Thursday, May 7, 2009

HARI IBU : DARI SEORANG IBU


Cantiknya lukisan tu”

“Terima kasih sebab temankan saya”


‘Tahniah dapat naik pangkat”


Sebahagian dari kata-kata penghargaan yang biasa kita dengar.

Secara fitrahnya, manusia sangat mengharapkan penghargaan, tidak kira umur, pangkat dan kedudukan.

Penghargaan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Dan seorang ibu juga tidak ketinggalan untuk merasa dihargai, walaupun mereka tidak pernah mengungkapkannya kerana mereka tahu itu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Suatu amanah yang tetap diteruskan walau dengan segala susah payah dan keluh kesah kerana ia adalah fitrah perasaan seorang ibu.


Sambutan Hari Ibu bukan sunnah.Bukan kemestian dan kewajipan seorang anak kepada ibunya.

Namun, penghargaan kepada ibu terkadang dilupakan.

Kerana kelajuan hidup yang tidak penat dikejar.

Kerana tidak jarang kita menggunapakai apa yang dikata “take things for granted”


Justeru, secara peribadi, saya rasa susah untuk menidakkan hari ibu ini.


Pastinya bukan satu hari saja untuk kita merai dan menghargai ibu kita tetapi ia hanya sebagai satu ruang seumpama butang ‘pause’ untuk kita ‘reflect’ semula pengorbanan seorang ibu.

Satu hari yang menjadi pemangkin untuk penghargaan sepanjang hidup untuk insan paling berharga dalam hidup semua orang.


Saya dibesarkan di kampong secara agak tradisional justeru tidak pernah saya menyambut hari ibu ini dengan rasminya.

Namun bila umur meningkat seiring dengan peredaran zaman, saya berada di zon suasana seorang ibu yang dikelillingi oleh anak-anak di zaman millennium, saya tidak ketinggalan menerima ucapan dan kad hari ibu saban tahun.


Anak saya mula memberi kad hari ibu semenjak tadika lagi dan sekarang sekolah mereka tidak pernah lupa untuk membuat sambutan hari ibu di mana anak-anak akan membuat persembahan dan memberi hadiah kepada ibu masing-masing.

“The feeling was just very hard to describe”.


Dari perspektif seorang ibu, hari ibu adalah seumpama hari-hari yang lain juga.

Saya juga tidak mengharapkan sebarang hadiah yang ekstravaganza dari suami atau anak-anak.

Namun ingatan dan penghargaan dalam bentuk ucapan atau hadiah yang bermakna seperti bunga (atau yang lainnya ) sebenarnya dapat ‘menghidupkan’ semangat dan jiwa seorang ibu itu.



Sekurang-kurangnya penghargaan itu dapat dirasai.

Harapnya janganlah menjadi seperti Mama yang agak kecewa (pada mulanya) di dalam drama lakonan Fauziah Ahmad Daud ini.


Yang penting, keberadaan dan kebersamaan keluarga adalah antara penghargaan yang paling bererti.


Komunikasi yang baik adalah satu hadiah yang sukar dibeli dengan wang ringgit.

Ketaatan dan doa anak-anak adalah satu kelebihan yang ditunggu-tunggu.

Kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat adalah puncak segala-galanya.


Namun, sebagai seorang manusia, sentiasa berharap untuk mendapatkan yang terbaik tetapi terkadang terlupa untuk memberi yang terbaik juga.

Saya selalu menjadikan hari ibu untuk 'reflect' semula peranan dan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu dan anak kepada seorang ibu.


Sekiranya saya mengharapkan hadiah dari anak-anak, adakah saya ada memberi mereka hadiah?

Sekiranya saya mendampakan keberadaan keluarga di sisi, adakah saya sentiasa bersama mereka di kala duka dan gembira?

Sekiranya saya mengimpikan komunikasi yang baik dari suami dan anak, adakah saya telah berhubung dengan mereka dengan cara yang terbaik?


Sekiranya saya menantikan ketaatan anak-anak, adakah saya telah mendidik mereka sebaiknya?

Sekiranya saya mengharapkan doa anak-anak, adakah saya tidak putus mendoakan mereka setiap kali sujud?


Jadi hari ibu ini bukan sahaja untuk anak-anak menghargai ibu mereka namun sesuai juga untuk para ibu mengimbau dan memuhasabah diri di dalam menjalankan amanah mereka sebagai seorang ibu.


Saya sering menjadikan ibu saya sebagai “benchmark”.

Saya jarang memasak, tidak seperti ibu saya.

Saya tidak tahu menjahit, tidak seperti ibu saya.

Saya agak kurang sabar , tidak seperti ibu saya.



Pendek kata “I am not even half of my mother”


Namun saya tetap akan berusaha untuk menjadi ibu yang lebih baik saban hari.

Zaman sekarang yang serba mencabar terutama dalam aspek pendidikan anak-anak sangat memerlukan seorang ibu yang berilmu dan ber’skil’.

Harapnya saya dapat menjalankan amanah ini dengan jayanya.


Harapnya anak-anak saya dapat berkata “I have a great mother” dan “your grandmother was a great woman”

Namun, yang paling penting, lidah mereka tidak berhenti untuk mengucapkan

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.



Allahu'alam


Ummuzulfa
8 May 2009

2 comments:

Aishah Megahasz said...

Salam,

HAPPY MOTHER'S DAY!

Ada tag/awarded/challenge! 4U. Tengok blog Aishah ye. TQ.

Ummuzulfa said...

TQ aisyah..

alamak tag-tag ni I ada kureng sikit.
I'll see what I can do.

Free Counters
Petco Promotion Code