Saya sememangnya tidak mengetahui bilakah sebenarnya tarikh Hari Ibu.
Jarang tarikh itu saya sambut, cuma 1-2 tahun kebelakangan ini saya mendapat kad ucapan yang dibuat oleh anak saya dari tadika.
Saya juga baru mendapat tahu yang Hari Ibu sebenarnya tidak disambut pada tarikh yang tetap setiap tahun, tetapi hari Ahad kedua bulan Mei yang jatuhnya pada 13 Mei pada tahun ini.
Seperti mana saya tidak pasti bagaimanakah sejarahnya perayaan Hari Ibu ini, saya juga amat jahil tentang sejarah peristiwa berdarah tanah air 13 Mei 1969.
Mungkin sudah tiba masanya saya mula mengkaji sejarah tanah air ini sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia :)
Tahun ini, saya telah mendapat hadiah Hari Ibu kira-kira sebulan lebih awal, dengan kelahiran anak keempat saya pada 9 April 2007.
Ya, anak keempat yang istimewa kerana tanpa kesakitan bersalin yang ekstrim seperti mana kelahiran yang sebelumnya.
Mana tidaknya, saya telah mendapat suntikan epidural, sejenis ubat bius yang hampir saja melenyapkan rasa sakit bersalin - untuk saya sekurang-kurangnya 90%.
Amat menakjubkan kerana saya boleh tidur sementara saya mengharungi tempoh hampir 7 jam proses kelahiran.
Anis Zulfa dilahirkan jam 1 :10 tengahari, satu kelahiran normal yang sangat diharapkan.
Dengan berat 3.1 kg - satu rekod untuk saya yang sebelum ini hanya melahirkan anak yang kecil saiznya - yang paling berat pun hanya 2.8 kg.
Zulfa - beberapa jam selepas dilahirkan.
Kali ini, tempoh berpantang adalah suatu tempoh yang agak memenatkan.
Penat sebenarnya menjaga anak kecil ini. Walaupun waktu ini dibutuhkan untuk berehat, tetapi rehat itulah yang kadang-kadang tidak dapat dikecapi.
Entry ini sahaja memerlukan hampir seminggu untuk disiapkan.Sukar benar untuk mencari masa mengadap laptop.
Zulfa sukar untuk tidur malam. 2 malam pertama saya dan suami hampir tidak dapat tidur kerana melayani kerenah Zulfa.
Malam-malam yang seterusnya, OK lah sikit tetapi paling cepat pun Zulfa tidur pukul 1 pagi, kekadang hampir pukul 3 pagi baru boleh tidur.
Memang tidak mudah untuk menjadi ibu.
Bila sudah mempunyai anak sendiri, barulah memahami tugas ibu kita yang tidak serik-serik melayan kerenah anak-anak walaupun sudah besar panjang.
Bila sudah mempunyai anak sendiri, barulah memahami tugas ibu kita yang tidak serik-serik melayan kerenah anak-anak walaupun sudah besar panjang.
Jadi, wajarlah Hari Ibu ini kita isi untuk menghargai segala jasa ibu kita (dan juga isteri bagi lelaki) walaupun tidak terikat kepada satu hari itu sahaja.
Mungkin ada yang tidak mampu untuk membeli barangan yang mahal tetapi ingatan dan yang paling penting adalah doa untuk kesejahteraan ibu kita.
Mungkin ada yang tidak mampu untuk membeli barangan yang mahal tetapi ingatan dan yang paling penting adalah doa untuk kesejahteraan ibu kita.
Kelahiran Zulfa adalah hadiah yang tidak terhingga. Anak keempat saya, juga anak perempuan nombor 4 saya.
Kegembiraan memang tidak dapat dinafikan, namun di sudut hati saya, merasakan satu tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak terutamanya anak-anak perempuan di zaman serba mencabar ini.
Kegembiraan memang tidak dapat dinafikan, namun di sudut hati saya, merasakan satu tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak terutamanya anak-anak perempuan di zaman serba mencabar ini.
Semoga dengan Hari Ibu ini, semua ibu dapat memperbaharui tekad kita untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk semua anak kita terutamanya untuk ibu-ibu muda seperti saya.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya dikurniakan anak-anak yang menjadi penyejuk mata memandang dan penyelamat kita di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.
"Give the best you have, then the best will come back to you"
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment