“Anybody needs a drink…coffe, tea, orange juice”, sopan pramugari menuturkan pelawaannya.
“Beer..beer….anybody for a beer”, seorang lagi pramugara yang berkulit sawo matang dan bermata tidak sepet juga tidak lupa untuk menjalankan tugasnya.
Perjalanan saya ke
Sebagai seorang Islam, hanya hati yang boleh memprotes tentang ‘budaya’ arak yang ‘free flow” di atas pesawat syarikat penerbangan negara pengerusi OIC ini…
Moga ia dikira sebagai amalan nahi munkar walaupun untuk gred yang paling tercorot.
Walau badan sudah diudara, hati dan perasaan , sebahagiannya masih di bumi
Alhamdulillah, pemergian yang sementara sedikit sebanyak mematikan rasa sedih yang keterlaluan.
Perjalanan mengambil masa hampir lapan jam, dan saya tidak tidur walau sepicing pun, lebih banyak menghabiskan masa membaca karya terbaru Fauziah Ashari (meminjam dari sahabat) diselang-seli dengan menonton filem yang boleh dipilih.
Kami mendarat tanpa banyak masalah di
Walau tidak banyak membawa barang makanan tetapi saya paling menghargai sambal cilia padi tempoyak ikan bilis yang dimasak oleh ibu saya.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami, saya dan kawan berjaya melepasi pemeriksaan kastam tanpa sebarang masalah dan tidak ada makanan yang kami bawa mengisi tong sampah mereka.
Kami sampai di Waldorf serviced apartment, tempat kami tinggal lewat jam 9 malam, dan gate security mereka juga telah tutup dan tiada orang di kaunter pendaftaran.
Cuaca yang sejuk, agak menganggu kami, maklumlah orang tidak biasa pergi ke Negara sejuk.
Kebanyakan pejabat di Sydney tutup pada pukul 5 petang dan dengan waktu maghrib masuk pada 520 petang, pukul 9 malam itu kelihatan hampir tengah malam.
Mujur kami dapat menyelit masuk ke lobby dengan menumpang kad sekuriti penghuni lain dan dapat bercakap melalui telefon dengan orang yang bertugas dan diberitahu, kunci dan kad sekuriti kami diletakkan di kedai bersebelahan dengan apartment kami itu.
Akhirnya, kami dapat memasuki apartment kami di tingkat 10.
Cuma pada malam tersebut, hanya saya dan kawan saya, Sabariah yang bermalam di situ kerana 3 lagi sahabat akan tiba pagi esoknya.
Kami bermalam tanpa banyak masalah, Cuma mungkin dengan pertukaran tempat dan cuaca, tidur saya tidak berapa nyenyak.
Keesokan paginya, cuaca semakin sejuk , kami berjalan kaki ke Sydney Convention Centre, Darling Harbour kerana persidangan kami akan diadakan di situ.
Mungkin Mat Saleh ni, memang jenis orang yang ‘sempoi.
Bila persidangan bermula, dewan yang kelam itu sudah dipenuhi oleh ramai peserta.
Kebanyakannya adalah dari Australia dan New Zealand, tetapi ada juga dari negara-negara lain seperti Jepun, China, USA dan tidak ketinggalan Malaysia, Indonesia dan negara Timar Tengah.
Acara berlangsung tanpa upacara perasmian yang formal. Dewan besar itu sangat simple hiasannya, dengan tabir belakang yang berwarna hitam, tiada bunga penghias pentas dan meja pengerusi juga tidak beralas. Amat berbeza dengan persidangan di Malaysia.
Saya membuat beberapa kesimpulan : samada mereka ini “ could not be bother to such minor things” atau mereka lebih mementingkan ‘subtance’ dari ‘form’.
Jadi mungkin betullah pepatah Inggeris – “Don’t judge the book by its cover”
Entah kenapa, saya tertidur hampir sepanjang penceramah pertama memberi syarahannya. Nasib baik ia sekitar sejarah dan masa depan ‘flow cytometry’. Tetapi saya terjaga bila sahaja pensyarah tersohor itu memulakan nyanyiannya.
