JANGAN KECIL HATI Nasihat Teman Bekalan Perjuangan? Secantik-cantik Glendalough ini, tak lawanlahcantiknya Aberdeen tempat Abang Mat Nor, kan????, saya tersenyum sambil merenung tasik yang tenang dihembus angin petang. Ia adalah musim sejuk terakhir saya di Ireland sebelum kami mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.??? Itu tidak penting. Yang penting ana dapat berjumpadengan ustaz dan ini sudah cukup bagi ana sekeluarga???, jawab Abang Mohd Nor yang baru saya kenali bulan lalu.Ya, perkenalan saya dengan Abang Mohd Nor berlaku lewat hari-hari terakhir saya di bumi Ireland. Semasa itu saya dijemput ke sebuah program ceramah yang dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar. Di akhir ceramah itu, saya diminta supaya melakukan sesuatu yang sudah terlalu lama saya tinggalkan??? bernasyid!Hmm, saya memang suka bernasyid. Bukan sahaja mendendangkan nasyid, malah saya lebih mendapat kepuasan apabila sebarang perasaan dan fikiran saya,dapat diterjemahkan menjadi lirik dan rentak sebuah nasyid. Namun, ia kisah lama. Saya rasa seperti sudah terlalu tua untuk bernasyid. ??? Malu dekat ayam itik!???, itulah alasan yang sering saya berikan kepada sesiapa sahaja yang cuba memancing saya untuk bernasyid. Namun hari itu, saya tidak berupaya untuk menolak. Ia adalah pertemuan terakhir saya dengan pelajar-pelajar di UK dan Ireland, yang amat saya kasihi. Tiket kapalterbang kami sudah di tangan.Barang-barang sudah belayar di dalam kapal kargo. Apa yang tinggal hanyalah beberapa hari untuk saya, isteri dan anak menyudahkan perjalanan 11 tahun di perantauan ini sebaiknya.Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan air matamu.Maka di atas tulangku yang hancur luluh. Nyalakanlah obor buat umat mulia ini.Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya...Sukar untuk saya menghabiskan bait-bait nasyid itu kerana saya tahu perjalanan saya di Malaysia nanti ada 1001 kemungkinan yang menanti. Apakah saya boleh mati dengan penuh kebanggaan seperti matinya Sayyid Qutb selepas hidupnya habis diberikan kepada Ummah?Atau mati saya mati yang hina lantaran sedikitnya bekas yang saya tinggalkan di tengah-tengah dunia akhir zaman ini?Nasyid saya terhenti separuh jalan dan tekak sayaperit menelan ungkapan-ungkapan syair di ambang taligantung itu.Di majlis itulah saya bertemu dengan Abang Mohd Nordan beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas nasyid yang saya dendangkan sebentar tadi. Beliaumemperkenalkan diri kepada saya tetapi begitu tersentak apabila saya memberitahu bahawa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum saya sekeluarga meninggalkan bumi Ireland.Dua minggu selepas itu, Abang Mohd Nor sekeluarga datang berkunjung ke rumah saya di Naas. Kedatangan mereka amat saya syukuri lantaran banyaknya hikmah dari ziarah itu.Saya mengambil peluang untuk mengajak Abang Mohd Nor mengembara ke belakang rumah saya! Belakang rumah yang saya maksudkan itu adalah jalan kecil yang merentasi perkampungan Kildare, menuju ke Gunung Wicklow,melintasi Wicklow Gap yang masih tebal diliputi sisa salji dan seterusnya turun ke tasik Glendalough yang menyimpan 1001 kenangan buat diri saya dan keluarga.??? Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ana di Ireland ini. Apa nasihat Abang Mat Nor sebelum ana balik ke Malaysia????, saya cuba mencungkil mutiara pengalaman Abang Mohd Nor. ???Ustaz lebih tahu tentang hal-hal berkaitan cabaran di Malaysia. Namun hanya satu sahaja rasanya pesanan yang ana kira patut ana sampaikan kepada anta???,ujarnya.Apa dia tu?, saya bertanya.
JANGAN KECIL HATI , jawab Abang Mohd Nor sambil tersenyum.Emm, menarik nasihat tu..., saya menjabat tangan Abang Mohd Nor sambil mengucapkan terima kasih atas kesudiannya berkongsi pengalaman dengan saya.
