"Best ke buku cerita ni kak?"
"Ini bukan buku cerita, lebih kurang macam kisah benar lah, cerita pendek-pendek"
"Oh, ye ke...., tajuk dia best"
"penulis ni ada website, ini kira collection artikel dia lah..."
Itu adalah sedutan perbualan pendek saya dengan seorang penumpang komuter beberapa minggu yang lalu.
Saya sedang membaca buku karangan abu saif@Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, ketika itu.
Saya memang seorang ' follower' website beliau.Hampir kesemua artikel yang ditulis semenjak tahun 2007 sudah saya ikuti di websitenya.
Justeru bila buku pertama beliau - AKU TERIMA NIKAHNYA- berada di pasaran, saya tidak membacanya, saya cuma membelinya untuk suami namun suami pun tak berkesempatan untuk membacanya bila buku yang saya pinjamkan kepada sepupu , langsung tidak nampak kelibatnya selepas itu...
Sakit juga hati ini bila memikirkannya, tapi saya cuba mendidik jiwa untuk bersedekah di celah 'kebengangan' saya itu.
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA adalah buku berkaitan dengan kehidupan, untuk setiap fasa kehidupan - remaja, mahasiswa, pra perkahwinan, perkahwinan dan keibu-bapaan.
Setiap artikel yang dimuatkan adalah kisah penulis yang dinukilkan untuk pembaca dengan suntikan-suntikan idea, 'food for thoughts' dan beberapa langkah penyelesaian.
Ia dibahagikan kepada beberapa tajuk besar yang bersesuaian dengan kumpulan artikel-artikel yang dibawahnya.
Sebelum membaca buku ini saya entah mengapa mendapat tanggapan bahawa kebanyakan tulisan di dalam buku ini adalah berkaitan dengan rumahtangga namun setelah membacanya, ternyata tulisan yang secara khususnya berkaitan dengan masalah rumahtangga hanya terdapat di bawah tajuk kembara mawaddah dan rahmah.
Justeru, konsentrasi dan 'passion' saya dengan buku ini agak terlewat tibanya, setelah lebih separuh dari buku itu saya habiskan, namun 'chemistry'nya masih belum tiba.
Namun, nukilan-nukilan terakhir di dalam buku ini sangat memberi makna.
Walaupun ini bukan kali pertama saya membacanya.
Kisah-kisah benar rumahtangga ini banyak memberi aspek lain yang jarang diterokai oleh pemberi motivasi di luar sana.
Abu Saif tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah tanpa terlebih dahulu memberikan 'the bigger picture" perkara-perkara yang ingin diperkatakan.
Kombinasi sunnatullah dan syariatullah yang sering digunapakai oleh penulis di dalam tulisannya memberi nafas baru kepada permasalahan yang lama.
Secara peribadi, sukar untuk saya mencari penulis lelaki (yang bergelar ustaz pula) yang dapat memberikan perbincangan yang seimbang di dalam menangani masalah rumah tangga di zaman serba mencabar ini.
Segilintir ustaz hanya terus mensyarahkan nas-nas yang dibincangkan tanpa mengambil kira realiti sebenar yang banyak berlaku di dalam rumahtangga sekarang.
Apa lagi apabila penceramah hanya tahu menyalahkan kaum perempuan sahaja dan hadis-hadis berkaitan sujud dan taat kepada suami (dan seumpama dengannya) diulang dan ditekankan berkali-kali.
Ceramah atau tulisan seperti itu sukar untuk menembus hati pembaca terutama wanita.
Antara artikel yang memberi kesan kepada saya adalah bagaimana peranan lelaki dibincangkan seumpama imam dengan makmumnya, namun di dalam konteks yang sangat realistik.
Elemen -elemen di dalam konsep "imam dan makmum" seperti berhubung dan tidak mufaraqah, membetul dan dibetulkan, tidak melebihi had laju ada di huraikan dengan baik sekali.
Sekiranya ada para lelaki atau suami yang malas membaca, cukuplah (bagi saya secara peribadi) mereka membaca artikel ini yang hanya 9 mukasurat.
Kandungannya dapat memberi 'overview' kepada para lelaki di dalam memimpin rumahtangga.
