan...)

Di malam terakhir, kami membuat pecutan terakhir persiapan program...

Sekali lagi, vakum dilakukan.
Kerusi dan meja perlu disusun rapi.
Laptop dan LCD projektor perlu diuji.
Senarai peserta, duit tukar, fail peserta, tilam dan bantal untuk baby perlu ada.


Tiba-tiba...

'Eh...kenapa LCD ni tiba-tiba padam", suami berkata dengan nada panik.Jam sudah menunjukkan hampir ke 12 tengah malam.

"Kenapa?", saya bertanya, cuba untuk menutup panik yang mula bertandang.

"tadi OK je, tiba-tiba je padam...langsung tak mahu menyala lagi....rasanya macam fius dia terbakar lah", suami menjelaskan.

LCD terpakai yang kami beli lebih lima tahun yang lalu, memang telah lama berjasa kepada kami dan ramai lagi yang telah menggunakan perkhidmatannya.

Dan tiba-tiba 'dia' mogok untuk bekerja pada malam itu, pada masa yang khidmatnya sangat didambakan...

"Macam nak buat ni bang?" saya buntu.

"Nak pinjam dari siapa?, dah malam dah ni"



(nantikan sambungannya......jangan marah) :D


Allahu'alam


Ummuzulfa
16 Nov 2009

9 comments:

Nurul Izza said...

assalamuailkum..sebenarnya mmg ssh nk buat sesuatu kalau melibatkan 'duit'.di malaysia..semua nak free tapi mana boleh mcm tu kan.kt bukannya dato'.eheh..

alhamdulillah kat sini, sebelum bersalin..bila nurse, nutrition tau kt nk bf bb, mmg kami ke kelas, jumpa lactation, pastu diberi makanan yg baik2 (melalui program WIC - supplement nutirition for woman, infant and children). Lagi2 fully bf mom mmg dpt makanan yg byk..cyh: milk, cheese, bean, fruit and vege, 100% juice, 100% cereal, whole grain bread / brown rice, tuna/salmon in can, lupa dah..tp mmg membantu.

sebelum bersalin, mmg byk dpy info bf from handout fron milkworks, lactation, nurse yg setiap bukan dtg umah..sgt membantu utk bf baby.

k

Nurul Izza said...

SY SGT MENGHARGAI USAHA DR FARIDAH..SANGT TERUJA..

Cerita Cici said...

Dr Faridah...cici sgt berbesar hati dpt pergi ke prog itu dan masuk kelab susuibu seremban...prog tu buka mata ci dgn lebih luas betapa byknya yg ci masih tidak tahu w/pun ci menyusukan anak ci dah 10 bulan...terima kasih dr faridah dan semua yg terlibat...dan Tahniah juga dr cici....

Ummuzulfa said...

Nurul izza..

memang different oversea dengan malaysia kan. But I strongly believe education can change that.

so grap whatever chance you have while you are there and share them with us in malaysia :D

cici...saya pun berbesar hati cici dapat datang.masa saya buat research untuk present tu pun, banyak ilmu yang baru saya dapat...

Ummuzulfa said...

Nurul izza..

memang different oversea dengan malaysia kan. But I strongly believe education can change that.

so grap whatever chance you have while you are there and share them with us in malaysia :D

cici...saya pun berbesar hati cici dapat datang.masa saya buat research untuk present tu pun, banyak ilmu yang baru saya dapat...

Nurul Izza said...

UZ, my bb dh xnak hisap susu siang2..kenapa ye.mmg gitu ke bb umur 3-4 bulan? bukan xnak..dulu evry 2 hours skg kdg tu 4 hours br lapar.tp malamnya, every 2 hours.kadang lama sgt.mmg gitu ke??

worries and currious

Ummuzulfa said...

salam nurul izza,

I think it quite normal for 4 month old...now she's more active and try to explore more...but make sure not to exceed 4 hours....

make sure you bf long enough for her to get the hindmilk which is contain higher calories than foremilk.

kalau wet diaper dia OK ,gaining weight dia pun OK, insya allah should be OK...

breastfeeding is not only about feeding,so malam dia nenen lama-lama tu mungkin sebab she finds comfort being near with you...

take it as a sweet rewards that you can be close to your child anytime....

take care...

sorry late reply..sibuk lately..(maid balik cuti...he..he..)

puan punyer said...

Salam Dr. Faridah.......

Saya memang sangat berminat bk menyertai program sebegini. Tapi masa prog. nih dibuat saya still maternity leave kt kg. Jadi biler lagi Dr. buat yer... saya mmg fully BF baby skang n memang saya tinggal di Seremban..... teringinnyerrr

Ummuzulfa said...

Salam...tq sebab sudi singgah..

buat masa sekarang program macam itu belum ada perancangan lagi..

tapi insya allah akan buat perjumpaan kelab susu ibu seremban dalam masa terdekat...

santai sambil menuntut ilmu.

insya allah akan saya maklumkan di blog bila tarikhnya.

Boleh tengok kat susuibu.com kalau ada orang lain buat program yang serupa...

mean while...teruskan bf and dont hesitate to ask for help if you have any problem.

can contact me anytime if...willing to help if I can.


Dr Faridah
myzulfa@gmail.com

Free Counters
Petco Promotion Code