Ya, pensyarah yang veteran itu telah mencipta satu lagu yang didedikasikan kepada teknik flow cytometry itu. Nak tergelak pun ada.Siap dengan muzik yang dimainkan dari laptopnya.Macam menonton sitcom Mr Bean rasanya.
Walaupun suaranya tidak semerdu Yusuf Islam, saya menghargainya kerana ia telah menyedarkan saya dari bermimpi di siang hari.
Saya menyalahkan cuaca dan pertukaran tempat yang menukar status saya kepada ‘penidur professional ‘(meminjam istilah abu saif) di siang hari.
Saya sangat gembira bila tiba masa untuk ‘coffe break”, Dengan amaturnya kami menjangkakan pasti ada apa-apa hidangan (sekurang-kurangnya roti atau biskut) yang boleh kami memakannya kerana kami tidak mengambil sarapan pagi yang lengkap sebelumnya.
Perut pun sudah mula menyanyi lagu rock Amy Search.
Namun, sayang sekali, waktu itu memang menepati istilah “COFFE BREAK” kerana yang ada hanyalah air kopi sahaja tanpa sedikitpun hidangan makanan yang lain.
Apakan daya, budaya mat salleh memang banyak berbeza dengan budaya tempatan kita. Kalau persidangan di
Terdetik juga di hati “ kedekut punya Orang Putih, kita bayar punyalah mahal, tapi bagi air aje”
Manakan tidak , untuk pendaftaran persidangan, kami harus membayar USD729.Campur tolak, darab bahagi kira-kira RM2 ribu lebih tu.
Demi ilmu, kami teruskan sesi persidangan sehingga ke tengahari. Alhamdulillah, tengahari kami dapat makan sándwich, versi vegetarian jadi roti high-fiber berintikan telur dan saturan itu menjadi hidangan pertama kami hari itu.Alhamdulillah, memang mengenyangkan kerana filling telur yang diberikan itu tebal.
Kami menumpang di bilik hotel seorang kawan yang terletak berhampiran dengan Darling Harbour untuk solat zuhur, dijamakkan dengan ‘asar. Waktu zuhur masuk jam 1153 tengahari dan waktu asar sekitar pukul 3.
Kami terus berada di Darling Habour itu sampai habis sessi petang sekitar jam 5 petang sebelum pulang ke apartment kami.
Malam harinya, (sekitar pukul 6 tapi sudah gelap ) kami keluar untuk mencari kedai yang menjual barang makanan mentah seperti beras, sayur-sayuran, telur dan garam. Di celah-celah kebingungan kami mencari arah dan menelek-nelek peta Bandar Sydney, kami ditegur oleh 2 beradik dari Malaysia yang belajar dan bekerja di Sydney. Alhamdulillah,kami berkenalan dan ditunjukkan dengan beberapa kedai yang boleh dikunjungi.
Kami pun membeli serba-sedikit barang keperluan untuk memasak. Kebetulan pasaraya yang kami kunjungi itu adalah kepunyaan seorang Cina yang pernah bekerja di Jerteh Terengganu.
Usai membeli, kami berjalan terus melawan angin kedinginan untuk ke Kasturi Kafe, sebuah kedai makan kepunyaan rakyat
Terlerai lah rindu kami terhadap nasi dan lauk-pauk masakan
Kami pulang ke apartment dengan kekenyangan.
Alhamdulillah, hari pertama kami berlalu tanpa banyak masalah….
P/s
Insya Allah, jika ada kesempatan….bersambung di lain kali
1 comment:
moga ilmu yang diperolehi diberkati oleh Allah swt.
mudah-mudahan ia dapat dicurahkan
bagi masa depan anak bangsa
Malaysia yang tercinta.
-abuiman-
Post a Comment