Saturday, June 13, 2009

SELAMAT HARI LAHIR FAIRUZ SAFIYYAH

4 tahun setia mengiringi
Buku kerjaya saling berganti
Yang kabur terus dikaji
Yang jelas tak lupa diingati

Di celah itu Allah memberi rezeki
Anak ke-3 yang dinanti
payah susah senang tabah dihadapi
Bersama keluarga yang tak jemu memberi

Anak sarjana itulah gelaran
Di perut ummi setia meneman
Alhamdulillah semua masalah dapat ditahan
Selepas maghrib detiknya kelahiran

Fairuz Safiyyah nama pilihan
Permata suci tak leka ditatang
Tangis ketawa tak alpa dilayan
Semoga membesar tanpa halangan

Cepat sungguh masa berlalu
5 tahun kini genap umurmu
ceria dan cengeng masih begitu
kau permata kami selalu

Jari dihisap tak mahu berhenti
puas sudah petua dicari
masih begitu ke hari ini
harap tidaklah kecilnya jari

cerdik memang tak boleh disangkal
tak jemu belajar semangat cekal
membaca mengaji terus diamal
dapat pujian guru dan rakan

semoga Allah terus berkati
hidup senang dulu dan kini
doa ummi ayah tak pernah berhenti
cemerlang dunia akhirat terus dicari

Ingatlah Allah dan Rasul sentiasa
gerak usaha hingga berjaya
tidak lupa masyarakat dibela
dengan Islam amal sentiasa.

SELAMAT HARI LAHIR KE 5 FAIRUZ SAFIYYAH
13 JUN 2009

















4 comments:

Aishah Megahasz said...

Memang dia suka hisap jarila. Boleh tengok dalam gambar :D

SELAMAT ULANGTAHUN FAIRUZ SAFIYYAH. SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH. Amin....

Ummuzulfa said...

Aisyah...

ye..dia memang suka hisap jari.

and I have one more finger sucker pro in a making...:D

acik sarah said...

happy belated birthday fairuz!
lupe plak kat birthday niece yg sorg ni..hehehe

UmmNaufal said...

erkk, gambar akhir tu dgn jejaka idaman mana tu? hehehehe :-D

Free Counters
Petco Promotion Code