Geli hati juga saya bila mendengar lagu nyanyian Jalil Hamid ini bila dikumandangkan di radio.
Perjalanan kami sekeluarga pulang ke kampung sehari sebelum hari raya sedikit ceria dengan adanya celoteh dan lagu-lagu ceria di radio ikim fm.Walaupun perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar 4-5 jam itu berlanjutan sehingga 8 jam gara-gara kesesakan lalu lintas luar biasa kerana semua orang berpusu-pusu mahu pulang ke kampung sempena kedatangan Aidil Fitri.
Image via Wikipedia
Dalam macam-macam raya yang disebutkan oleh Jalil Hamid itu, saya paling dekat dengan jalanraya dan lebuh raya (bukan hantu raya tau...he..he).
Ye lah...setiap hari bekerja,saya adalah pembayar tol setia PLUS....tidak kurang RM10 saya perlu belanjakan untuk membolehkan saya menjadi warga lebuhRAYA yang menjadi penghubung rumah dan tempat kerja saya.
Dan bila ingin pulang ke kampung mertua di utara tanah air, sekali lagi kami akan menjadi warga lebuhRAYA PLUS dan ELITE juga GEW, tanpa jemu membayar puluhan ringgit agar kami selamat dan cepat sampai ke destinasi.
Image via Wikipedia
Sewaktu saya melanjutkan pelajaran saya ke salah satu universiti tempatan di Lembah Kelang, saya juga menjadi warga setia lebuh raya.....samada memandu sendiri atau menaiki kenderaan awam.
Kereta kecil atau besar bukan ukurannya.
Ada yang berhemah memandu, namun tidak kurang pula yang 'kurang ajar" selalu.
Pemandu Malaysa memang boleh bertukar kulit di atas jalanraya.
Di rumah mereka mungkin anak yang taat, bapa yang prihatin dan ibu yang penyayang namun di atas jalanraya, entah kerana sumpahan apa, semua nilai baik dan murni lenyap di celah kelajuan kenderaan.
Itu belum hendak dikira pemandu kenderaan berat yang bagi saya memang sangat tidak bertimbang rasa.
Selalu saje saya di"high beam'kan oleh bas dan lori di laluan tengah kerana mereka hendak memotong sedangkan kelajuan saya hampir mencecah kelajuan maksimum yang dibenarkan.
Saya tak pasti berapa pula kelajuan mereka.
" Eksyen betul merc kat belakang ni, tak habis-habis bagi lampu, nanti bila jalan dah clear, tahulah aku nak masuk tepi"
"entah apelah yang nak dikejar kereta tu"
"bas ni, laju betul, mana boleh memotong line paling kanan"
"alamak, mamat ni, tiba-tiba nak belok, bukan nak bagi signal pun"
Terkadang saya bercakap sendirian melihat ramainya pemandu tidak sedar diri di jalan raya ini.
"eh..aku ni pun bayar road tax juga tau"
"mana lah tak jam, ramai betul potong line, tak sekolah ke diaorang ni"
Terkadang saya juga 'naik angin' dengan kerenah pemandu-pemandu yang tidak bertimbang rasa ni.
Yang paling saya tak suka kalau yang memandu melulu dan tidak ikut peraturan ni adalah seorang bapa yang sedang memandu dengan anak-anaknya.
Bukankah itu akan menjadi contoh tidak baik kepada mereka.
Dan besar kemungkinan bila mereka menjadi pemandu kelak, maka mereka akan melakukan perkara yang sama juga.
Maka masalah ini tidak akan pernah selesai.
Sebab tu, saya tidaklah berasa hairan sangat bila Ops sikap 20 yang berakhir baru-baru ini dikatakan gagal untuk mengubah sikap pemandu.
Angka kematian semakan meningkat.
Image by Rescue Dog via Flickr
Manakan tidak, di lebuh raya, masa sesak pun orang suka "potong line".
Geram!!!!
Memang betul juga laporan KKM yang berkata peratus orang yang mengalami masalah mental di Malaysia semakin meningkat dan statistik kemalangan dan kematian di jalan raya mungkin adalah salah satu manifestasinya.
Selagi mana, pendekatan ops sikap yang lebih bersikap teknikal dan pendidikan yang 'superficial' tidak ditambahbaik , mungkin ia tidak dapat berfungsi untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalanraya di Malaysia ini.
Rakyat perlu disedarkan dengan pendekatan agama dan nilai-nilai murni yang sejagat.
Dan sebagai Muslim, banyak ayat Quran dan Hadis yang memperingatkan kita agar berjalan di muka bumi ini dengan penuh bertimbang rasa.
Sekiranya, mengalihkan duri di jalanan juga boleh dikira sebagai satu cabang iman, maka apatah lagi memberi dan berkongsi kemudahan dan keselesaan bersama dengan pengguna jalan yang lain.
Pendekatan teknikal tanpa akhirnya kembali dan bersandar kepada Yang Maha Mengatur sudah terbukti tidak berkesan.
Sudah sampai masanya pendekatan rohani, emosi dan Islami di ambil kira.
Sekiranya majoriti pengguna pengangkutan awam adalah Muslim, apa lah salahnya didirikan solat sunat musafir dan membaca doa sebelum memulakan perjalanan.
Mungkin lagu-lagu rock yang dipasang dan didengar di dalam kereta/bas/ dboleh itukar kepada sesuatu yang lebih berfaedah.
Tidak ada satupun iklan keselamatan di jalan raya yang menitik beratkan soal-soal agama - doa, solat musafir, solat jama' dan musafir dan akhlakRasulullah untuk menjadi contoh kepada mereka yang berkelana di lebuh raya.
Saya pasti ramai advert designer yang mempunyai mempunyai kreativiti untuk membuat iklan 'islami' ini.
Dan pihak bas/keretapi juga boleh membekalkan risalah-risalah doa dan ma'thurat kepada penumpangnya.
Dan ini juga boleh ditaja oleh syarikat-syarikat besar selain dari memberi kopi, air mineral dan kuih muih percuma kepada pengguna jalan raya seperti yang biasa diwar-warkan.
Semoga dengan usaha-usaha ini, kita diselamatkan dari mala petaka dan bencana di jalanraya.
Semoga tidak ramai anak - anak yang menjadi yatim piatu, tidak ramai ibu-bapa yang kehilangan anak di bawah lori dan treler,tidak ramai majikan yang kehilangan pekerja dan Malaysia tidak ramai kehilangan warganegara.
Saya, anda dan kita semua MAMPU MENGUBAHNYA
JADILAH MANUSIA BUKAN HANTU RAYA.... DI LEBUH RAYA
Allahu'alam
Ummuzulfa
2 Oktober 2009