Ada banyak perkara yang ingin diperkatakan.....Perkara yang berlaku di sekeliling kita memberi seribu pengajaran.
Apa kan daya, selepas seminggu bercuti. kerja dipejabat banyak yang perlu disegerakan maka apa yang ingin diperkatakan terpaksa diskripkan di dalam neuron-neuron di tempat tertinggi. Diharap ia kekal disitu sehingga bersedia untuk dinukilkan.
Masa yang banyak dihabiskan di dalam kereta berulang ke tempat kerja selalu diisi dengan bahan -bahan bermanafaat dari siaran radio yang edutainment.
Selalu juga saya mendengar lagu ini diputarkan keudara oleh radio IKIM.fm.Setelah diamati, ia mengandungi makna yang mendalam di sebalik liriknya itu...
Ia didendangkan oleh Aris Ariwatan,tetapi saya tidak pasti siapakah komposer dan penulis liriknya.Tajuknya juga saya tidak pasti !
Di kesempatan yang terbatas ini, saya nukilkan lirik lagu tersebut untuk direnungi...
SATU, kasih nan abadi
Tiada tandingi
Dia yang satu...
Dua, sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu...
TIGA, lapar dan dahaga
rela berpayahan
setianya ayah...
EMPAT, mudah kau temui
berhati selalu
Beza antara, kasih dan kekasih
Ibu, ku ingat dahulu
menyisir rambutku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu, bila dewasa.
Sayang, dengar lagu ini
untuk kau sandarkan, buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Harus kau renungkan
Andai, kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara...
Bahasa yang ringkas tetapi dengan maksud yang mendalam.
Ingatlah...MANIS JANGAN TERUS DITELAN dan PAHIT JANGAN TERUS DIBUANG
No comments:
Post a Comment