Friday, May 23, 2008

BERTAMU DI NEGARA KANGGARO - (2)


Jadual waktu persidangan saya memang padat, bermula pada pukul 9 pagi berlanjutan hingga ke 5 atau 530 petang.

Memandangkan waktu malam tiba agak cepat berbanding di Malaysia, agak sukar kami mencari masa untuk berjalan-jalan sekitar Sydney.Yalah, namanya pun pergi persidangan bukannya melancong.

Namun, untuk sampai ke Australia ini, tidak mudah. Kalau bukan pihak majikan yang tanggung, maka kemungkinan besar tidak sampailah saya ke bumi habitat kanggaro ini.
Selalu saya menyebutnya, 'kalau jual kereta kancil saya pun, masih lagi tak mampu untuk saya sampai ke Sydney".

Justeru, kami mencuri masa di celah-celah kesibukan persidangan itu untuk keluar bersiar-siar sekitar Sydney.
Jika ada tajuk-tajuk perbincangan yang tidak menarik, kami akan menyiapkan diri kami untuk menjadi pelancong amatur, meneroka keunikan negara Australia.

Di Sydney, ada sekurang-kurangnya 2 perkhidmatan bas yang akan melalui tempat-tempat menarik sekitar Sydney, dikenali sebagai Sydney explorer dan Bondi Explorer.



Bas ini boleh dinaiki di mana-mana stesen yang telah ditetapkan di tempat-tempat menarik sekitar Sydney dan bas akan tiba setiap 20-30 minit.
Dengan membayar AUD39, tiket itu boleh dipakai sepanjang hari sehingga ke perkhidmatan bas Sydney explorer terakhir sekitar jam 515 petang dan seterusnya boleh diguna pakai untuk perkhidmatan bas biasa sehingga ke 12 tengah malam . Sepanjang perjalanan, penumpang akan didengarkan dengan kisah-kisah sejarah sesuatu tempat yang dilalui.Penumpang boleh turun di mana-mana stesen yang dirasakan menarik untuk berkunjung atau mengambil gambar dan boleh menaiki bas Sydney explorer yang lain selepas 20 minit.




Bondi explorer juga menggunakan konsep yang sama, cuma routenya agak berbeza, dimana ia akan melalui kawasan pantai. Di salah satu stesen, bas Bondi explorer akan 'intersect' dengan Sydney explorer di mana penumpang boleh menukar untuk menaiki mana-mana bas dengan menggunakan tiket yang sama.

Saya merasakan ia satu konsep yang menarik dan 'mesra pelancong'. Kisah sejarah yang diperdengarkan kepada pelancong juga sangat informative.

Sejarah dengan jelas telah mengetahui bahawa mat salleh di Australia ini berasal dari keturunan orang Eropah yang telah dibuang negara kerana pelbagai kesalahan jenayah.
Kiranya keturunan 'ex-convict' lah - teringat saya Pulau Jerjak.
Namun sekarang, keturunan itu juga yang berjaya mengangkat nama Australia di mata dunia.

Di dalam dunia perubatan, nama Australia boleh dikatakan setaraf dengan UK dan negara Eropah yang lain.

Terkadang saya terfikir, kalau mereka bangsa yang boleh dikatakan 'merempat' boleh bangkit dan menguasai dunia, kenapa pula bangsa Melayu yang dikaitkan dengan bangsa pahlawan (baca Hang Tuah) masih sukar untuk setanding dengan bangsa lain, di tanah tumpah darah sendiri , apatah lagi di mata dunia? Allahu'alam

Tidak banyak tempat yang kami boleh melawat dengan teliti kerana masa yang agak suntuk. Opera House itu juga kami hanya sempat mengambil gambar dari jauh, begitu juga dengan beberapa tempat menarik yang lain.












Kalau ikutkan hati, memang tidak puas, tetapi jauh di sudut hati saya mengetahui tujuan asal kedatangan saya ke sini dan amanah yang sepatutnya dipikul.


Antara perkara yang boleh diperhati di Sydney ini, ialah tidak banyak bangunan yang 'high rise' kerana ia cuba untuk memelihara bangunan-bangunan lama yang dibina semenjak kedatangan nenek moyang mereka ribuan tahun dahulu.

Banyak tempat penempatan awal bangsa Eropah telah ditukar menjadi rumah peranginan atau restoran yang masih mengekalkan ciri-ciri lama bangunan tersebut.

Secara amnya, bandar Sydney adalah sebuah bandar yang bersih walaupun kesesakan jalanraya tidak jauh beza dengan Kuala Lumpur.

Makanan halal agak mudah dicari di Sydney kerana agak ramai juga Muslim dari Turki dan Lebanon yang tinggal di situ dan menjalankan perniagaan makanan.

Namun kami jarang makan di luar kerana kemudahan memasak yang telah disediakan di bilik apartment menyebabkan kami lebih suka makan di rumah dari di luar.

Cuma ada beberapa occasions di mana kami makan di luar kerana dibelanja oleh mereka yang baik hati.

Pada salah satu malam, ada syarikat yang bermurah hati untuk belanja pelanggan mereka dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk makan di salah satu restoran makanan laut yang mengadap ke arah laut di Darling Habour.

Kami, delegasi dari Malaysia telah duduk satu meja, ramai juga kerana ada yang datang menghadiri persidangan menggunakan duit sendiri.

Maka, kami pun berhati-hati memilih makanan supaya tidak terkena yang tidak boleh dimakan. Kebanyakan kami memilih makanan laut.

Maklum sahajalah, bila dah ada orang belanja, maka ada antara kami yang order makanan yang agak tidak mampu milik jika kami berbelanja sendiri.

Ada hidangan sea-food itu yang mencecah 3 tingkat dan puas juga di'pass'kan ke hujung meja untuk menghabiskannya.
Harganya , jangan tanyalah, mencecah ratusan AUD.

Melihat sahaja hidangan tersebut menyebabkan mata saya hampir 'juling' :D




Bila masa untuk pencuci mulut, ada antara kawan yang telah tempah giant aiskrim.

Saya tidak menempah apa-apa kerana 'perut stokin' saya sudah tidak boleh di'stretch' lagi


Walaubagaimana pun, saya amat menghargai masa makan kami itu kerana ia dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim kami.

Walaupun semua kami di dalam bidang yang sama, tetapi kerana bekerja di tempat yang berasingan, kami jarang dapat bertemu dan bertukar-tukar pendapat.

Selalunya kami hanya bertemu bila di program-program akademik seperti persidangan dan seminar sahaja.

Dengan pertemuan santai seperti itu, kami dapat berbual-bual dengan lebih selesa tanpa tertekan dengan kekangan masa.
Al-maklumlah, kebanyakan yang terlibat di dalam bidang ini di Malaysia adalah kaum Hawa maka banyaklah yang kami boleh bualkan, orang putih kata 'everything under the sun"


Kami pulang sudah agak lewat, walaupun hanya baru pukul 10 malam.



Syarikat Jepun yang menaja makan malam kami itu, nampak sungguh teruja dan berterima kasih dengan kehadiran kami.

Saya dapat rasakan generasi baru dan muda dari negara matahari terbit itu, ramai yang sudah mahir berbahasa Inggeris jika ingin dibandingkan dengan generasi awal, jadi komunikasi kami dapat dijalankan dengan baik.

Berakhir satu lagi kisah kami di Sydney.

Insya Allah, jika berkelapangan , mungkin akan ada susulannya...



Ummuzulfa
26 Mei 2008

Wednesday, May 21, 2008

DON'T LET ME BE MISUNDERSTOOD


Have you ever feel that you need to find some space for yourself, away from your routine and other people expectation?

But at the same time, you cannot help feeling guilty for letting down all their expectations?

And sometimes you are overwhelm by the thoughts that actually people are misunderstood you?