JANGAN KECIL HATI Jangan kecil hati, adalah ungkapan yang sentiasa terngiang di telinga saya semenjak hari itu. Setiapkali saya teringat kepada pesanan Abang Mohd Nor, saya bagai terbau aroma daun pokok pine yang memenuhi nostalgia pesanan Abang Mohd Nor petang itu, di tepitasik Glendalough.Selepas saya tiba di Malaysia, setiap hari menjadi bukti kepada saya betapa tepatnyanya nasihat Abang Mohd Nor itu kepada saya.Saya pernah memohon maaf kerana terpaksa membatalkan satu ceramah disebabkan oleh kematian mengejut ibu mertua saya pagi tersebut.
Apabila saya maklumkan hal ini kepada pegawai sebuah masjid, beliau terus berkata, kalau macam tu, ustaz boleh carikan pengganti tak?Subhanallah. Sekurang-kurangnya sudikanlah diri mengucap takziah kepada saya. Ketika hati saya begitu kusut dengan musibah itu, saya diminta mencari pengganti penceramah pula.Ya, memang pelbagai kerenah masyarakat. Ketika kita berurusan dengan manusia, pelbagai ragam mereka yang menuntut kita agar mempunyai EQ yang tinggi. Ia bersesuaian dengan nasihat Cikgu Noraini, guru matematik saya semasa di sekolah menengah, lebih 14tahun yang lalu.Satu sahaja pesanan cikgu kepada kamu, control your emotion, ujar Cikgu Noraini semasa saya menerima sijil berhenti sekolah selepas tamat SPM.
Emosi telah banyak membantu saya. Ia mendorong sayau ntuk menghasilkan lebih 30 nasyid dan lirik. Iamembantu saya agar berperi kemanusiaan di dalam penulisanSaya suka membaca tulisan al-Marhum Said Hawwa yang gaya bahasanya menyebabkan saya terasa seolah-oleh setiap bukunya ditulis khas untuk saya. Ia tulisan yang luhur, nasihatnya menyentuh perasaan, malah kemarahan Said Hawwa di dalam risalah Khomeinisma beliau juga turut membakar emosi saya yang membacanya.Saya suka membaca dan menulis sesuatu yang menghargai perasaan.Pada saya, ilmu yang masuk ke akal, hanya berfungsi memberiTAHU. Namun ia perlu ada emosi agar menyentuh hati, kerana dari sentuhan hati itulah timbulnya MAHU.Kita tidak bertindak berasaskan apa yang kita TAHU,tetapi kita bertindak berdasarkan apa yang kita MAHU.
Jika tidak percaya, tanya sahaja perokok yang amat TAHU tentang bahaya merokok, namun soal MAHU yang sukar diselesaikan. Mahu itu adalah soal hati.What happened to you is not as important as what happened in you!, kata John C. Maxwell. Mungkin kerana saya peka kepada emosi, mata saya mudah basah. Suatu ketika saya rasa ia sebagai suatu kelemahan. Tetapi selepas menyelami peribadi Abu Bakr al-Siddiq r.a., pada saya keupayaan seorang lelaki untuk menangis, bukan kelemahan, namun ia sebagai suatu ukuran kepada sejauh mana keakraban kita dengan Allah. Hati yang mahu berhubung dengan Allah di zaman fitnah ini memang sukar untuk membendung air mata.
Ketika saya berbual-bual dengan beberapa orang pelajar universiti, saya tersedar yang hampir kesemua masalah yang mereka hadapi, berkaitan dengan emosi.Kerana sukar mengawal emosi, ada yang hilang semangat belajar, hanya semata-mata diganggu oleh cuaca mendung tanpa sinar mentari, seperti yang saya lihat di Ireland. Berapa ramai pelajar menjadi depressed, hanya kerana bosan dengan siang yang pendek, tanpa matahari selama berbulan lamanya.Ada juga pelajar yang apabila mendapat kesedaran Islam, menjadi paranoid. Mereka mahu berhenti belajardi bidang masing-masing, bercita-cita untuk ke Mesir belajar Syariah! Ada pula yang terfikir untuk memberikan komitmen sepenuh masa berdakwah di Nizamuddin, India. Ada yang mahu berhenti belajar kerana terpanggil untuk berjihad dan mati syahid di Palestin, terlupakan hutangnya dengan penjamin, yang boleh menyangkutkan amalannya antara langit dan bumi. Sukar mati syahid menanggung hutang.
