Sunday, September 6, 2009

PENJENAMAAN SEMULA BARANGAN HARIAN - demi kelangsungan ekonomi ummah




"BOIKOT, BOIKOT ISRAEL..."

"Bantulah saudara kita di Gaza...."

"Sedarlah wahai kaum muslimin...."

Tentu ramai yang masih ingat pencerobohan Israel di Gaza hujung tahun lepas.

Ramai pihak yang bangkit memberi kesedaran kepada kita agar sedar tentang kekejaman Israel dan sekutu kuatnya US.

Dan jeritan dan dorongan untuk boikot barangan Israel dan US semakin kuat kedengarannya di kala itu.

Walaupun boikot produk Israel dan US ini menerima respon yang berbelah bahagi di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia, namun bagi saya ia merupakan satu permulaan untuk kami sekeluarga membuat satu penjenamaan semula barangan keperluan kami.

Bukanlah kami sekeluarga 100% dapat menghindari barangan US namun semampu mungkin kami cuba untuk mencari alternatif selainnya dan kalau boleh dari produk buatan Muslim.

Justeru, bermulah permulaan perjalanan kami menerokai barangan buatan tempatan dan Muslim khususnya.

Kalau dulu ubat gigi Fresh and White, sekarang kami akan memilih Halagel, dan yang terbaru ubat gigi keluaran HPA.

Kordial F & N kini sudah diganti dengan kordial roselle dan mangga keluaran syarikat pengusaha Muslim.

Sudah lebih 6 bulan kami tidak meminum Milo di rumah, malah kami selesa dengan Muslim koko keluaran Muslim choice dan kini sudah sebati dengan Radix Koko keluaran HPA.





Sudah lama juga kami tidak membeli sabun jenama terkenal, selepas beberapa bulan menggunakan sabun tangan keluaran syarikat tempatan, kini sabun keluaran HPA menjadi pilihan.

Selagi mampu juga, ayam organik atau lebih tepat ayam Radix menjadi pilihan keluarga kami walau harga agak tinggi dibanding dengan ayam daging di pasaran.

Jika dulu mungkin Magnolia, atau Nestle adalah jenama aiskrim pilihan, kini Aiskrim Toyyibah adalah jenama wajib aiskrim di rumah kami.





Suami pula sudah beralih ke kopi Radix walaupun sebelum ni kopi bukanlah minuman kegemarannya.




Asyik-asyik HPA, asyik-asyik Radix...apa hal?

Mungkin ada yang bertanya sedemikian.....

HPA bukanlah satu syarikat yang baru bertapak di Malaysia.Semasa saya di universiti dulu, HPA merupakan salah satu penaja yang sering menaja program-program bercorak keislaman PMI.

Namun mungkin atas banyak sebab, syarikat itu tidak dikenali kepada rakyat terbanyak sehinggalah timbul 'killer product' HPA iaitu KOPI RADIX.



Dengan tagline "Mai Secawan" dibantu dengan iklan TV yang berkualiti, selepas itu HPA mula dikenali di kalangan pengguna Muslim yang tercari-cari produk keluaran Muslim.

Suami saya, yang merupakan ahli pasif HPA lebih sepuluh tahun yang lalu, mula mendapat suntikan semangat baru setelah bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama beliau di dalam HPA yang telah berjaya menaikkan nama syarikat HPA bukan sahaja di dalam negara malah turut dikenali di negara-negara jiran.

HPA, sebuah syarikat 100% milik orang Muslim yang dulunya menumpukan produknya kepada barangan herba kini mengorak langkah mengeluarkan barang-barang keperluan harian atau consumer products.

Syarikat yang berkonsepkan MLMS (MLM -syariah) dipantau oleh 11 ahli panel syariah yang berwibawa untuk memastikan tiadanya unsur-unsur manipulasi dan penindasan di dalam sistem tersebut.

Kini, HPA mengorak langkah dengan mempunyai lebih 200 produk dan yang paling membanggakan telah berjaya menubuhkan RFC - RADIX FRIED CHICKEN - dengan menggunakan ayam organik dan formula mereka tersendiri.








Walaupun hanya ada 3 RFC yang kesemuanya berada di utara, namun insya allah dengan berkat doa semua, harap-harapnya RFC dapat ditubuhkan di seluruh negara demi memberi alternatif kepada pengguna.





Melihat kesungguhan suami untuk menjadi lebih aktif di dalam HPA, saya juga telah mendaftar sebagai ahli, begitu juga dengan adik-adik saya.

Dengan galakan suami juga saya menyertai program khas untuk ahli-ahli HPA yang dinamakan PBC- perkongsian Bijak Cemerlang.

Memang berbeza......

Satu program syarikat korporat yang seumpama tamrin.

Siap dengan qiamullail, sikir ma'thurat dan diselang-seli dengan zikir dan nasyid keislaman.
Penerangan berkaitan syarikat dan konsep MLMS diterangkan oleh mereka yang banyak pengalaman termasuk ahli panel syariah sendiri.

Harapan dan halatuju syarikat dapat dirasakan dengan jelas.





Ditambah lagi dengan impian dan cita-cita HPA yang ingin menjadikan Shah Alam sebagai HPA city yang kedua selepas Sungai Petani.

Namun, usaha yang baik tetap sahaja disulami dengan cabaran.

Bukan semua kita, walalupun Muslim boleh menerima konsep sebegini.

"Ala.....mahal lah harganya..."

'Kenapa tak jual di pasaran terbuka..."

"Anak saya tak suka, dia dah biasa dengan Milo..."

"Tak boleh lawan Coca-cola...."

"Malaslah nak maintan point bulan,bulan"

Itu adalah sebahagian kecil sahaja 'komplen' dan rungutan pengguna Muslim kita.

Memang orang kita suka merungut namun sedikit sahaja yang mampu diusahakan, hatta untuk menyokong produk tempatan dan keluaran pengusaha Muslim juga sangat sukar untuk dilakukan.

Teringat saya pengalaman arwah abah saya berniaga runcit di kampung.Walau kamilah satu-satunya kedai Melayu Muslim di kampung majoriti Melayu itu, di celah-celah kedai bangsa Cina, kami sering sahaja dilabel sebagai kedai yang menjual dengan harga yang mahal.

Usaha ini bukan usaha yang mudah pastinya....

Sudah puluhan tahun tekak kita disirami barangan keluaran Nestle, maka memanglah sukar untuk kita menukar kebiasaan itu.

Namun tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.

Selagi mana syarikat muslim mematuhi tuntutan syariah dan sentiasa mengekalkan kualiti , maka saya kira wajarlah kita menyokong mereka sepenuh daya usaha yang boleh kita lakukan.

Semoga dengan itu, kemelaratan ekonomi ummah kita dapat dibaiki dan kita tidak lagi menjadi hanya sebagai pengguna yang sering dimanupulasi.

Adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bekalan makanan terutamanya yang kita sajikan kepada keluarga menepati standard syariah yang halal lagi toyyibah.

Kerana makanan adalah elemen utama di dalam pembentukan peribadi dan akhlak kita.

Dan kita tidak seharusnya terus memberi alasan.....

Bukanlah sudah tiba masanya kita membuat penjenamaan semula barangan keperluan kita?

Ayuh......marilah bersama kami....



Allahu'alam


Ummuzulfa
6 Sept 2009

No comments:

Free Counters
Petco Promotion Code