Recently, I discovered a beautiful lyric of a song, sing by a western legend, Yusuf Islam

I cannot help myself to share it with all my fellow readers
And to my dearest husband who recently discovered a new vocab - "backstabbing"


People do you understand me now
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can always be an angle
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

You know sometime, I'm so carefree
With a joy that's hard to hide
Sometimes it seem that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

If I seem edgy, I want you to know
That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more than my share
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it

People, don't you know I'm only human
Don't you know I have faults like any one
But sometimes I find myself alone regretting
Some little thing, some foolish thing that I have done
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood


You can hear his beautiful voice here


Ummuzulfa
21 Mei 2008

Friday, May 16, 2008

BERTAMU DI NEGARA KANGGARO

“Anybody needs a drink…coffe, tea, orange juice”, sopan pramugari menuturkan pelawaannya.

“Beer..beer….anybody for a beer”, seorang lagi pramugara yang berkulit sawo matang dan bermata tidak sepet juga tidak lupa untuk menjalankan tugasnya.


Perjalanan saya ke Sydney menaiki pesawat MH, sebahagiannya diiringi oleh pelawaan-pelawaan juga senyuman krew yang sentiasa sabar..


Sebagai seorang Islam, hanya hati yang boleh memprotes tentang ‘budaya’ arak yang ‘free flow” di atas pesawat syarikat penerbangan negara pengerusi OIC ini…


Moga ia dikira sebagai amalan nahi munkar walaupun untuk gred yang paling tercorot.


Walau badan sudah diudara, hati dan perasaan , sebahagiannya masih di bumi Malaysia, memahat memori senyuman ibu, suami dan anak-anak.


Alhamdulillah, pemergian yang sementara sedikit sebanyak mematikan rasa sedih yang keterlaluan.


Perjalanan mengambil masa hampir lapan jam, dan saya tidak tidur walau sepicing pun, lebih banyak menghabiskan masa membaca karya terbaru Fauziah Ashari (meminjam dari sahabat) diselang-seli dengan menonton filem yang boleh dipilih.


Kami mendarat tanpa banyak masalah di Sydney dan setelah mendengar banyak cerita tentang pemeriksaan kastam yang ketat, hati juga merasa risau.


Walau tidak banyak membawa barang makanan tetapi saya paling menghargai sambal cilia padi tempoyak ikan bilis yang dimasak oleh ibu saya.


Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami, saya dan kawan berjaya melepasi pemeriksaan kastam tanpa sebarang masalah dan tidak ada makanan yang kami bawa mengisi tong sampah mereka.


Kami sampai di Waldorf serviced apartment, tempat kami tinggal lewat jam 9 malam, dan gate security mereka juga telah tutup dan tiada orang di kaunter pendaftaran.


Cuaca yang sejuk, agak menganggu kami, maklumlah orang tidak biasa pergi ke Negara sejuk.


Kebanyakan pejabat di Sydney tutup pada pukul 5 petang dan dengan waktu maghrib masuk pada 520 petang, pukul 9 malam itu kelihatan hampir tengah malam.



Mujur kami dapat menyelit masuk ke lobby dengan menumpang kad sekuriti penghuni lain dan dapat bercakap melalui telefon dengan orang yang bertugas dan diberitahu, kunci dan kad sekuriti kami diletakkan di kedai bersebelahan dengan apartment kami itu.


Akhirnya, kami dapat memasuki apartment kami di tingkat 10.


Apartment 2 bilik itu, alhamdulillah sangat selesa dengan kemudahan memasak dan mencuci yang lengkap.


Cuma pada malam tersebut, hanya saya dan kawan saya, Sabariah yang bermalam di situ kerana 3 lagi sahabat akan tiba pagi esoknya.


Kami bermalam tanpa banyak masalah, Cuma mungkin dengan pertukaran tempat dan cuaca, tidur saya tidak berapa nyenyak.


Keesokan paginya, cuaca semakin sejuk , kami berjalan kaki ke Sydney Convention Centre, Darling Harbour kerana persidangan kami akan diadakan di situ.


Orang tidak ramai, walau namanya gah sebagai salah satu landmark Sydney, tetapi bagi saya ia tidaklah tempat yang ‘happening’ sangat.


Mungkin Mat Saleh ni, memang jenis orang yang ‘sempoi.




Selesai pendaftaran, kami menuju ke tempat pameran untuk menampal poster kami, alahai, poster kami saiznya kecil sahaja jika dibandingkan dengan poster-poster yang lain.



