Tuesday, May 29, 2007

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI...



Cuti sekolah datang lagi...




Tentunya murid-murid sekolah sangat gembira, tidak terkecuali 2 anak perempuan saya yang bersekolah rendah.



Bagaimana dengan umminya....?


Gembira juga kerana anak-anak akan sentiasa ada dirumah dan saya boleh mengawasi mereka, sementara saya masih bercuti tetapi praktikalnya tidak semudah dengan apa yang dikata.


Chaos akan bermula seawal pagi untuk mengejutkan mereka bangun solat subuh, yang selalunya diikuti dengan sambungan episod tidur.


Kemudian, satu arahan yang sukar ditunaikan oleh mereka adalah mandi selepas bangun tidur, kadang-kadang hampir masuk zohor baru nak mandi, itupun selepas berkali-kali diingatkan.
Kakak dan Nurul dengan jarak umur yang kurang dua tahun, memang selalu menguji kesabaran saya.

Mereka berdua akan bermain bersama, bergelak ketawa, bergurau dan selalu berlakon. Seorang menjadi guru dan yang lain akan menjadi anak murid. Beberapa kali juga mereka berlakon menjadi pramugari dan penumpang kapal terbang juga pegawai imegresen yang akan check passport atau boarding pass penumpang. Itu adalah episod lakonan mereka yang sering mereka tayangkan selepas kami balik bercuti dari Sabah tahun lepas.


Tetapi, mereka juga kuat bergaduh, macam anjing dengan kucing dan seorang tidak boleh lebih dari seorang lagi.
Pening kepala umminya ingin menjadi hakim bila mereka mengadu perbuatan masing-masing.
Buku sekolah hmm....jangan cakaplah. nak susun pun malas, Itupun kena paksa untuk mengulangkaji...... a task with a very few success episodes.


Jadi bila salah sebuah tadika di sini menganjurkan SMART KIDS HOLIDAY CAMP untuk kanak-kanak sekolah rendah, saya mengambil peluang untuk memberi satu pengalaman baru untuk anak-anak saya.


Sigh.... mereka keberatan untuk pergi pada awalnya, malah Nurul, seperti biasa akan memberontak dan membantah.
Ummilah yang kena mengemas barang-barang mereka.Banyak juga yang kena dikemaskan...
Sehingga bantal dan comforter juga perlu dibawa.


Sampai di tempat itu, kakak nampaknya gembira juga, kerana nampak ramai kawan dan ada yang satu sekolah dengannya.


Nurul................. apa lagi,mulalah dengan episode tangisan mengada-ngadanya itu sambil memegang hujung kain saya.
Geram juga bila tengok dia macam tu.Macam budak yang tak pernah sekolah, padahal 2 tahun di sekolah tadika dan hampir 6 bulan di darjah satu.
Ayahnya cuba memujuknya,langsung saya keluar.
Ayahnya tinggalkan Nurul di situ walaupun tengah menangis lagi dan nampaknya tengah dipujuk oleh guru-guru di situ.


Mahu tahu apa berlaku selepas itu, kenalah tunggu entry selepas ini ye.....
saya ingin menyambung buku kekasih Sam Po Bo karya Faisal Tehrani dan 3 majalah yang baru dibeli


Sabar ye.....Tunggu.....

"Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu"

No comments:

Free Counters
Petco Promotion Code