Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang air mata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa ku rungkainya
Rahsia yang engkau pendam itu..
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Namun ku percaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang air mata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa ku rungkainya
Rahsia yang engkau pendam itu..
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Namun ku percaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Tabah kau telan lara
dan terima segala
Dugaan dan badai melanda
Duhai ibu....
Nyanian : Dato' Seri Siti Nurhaliza
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Tabah kau telan lara
dan terima segala
Dugaan dan badai melanda
Duhai ibu....
Nyanian : Dato' Seri Siti Nurhaliza
"Hai...bilalah boleh cat baru rumah ni, banyuak sangat budak-budak conteng " terkadang hati berkata sendirian
"Kakak...boleh tak kalau ummi cakap sekali terus buat" " sesekali, hati agak 'panas' dengan kerenah anak-anak.
"Alahai, malas nya nak basuh pinggan, nasib baik ada pembantu " keluh-kesah selepas kepenatan.
Hidup saya jauh berbeza dengan segala susah payah ibu yang telah membesarkan kami 8 beradik.
Kalau saya merungut dinding rumah yang tidak dicat baru, ibu mampu bersabar tinggal di rumah kedai 2 bilik dengan banyak bocoran di atap. Masih segar di ingatan , kami adik-beradik akan kelam-kabut mencari baldi untuk menadah titisan hujan di dalam rumah/kedai kami.
Kalau saya terkadang 'panas' dengan kerenah 4 orang anak dara (in the making), ibu terus bersabar dengan kerenah 5 anak perempuan dan 3 anak lelaki....sehingga ke hari ini.
Jika saya boleh tersenyum kelegaan kerana pembantu rumah boleh membereskan tugasan rumah dan sebahagian besar urusan anak-anak semasa saya bekerja, ibu sangat efisyen dengan 'multitasking' - menjaga kedai bersama arwah abah, membasuh, memasak, menjaga kami adik-beradik , semua di dalam waktu yang sama.
Itu belum ditambah dengan memasak hidangan petang, hampir setiap petang di mana ramai kawan arwah abah akan sama-sama menikmati rezeki minum petang di kedai kami, menjahit baju hari raya untuk kami adik-beradik dan memberi tunjuk ajar kepada jiran yang berminat untuk belajar apa-apa resepi dari ibu.
Kehidupan saya sebagai seorang ibu hari ini, jauh lebih dipermudahkan daripada kehidupan ibu saya dahulu.
Saya tidak perlu menjaga kedai, mempunyai pembantu untuk menguruskan hal-ehwal rumahtangga, dan boleh berdikari memandu kereta sekiranya perlu.
Ibu perlu menjaga kedai - satu tugas yang sama berat dengan menguruskan hal rumahtangga.
Pada masa yang sama, boleh sahaja memasak hidangan makan yang wajib juga minum petang yang mempunyai menu yang pelbagai, juga berjaga hingga ke tengah malam untuk menghabiskan kerja yang tidak habis-habis.
Perwatakan abah yang garang , tidak sesekali menghakis kesabaran ibu untuk mengharunginya.
Ke mana abah membawa ibu, ke situlah ibu akan pergi, kerana ibu tahu, di situlah syurganya.
Dan dugaan terbesar ibu dan juga kami , adalah kehilangan arwah abah semasa kami baru untuk belajar menjadi dewasa.
Saya yang baru bekerja selama sebulan, dan 7 adik lagi masih belajar menjadikan kami agak tidak ketentuan, tetapi alhamdulillah, ibu tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit menguruskan kami adik-beradik.
Jika saya terkadang merasa sedih hati perlihat perlakuan anak-anak , saya masih juga mempunyai suami untuk berkongsi rasa kesedihan dan memikirkan bagaimana untuk mengatasinya...
Tetapi bagi ibu, saya pasti kesunyian ada menghantuinya dan walaupun sebahagian kami adik-beradik sentiasa berada di sampingnya, tidak sama dengan berkongsi perasaan dengan pasangan hidup.
Arwah abah hanya sempat untuk menguruskan perkahwinan saya dan ibulah yang menguruskan hal-ehwal perkahwinan 3 adik saya setakat ini dan insya Allah, 4 lagi yang akan datang.
Pengalaman minimal saya di dalam menguruskan hal perkahwinan adik-adik memang mencabar dan saya pasti ibu juga tidak dapat lari dari perasaan yang terkadang menekan.
Namun ibu tetap seorang ibu...
Terus-terusan menjadi tabah....
Ibu....walaupun kami semua sudah besar panjang, masih lagi terkadang melayan kami sama semasa kami kecil..
Menyediakan makan, menjahit kain-baju mana yang terkoyak dan membuat makanan kegemaran kami.
Ada benarnya lirik lagu Siti Nurhaliza itu tadi...
Saya hanya mampu menduga....tidak mempu merasa....sebenar-benar perasaan seorang ibu...
Sempena hari Ibu, tiada hadiah fizikal yang mampu menyamai kasih ibu....hanya doa tulus untuk kesejahteraan ibu...
Dan mungkin, perkongsian kecil kami adik-beradik mendaftarkan ibu ke Kelas Pengajian Usuluddin di UM bermula 10 Mei yang lalu.
Dan yang pasti kasih ibu yang akan membawa kami ke syurga...Insya Allah
Kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
Ummuzulfa
13 Mei 2008
5 comments:
membaca kisah akak, menitis air mata.. mengenang kesilapan pada emak tercinta. mungkin selayaknya saya memberi penghargaan pada yang melahirkan saya setiap hari. namun terkadang membuat diri ini lupa sendiri. sentakkan yang setiap kali mengingati, membuatkan diri sentiasa sedar kehidupan perlu berbakti, pada diri juga yang utama pad emak yang tidak kenal erti payah, susah mahupun yang seumpama dengannya..
kak, terima kasih atas coretan yang dibuat. banyak menyedarkan diri, atas segala nikmat yang diperolehi,
selamat hari IBU buat sekalian yang bergelar EMAK, IBU, UMI, MAMA
khusus buat emakku.. juga sekalian yang menerima gelaran itu
moga ALLAH memberkatimu senantisa, insya`allah.
Setinggi-tinggi SYUKUR saya mendapat mertua seperti IBU...
**nangis la pulak
Sekadar menceduk sms yang dihantar....
"Senyummu...penyejuk jiwa,
kasihmu...bak mutiara,
pengorbananmu..tiada nilainya,
ketabahanmu..tidak terduga,
doa sucimu..azimat berharga"
Selamat Hari Ibu...buat emak di kampung & ibu di rumah.
May Allah Bless...InsyaAllah
-abuiman-
Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan pesan.
Kasih ibu memang tidak bertepi, bukan sahaja kepada kami tetapi kepada anak tiri, belasan (mungkin puluhan) anak buah dan anak angkat (yang juga memanggil ibu), juga anak jiran.
Dan satu resepi ibu yang sukar dicari hari ini ialah kuih karipap bakar...macam roti canai mini dengan inti keledek ...dibakar....
Apapun, tulisan ini tidak mampu menceritakan semuanya.
Berbahagialah kita yang masih mempunyai ibu...
Macam kenal je yang pakai baju batik merah tu.
Post a Comment