Walau apapun, kami tetap bersemangat untuk berkongsi.



Bila persidangan bermula, dewan yang kelam itu sudah dipenuhi oleh ramai peserta.


Kebanyakannya adalah dari Australia dan New Zealand, tetapi ada juga dari negara-negara lain seperti Jepun, China, USA dan tidak ketinggalan Malaysia, Indonesia dan negara Timar Tengah.


Acara berlangsung tanpa upacara perasmian yang formal. Dewan besar itu sangat simple hiasannya, dengan tabir belakang yang berwarna hitam, tiada bunga penghias pentas dan meja pengerusi juga tidak beralas. Amat berbeza dengan persidangan di Malaysia.


Saya membuat beberapa kesimpulan : samada mereka ini “ could not be bother to such minor things” atau mereka lebih mementingkan ‘subtance’ dari ‘form’.


Jadi mungkin betullah pepatah Inggeris – “Don’t judge the book by its cover”


Entah kenapa, saya tertidur hampir sepanjang penceramah pertama memberi syarahannya. Nasib baik ia sekitar sejarah dan masa depan ‘flow cytometry’. Tetapi saya terjaga bila sahaja pensyarah tersohor itu memulakan nyanyiannya.


Ya, pensyarah yang veteran itu telah mencipta satu lagu yang didedikasikan kepada teknik flow cytometry itu. Nak tergelak pun ada.Siap dengan muzik yang dimainkan dari laptopnya.Macam menonton sitcom Mr Bean rasanya.


Walaupun suaranya tidak semerdu Yusuf Islam, saya menghargainya kerana ia telah menyedarkan saya dari bermimpi di siang hari.


Saya menyalahkan cuaca dan pertukaran tempat yang menukar status saya kepada ‘penidur professional ‘(meminjam istilah abu saif) di siang hari.


Saya sangat gembira bila tiba masa untuk ‘coffe break”, Dengan amaturnya kami menjangkakan pasti ada apa-apa hidangan (sekurang-kurangnya roti atau biskut) yang boleh kami memakannya kerana kami tidak mengambil sarapan pagi yang lengkap sebelumnya.


Perut pun sudah mula menyanyi lagu rock Amy Search.


Namun, sayang sekali, waktu itu memang menepati istilah “COFFE BREAK” kerana yang ada hanyalah air kopi sahaja tanpa sedikitpun hidangan makanan yang lain.


Apakan daya, budaya mat salleh memang banyak berbeza dengan budaya tempatan kita. Kalau persidangan di Malaysia, waktu kudapan pasti ada hidangan seperti mehun goreng dengan beberapa jenis kuih tetapi tidak di Sydney.


Terdetik juga di hati “ kedekut punya Orang Putih, kita bayar punyalah mahal, tapi bagi air aje”


Manakan tidak , untuk pendaftaran persidangan, kami harus membayar USD729.Campur tolak, darab bahagi kira-kira RM2 ribu lebih tu.


Demi ilmu, kami teruskan sesi persidangan sehingga ke tengahari. Alhamdulillah, tengahari kami dapat makan sándwich, versi vegetarian jadi roti high-fiber berintikan telur dan saturan itu menjadi hidangan pertama kami hari itu.Alhamdulillah, memang mengenyangkan kerana filling telur yang diberikan itu tebal.


Kami menumpang di bilik hotel seorang kawan yang terletak berhampiran dengan Darling Harbour untuk solat zuhur, dijamakkan dengan ‘asar. Waktu zuhur masuk jam 1153 tengahari dan waktu asar sekitar pukul 3.


Kami terus berada di Darling Habour itu sampai habis sessi petang sekitar jam 5 petang sebelum pulang ke apartment kami.


Malam harinya, (sekitar pukul 6 tapi sudah gelap ) kami keluar untuk mencari kedai yang menjual barang makanan mentah seperti beras, sayur-sayuran, telur dan garam. Di celah-celah kebingungan kami mencari arah dan menelek-nelek peta Bandar Sydney, kami ditegur oleh 2 beradik dari Malaysia yang belajar dan bekerja di Sydney. Alhamdulillah,kami berkenalan dan ditunjukkan dengan beberapa kedai yang boleh dikunjungi.


