Tuesday, March 11, 2008

HUJUNG MINGGU YANG PENUH DENGAN PERISTIWA

Minggu yang penuh dengan peristiwa..
Minggu yang penuh dengan kesibukan...
Minggu yang penuh dengan kejutan...
Minggu yang penuh dengan perubahan...

Ya, itulah minggu kedua dalam bulan Mac 2008.

Bagi saya secara peribadi, memang minggu yang amat memenatkan.

Majlis walimah adik perempuan yang jatuh sehari selepas mengundi memang tidak dapat dielakkan.
Majlis yang telah dirancang sebegini lama, tidak dapat tidak terpaksa dijalankan kerana tarikh pililhanraya yang lambat diwar-warkan.

Majlis yang tukang masaknya terdiri dari pakcik dan makcik, tukang penanggah dari kalangan adik-beradik dan jiran-tetangga dan juga seekor lembu yang telah ditumbangkan memang memerlukan tenaga kerja yang lebih dari kenduri katering yang biasa.

Tanggungjawab mengundi tetap dapat dijalankan walaupun terpaksa lari dari kesibukan mengacau rendang, memotong bawang dan mengemas rumah buat sementara waktu.

Dan pada malam sebelum kenduri, siaran televisyen yang sangat-sangat menarik telah menyebabkan ramai tenaga pekerja yang tidak tidur hingga ke pagi...

Keesokan paginya, seawal 7 pagi, periuk nasi telah mula diisi, meja hidangan telah mula disusun dan pinggan-mangkuk telah mula disusun-atur.

Sememangnya hujung minggu kedua Mac 2008, memang satu hujung minggu yang istimewa, yang penuh dengan peristiwa dan membawa lembaran baru kepada ramai manusia...

Semoga hujung minggu ini terus menjadi kenangan yang membawa seribu erti pengalaman kehidupan...

2 comments:

Anonymous said...

memang memenatkan....sehinggakan di pejabat terbawa2 nak berehat lebih masa :-P..
TAPI bila teringatkan perubahan yang mengujakan, semangat kembali bangkit..

-ummunabil

Anonymous said...

...mmg sgt penat!!..
sehari slps kenduri dah kene blk mesir,jiwa pun lagi penat nk lawan perasaan yang bercampur2 tu..
anyway, pya da selamat sampai mesir and i feel better now..dah tak sedih sgt la heheheh biasa la nk blk jauh msti la sedih..ok la,doakan pya pass exam tahun ni..wassalam

Free Counters
Petco Promotion Code