Friday, June 26, 2009

JOM PAKAT PANDANG BELAKANG......................







"Okay...besok bangun pagi tau, kita berkebun!!!"

"Eh...bestnya ummi, horay...!!!"

Sudah lama saya ingin membuat aktiviti "bertanah" bersama anak-anak.

Saya ingin mereka lebih menghargai alam sekitar....

Saya berharap mereka sukakan kehijauan...

Saya impikan mereka lebih mendalami ciptaan Yang Maha Esa...

Set fetigasi yang suami saya beli di Shah Alam awal Jun lalu telah seminggu tersadai di depan pintu.Memandangkan kami bekerja, pergi matahari belum keluar dan balik selepas gelap, maka masa yang tinggal hanya hujung minggu, itupun jika saya dapat 'menempah' suami lebih awal sebelum dicuri oleh kesibukan yang tidak menentu.

Sebenarnya saya pun baru sahaja tahu berkaitan dengan kaedah fetigasi ini.
Sebelum ini cuma tahu kaedah bertanam secara manual yang biasa ( tak pernah buat pun ;D) dan hydroponik.

Tetapi sukar untuk saya cari set hydroponik ini dan cita-cita saya untuk mengisi ruang belakang rumah sudah lama terbengkalai...(baca : malas)
Sehingga saya terjumpa kaedah fetigasi ini.

Bila saya melayari internet, sudah lama sebenarnya kaedah ini dijalankan oleh para petani moden dan sekarang kaedah ini diperluaskan untuk digunakan oleh mereka yang minat bertanam tetapi tidak mempunyai banyak masa.

Kerana ia datang lengkap dengan baja yang dijadikan bancuhan, polibeg, pam dan sistem paip yang boleh disetkan untuk menjalankan siraman secara titisan mengikut keperluan tanaman.

Ringkasnya , ia seumpama kaedah " walk away " . Pasangkan semua set mengikut manualnya dan kemudian boleh ucap selamat tinggal...mungkin sekali-kala boleh dijenguk .....

Justeru, saya mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama anak-anak dengan harapan mereka lebih dekat dengan alam sekitar....

"Ha, nanti kakak, nurul dan fairuz boleh in-charge beg masing-masing tau"

"Tiap-tiap hari kena cakap dengan pokok tu"



Jadi, selepas sarapan, terus saja kami ke belakang rumah untuk memulakan kerja...

Polibeg diisi dengan material khas (rasanya sabut kelapa) untuk menggantikan tanah...)

Plastik 'shine" sudah siap dibentangkan.




Kemudian sistem piping dipasang - ini diambil alih oleh suami yang terpaksa berulang-alik ke kedai untuk mencari beberapa peralatan yang diperlukan.

Dan kemudian bancuhan baja disediakan di dalam tong siap dengan pam yang dibekalkan.

Saya mengambil tugas mensetkan timer yang diperlukan untuk menyiram tanaman - dengan perasaan yang agak gementar juga, maklumlah saya tak pernah ada pengalaman bertanam dan beberapa kali saya terpaksa menelefon supplier untuk bertanya cara yang betul untuk menggunakan timer ini.

Akhirnya setelah hampir separuh hari bermain tanah, maka siaplah mini projek kami sekeluarga...



He..he...cuma 10 polibeg....

3 beg dengan benih cili, 2 beg ditanam dengan sawi dan kangkung dan juga kailan.

Bibik pula ingin menyemai terung dan kacang bendi.

Walaupun projek kami memang jauh dari projek jiran sebelah rumah kami dengan 32 beg cili....namun saya merasa bangga kerana dapat melaksanakannya.




Koleksi fertigasi jiran.


Harapan saya agar projek ini berjaya dan satu hari nanti kami sekeluarga dapat menikmati sayuran yang ditanam sendiri.

Sekarang....selepas pulang dari kerja, dan selepas saya siap menyimpan stok susu ibu yang diperah ditempat kerja, belakang rumah adalah destinasi wajib saya.

Melihat hasil tanaman, menyembur dengan serai wangi untuk menghalau serangga dan memastikan tiada air bertakung yang boleh menjadi tempat biak nyamuk aedes pula.




Hasilnya, selepas seminggu kangkung dan sawi sudah mula bertunas dan berdaun


Sedikit sebanyak ia dapat memberi ketenangan dan kepuasan setelah penat bekerja.

Doa-doalah ye, semoga saya dapat istiqamah dengan hobi baru ini....

Seruan saya kepada semua ....JOM PAKAT PANDANG BELAKANG....RUMAH :D

Dan hijaukan persekitaran anda....


Allahu'alam


Ummuzulfa
26 Jun 2009

2 comments:

Beautiful Tudung said...

Subhanallah. Bestnya. Hope I can do this one day!

Mysunshine Gift Shop said...

salam,
i dah post your bento box sekali ngan recipe

and kalu sudi join ler mysunshine diaper cake giveaway... @ mysunshine2u.blogspot.com or promote to your friends yah..

zar

Free Counters
Petco Promotion Code