Kami pun membeli serba-sedikit barang keperluan untuk memasak. Kebetulan pasaraya yang kami kunjungi itu adalah kepunyaan seorang Cina yang pernah bekerja di Jerteh Terengganu.



Usai membeli, kami berjalan terus melawan angin kedinginan untuk ke Kasturi Kafe, sebuah kedai makan kepunyaan rakyat Malaysia untuk menjamu selera.


Terlerai lah rindu kami terhadap nasi dan lauk-pauk masakan Malaysia. Bila difikirkan, memanglah orang Malaysia tidak boleh hidup tanpa nasi. Baru sehari kami tidak bertemu nasi rasa tidak lengkap kehidupan hari tersebut.Kami makan dengan penuh selera sekali.


Kami pulang ke apartment dengan kekenyangan.



Alhamdulillah, hari pertama kami berlalu tanpa banyak masalah….

P/s

Insya Allah, jika ada kesempatan….bersambung di lain kali

Thursday, May 15, 2008

KENAPA HARUS MENDONGAK KE LANGIT?



(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

(Qaf :6)




Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.

(An -Nahlu :16)



Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

(Fussilat : 12)


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.

(Hijr :16)





Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.




Konvensyen Falak Negeri Sembilan
16-18 Mei 2008 (Jum-Ahd) 10 pg – 10 mlm

Di Perkarangan Masjid Kariah Sikamat , Seremban

Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan N.Sembilan dgn kerjasama Jabatan Fizik Universiti Malaya

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat , pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta

Aturcara menarik :

* Kuiz Falak dan Astronomi
* Kaedah menentukan arah kiblat
* Pameran Rubu’ Mujayyab dan Tongkat Istiwa’
* Semakan tarikh lahit Miladi kepada Hijri
*
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika

* Pertandingan roket laucher dan kenderaan di marikh


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BERSAMA KELUARGA


ummuzulfa
15 Mei 2008




Monday, May 12, 2008

SELAMAT HARI IBU

Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang air mata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa ku rungkainya
Rahsia yang engkau pendam itu..

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung hati ibu

Namun ku percaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus


Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung hati ibu

Tabah kau telan lara
dan terima segala
Dugaan dan badai melanda
Duhai ibu....

Nyanian : Dato' Seri Siti Nurhaliza




"Hai...bilalah boleh cat baru rumah ni, banyuak sangat budak-budak conteng " terkadang hati berkata sendirian

"Kakak...boleh tak kalau ummi cakap sekali terus buat" " ses
ekali, hati agak 'panas' dengan kerenah anak-anak.

"Alahai, malas nya nak basuh pinggan, nasib baik ada pembantu " keluh-kesah selepas kepenatan.

Hidup saya jauh berbeza dengan segala susah payah ibu yang telah membesarkan kami 8 beradik.

Kalau saya merungut dinding rumah yang tidak dicat baru, ibu mampu bersabar tinggal di rumah kedai 2 bilik dengan banyak bocoran di atap. Masih segar di ingatan , kami adik-beradik akan kelam-kabut mencari baldi untuk menadah titisan hujan di dalam rumah/kedai kami.

Kalau saya terkadang 'panas' dengan kerenah 4 orang anak dara (in the making), ibu terus bersabar dengan kerenah 5 anak perempuan dan 3 anak lelaki....sehingga ke hari ini.

Jika saya boleh tersenyum kelegaan kerana pembantu rumah boleh membereskan tugasan rumah dan sebahagian besar urusan anak-anak semasa saya bekerja, ibu sangat efisyen dengan 'multitasking' - menjaga kedai bersama arwah abah, membasuh, memasak, menjaga kami adik-beradik , semua di dalam waktu yang sama.

Itu belum ditambah dengan memasak hidangan petang, hampir setiap petang di mana ramai kawan arwah abah akan sama-sama menikmati rezeki minum petang di kedai kami, menjahit baju hari raya untuk kami adik-beradik dan memberi tunjuk ajar kepada jiran yang berminat untuk belajar apa-apa resepi dari ibu.