Babak-babak akhir di dalam buku ini, agak khusus membicarakan permasalahan rumahtangga sebenar yang berlaku di sekeliling kehidupan penulis.
Ia bukan masalah rumahtangga artis, mereka yang jahil atau mereka yang 'biasa-biasa" tetapi yang berlaku di kalangan penggiat dakwah dan jemaah.
"Mood' di dalam tulisan-tulisan penulis menampakkan kroniknya dan betapa 'risaunya' penulis dengan fenomena ini.
Masakan tidak, sebuah rumahtangga yang dimulakan dengan penuh tertib, di antara 2 hati yang sama fikrah, mengikut syariah dan adat, menjaga batas-batas pergaulan dan perhubungan sebelum nikah, mana mungkin akan berdepan dengan permasalahan dan badai gelora yang boleh membawa kepada penceraian.
Bukankah selalu kita didoktrinkan dengan ungkapan segala sesuatu itu memerlukan permulaan yang baik dan jika inginkan perkahwinan yang diberkati dan berkekalan, maka permulaannya sudah semestinya bersih dari segala unsur-unsur lagha dan tidak islamik?
Jika awalnya sudah molek dan tertib, mengapa masih juga berlaku perhubungan dengan orang ketiga dan penceraian?
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Adakah dengan keghairahan dan semangat juang yang tinggi, para pendakwah dan penggerak jamaah terlupakan yang mereka masih lagi berkahwin dengan seorang WANITA dan LELAKI yang sudah pastinya mempunyai tuntutan emosi, biologi dan psikologi yang perlu dipenuhi?
Persoalan-persoalan ini ada dikupas oleh penulis, beserta dengan faktor-faktor yang boleh membawa kepada masalah ini dan cara-cara untuk menyelesaikannya.
Persoalan poligami juga ada disentuh di dalam artikel bertajuk "bahagiakan dirimu dengan satu isteri"
Satu perspektif yang menarik yang diterokai oleh penulis - pasti para isteri tersenyum lebar bila membaca artikel ini.
Ada beberapa aspek lagi yang dibincangkan di dalam buku ini yang sangat relevan dijadikan panduan para suami isteri menyemak semula kualiti perkahwinan mereka.
Bagi saya, setiap perkahwinan ada melalui fasa-fasa yang tertentu.
Mungkin bagi yang baru beberapa tahun berkahwin masih lagi wangi dan mekar.
Setelah sepuluh tahun, dengan bilangan anak dan tanggungan yang semakin bertambah, maka proses 'recharge' perlu dilakukan semula untuk menyemarakkan kembali situasi perkahwinan yang mungkin sudah mula pudar dek tekanan persekitaran dan beban tanggungan.
Begitu juga untuk tahun-tahun berikutnya.
Itu adalah tanggungjawab kedua-dua suami dan isteri.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Agar rumahtangga dan keluarga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.Bukan sekadar atas nama tanggungjawab semata-mata tanpa cinta , namun yang lebih afdal adalah kasih sayang dan cinta yang menggerakkan tanggungjawab.
Mungkin itulah makna sebenar mawaddah dan rahmah yang sentiasa kita minta setiap kali berdoa.
Mungkin itulah yang kita cari di dalam perkahwinan - RUMAHKU SYURGAKU
Perkahwinan bukan sahaja berkenaan HAK, namun yang lebih penting adalah PERANAN dan TANGGUNGJAWAB.
Bagi saya, sesiapa yang berkesempatan, bacalah buku ini dengan penuh rasa ingin memperbaiki diri, agar kita boleh mengindahkan lagi rumahtangga kita.
Kerana CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB ADALAH SIA-SIA
Namun TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA ADALAH DERITA DAN SENGSARA.
Allahu'alam
Ummuzulfa
18 June 2009
Thursday, June 18, 2009
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA - keluargaku, syurgaku..
Labels:
book review,
buku,
islam,
KELUARGA,
MASYARAKAT,
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jazakallah kerana dapat memberi gambaran besar tentang tajuk buku tersebut.
Abu Iman
kak..terkeluar tajuk sat.
yg akak bagi link tu DVD, bukan buku. nak beli gak ke? buku yvonne ridley ada four titles y saya jumpa kat amazon.co.uk.
Get back to me nnt ya?
thanks!
Post a Comment