Pelbagai hal yang timbul di alam menara gading,berpunca dari ledakan emosi. Dan saya berasa simpati apabila menyedari bahawa tiada siapa yang mahu bersungguh-sungguh membantu anak-anak muda kitaMENGURUSKAN EMOSI. Pengurusan Emosi bukan suatu subjek, sedangkan ia banyak memakan korban.Tetapi emosi yang paling rumit, ialah apabila manusia mahu dihargai oleh manusia yang lain. Inilah yang dipesan oleh Abang Mohd Nor kepada saya. Jangan kecil hati, jika kita tidak dihargai. Ia akan berlaku berulang kali, dan jangan sekali-kali seorang pendakwah kecundang kerananya.Syukur, saya sudah menyiapkan diri ke arah itu. Semasa di London, saya mengambil peluang untuk belajar membawa diri lecah becak duduk di bawah. Saya bekerja membasuh pinggan di Malaysia Student Department selama hampir setahun. Banyak sungguh pengalaman yang sayapelajari. Saya hairan kenapa orang Melayu begitu mudah berlaku sombong setibanya mereka di bumi London. Kadang-kadang mereka datang hanya dengan duit syarikat, tetapi hidungnya tinggi hingga memperbodohkan diri.
Pernah suatu malam, saya duduk menunggu dua lelaki Melayu habis berborak. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Ada dua set pinggan masih terletak di atas mejamereka, bersalut lemak sup ekor yang sudah beku.Akhirnya saya memberanikan diri datang kepada dua lelaki tersebut. Assalamualaikum encik. Maafkan saya. Boleh saya angkat pinggan ini untuk dibersihkan? Kami sedang berkemas sebelum menutup kedai, saya cuba bercakap sesopan mungkin.Awak tak nampak ke yang kami sedang bersembang ni!?,salah seorangnya menengking saya.Aduh, terkejut sungguh saya ketika itu. Pernah juga suatu hari, saya sedang menjaga kaunter bayaran. Tiba-tiba seorang pelanggan mengherdik saya,hei, kamu. Tak ada ke surat khabar baru? Ini semua surat khabar lama.Saya agak terpinga-pinga ketika itu, namun keadaan diselamatkan oleh bos saya, Tok Din.Awak ingat ini kedai kopi kat kampung ke, yang awak nak tengking-tengking pekerja saya ni? Semua pekerja saya ada degree, awak tahu tak? Yang ini ijazah Syariah, yang itu Master Arkitek, yang ini pengurus syarikat! Awak baik-baik sikit, kata Tok Din kepada pelanggan tersebut.Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Masih teringat di kepala saya, betapa seorang Datin mengamuk-ngamuk kerana terpaksa beratur untuk membeli makanan di kantin MSD di Braynston Square itu.
Majikan saya menasihati beliau supaya makan di hotel jika enggan beratur! Ya, manusia memang pelbagai ragam. Jika kita suka mengharapkan agar kebaikan kita dihargai dan disebut-sebut, saya kira orang seperti ini tersilap planet Hal ini perlu difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua. Hanya dengan itu sahaja, the unsung hero yang ramai di tempat kerja, tidak berputus asa untuk terus melakukan kebaikan, biarkan tiada siapa yang peduli apatah lagi mahu menghargainya. Saya pasti ramai di kalangan kita yang setiap hari menahan sabar menutup lampu dan kipas pejabat, tiada siapa yang berterima kasih. Ramai juga yang amanah terhadap harta syarikat, ketika semua kaki tangan lain menswastakan segala yang boleh dicapai tangan,kejujuran kita tidak menyumbang kepada kenaikan pangkat. Kaki kipas juga yang terbang tinggi.Pelbagai lagi kebaikan yang dilakukan oleh hero-hero yang tidak didendangkan ini, sukar untuk diteruskan jika kita masih memikirkan sejauh mana ia dihargai manusia. Selagi ada rasa mahu dihargai manusia, kita memang sudah tersilap mendarat di planet yang lain.Manusia memang sukar menyebut dan menghargai kebaikan.Isteri susah menghargai kebaikan suami. Suami pula sering melupakan kebaikan isteri. Majikan tidak peduli kebaikan pekerja. Pekerja pulaasyik mencari kesalahan majikan. Sebab itulah bekerja kerana manusia itu susah. Memilih pakaian ke luar rumah kerana manusia itupayah. Nak memuaskan hati manusia itu rumit.Mahu jasa kita disebut-sebut itu sulit.
Kerana itulah, pegang sahaja slogan GOD IS MY CEO .Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya.Jika masih mahu dipuji manusia, renung sahaja ayat ini: Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur (Saba 34: 13)Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yangAllah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya.Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang.
JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!