Kehidupan saya sebagai seorang ibu hari ini, jauh lebih dipermudahkan daripada kehidupan ibu saya dahulu.

Saya tidak perlu menjaga kedai, mempunyai pembantu untuk menguruskan hal-ehwal rumahtangga, dan boleh berdikari memandu kereta sekiranya perlu.

Ibu perlu menjaga kedai - satu tugas yang sama berat dengan menguruskan hal rumahtangga.
Pada masa yang sama, boleh sahaja memasak hidangan makan yang wajib juga minum petang yang mempunyai menu yang pelbagai, juga berjaga hingga ke tengah malam untuk menghabiskan kerja yang tidak habis-habis.

Perwatakan abah yang garang , tidak sesekali menghakis kesabaran ibu untuk mengharunginya.

Ke mana abah membawa ibu, ke situlah ibu akan pergi, kerana ibu tahu, di situlah syurganya.


Dan dugaan terbesar ibu dan juga kami , adalah kehilangan arwah abah semasa kami baru untuk belajar menjadi dewasa.

Saya yang baru bekerja selama sebulan, dan 7 adik lagi masih belajar menjadikan kami agak tidak ketentuan, tetapi alhamdulillah, ibu tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit menguruskan kami adik-beradik.

Jika saya terkadang merasa sedih hati perlihat perlakuan anak-anak , saya masih juga mempunyai suami untuk berkongsi rasa kesedihan dan memikirkan bagaimana untuk mengatasinya...

Tetapi bagi ibu, saya pasti kesunyian ada menghantuinya dan walaupun sebahagian kami adik-beradik sentiasa berada di sampingnya, tidak sama dengan berkongsi perasaan dengan pasangan hidup.

Arwah abah hanya sempat untuk menguruskan perkahwinan saya dan ibulah yang menguruskan hal-ehwal perkahwinan 3 adik saya setakat ini dan insya Allah, 4 lagi yang akan datang.

Pengalaman minimal saya di dalam menguruskan hal perkahwinan adik-adik memang mencabar dan saya pasti ibu juga tidak dapat lari dari perasaan yang terkadang menekan.

Namun ibu tetap seorang ibu...


Terus-terusan menjadi tabah....

Ibu....walaupun kami semua sudah besar panjang, masih lagi terkadang melayan kami sama semasa kami kecil..

Menyediakan makan, menjahit kain-baju mana yang terkoyak dan membuat makanan kegemaran kami.

Ada benarnya lirik lagu Siti Nurhaliza itu tadi...

Saya hanya mampu menduga....tidak mempu merasa....sebenar-benar perasaan seorang ibu...



Sempena hari Ibu, tiada hadiah fizikal yang mampu menyamai kasih ibu....hanya doa tulus untuk kesejahteraan ibu...

Dan mungkin, perkongsian kecil kami adik-beradik mendaftarkan ibu ke Kelas Pengajian Usuluddin di UM bermula 10 Mei yang lalu.

Dan yang pasti kasih ibu yang akan membawa kami ke syurga...Insya Allah
Kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.



Ummuzulfa
13 Mei 2008

Friday, May 9, 2008

SIARAN TERGENDALA.....tetapi...



Cuaca di Sydney yang sejuk agak teruk memberi kesan kepada saya.

Dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik lewat kepulangan dari Sydney, ditambah dengan timbunan kerja yang menanti, menjadikan ruang tulisan di blog saya agak tergendala.

Namun dengan kejadian taufan Nargis yang melanda Myanmar ditambah dengan tulisan Ustaz Hasrizal di websitenya memaksa saya untuk menulis sesuatu, walau hanya untuk beberapa perenggan.





Justeru, saya dengan segala keterbatasan yang ada ingin menjemput semua pembaca untuk mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekitar rantau kita walau ia bukan berlaku kepada majoriti umat Islam.



Bukankah Islam itu rahmat untuk sekian alam?

Bacalah...
Sumbanglah.....
peluang beramal......


Moga Allah akan mengambil kira usaha kita sebagai sebahagian dari amal soleh...Insya Allah

Allahu'alam..


Ummuzulfa
9 Mei 2008

Free Counters
Petco Promotion Code