Monday, February 25, 2008

MASA UNTUK MEMBUAT PILIHAN

"Ummi, hari ni, kakak nak pakai baju apa? baju kurung ke baju seluar?' anak saya bertanya.

"Kak, nak pilih kursus apa ni, sains hayat ke sains fizikal?' adik saya juga tidak terkecuali untuk bertanya.

"Hari ni, kita nak makan di mana?' suami pula bertanya pendapat.

Ya... hidup kita ini sering diajukan dengan pilihan...
Pergilah kemana-mana kedai makanan, bukankah pelbagai pilihan juadah makanan tersedia untuk dipilih oleh pelanggan.
Semasa memandu, kita juga boleh memilih untuk melalui jalan bertol atau 'jalan lama' yang tiada tol.
Ahli-ahli maksiat juga diberi pilihan untuk bertaubat atau terus-terusan khayal di dunia fatamorgana.

Hidup ini adalah pilihan....
KItalah yang menentukan halatuju hidup kita dengan membuat pilihan yang tepat di dalam banyak perkara.

Dan sekarang, kita diberi peluang untuk memilih...

Bukan memilih makanan atau pakaian...
Bukan memilih untuk bekerja atau bercuti..
Bukan memilih untuk tidur atau jaga...

Tetapi untuk memilih tampuk pemerintahan negara....

Jikalau untuk memilih pakaian pun, kita sentiasa inginkan yang terbaik dan 'value for money' maka apatah lagi untuk memilih siapa yang akan memimpin kita...
Sekurang-kurangnya untuk 4-5 tahun akan datang....

Dapatkan maklumat yang tepat.... buat pertimbangan rasional.... fikir secara global....'begin with the ends in minds"
Dan buatlah pilihan yang tepat.

Rugilah kita sekiranya melepaskan peluang ini.....
Janganlah jadi pekongsi lelap yang sentiasa dibayangi kekaburan...
Dan hanya tahu mengeluh tanpa berusaha walaupun tidak perlu keluar peluh....

Kerana negara kita...tanggungjawab kita

'PULANGLAH.....DAN JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA...."

3 comments:

Mannu said...

hey there
i was havin the same problem as u abt the formatting n image uploading bar missing...hav u resolved it??if so pls let me know...im gettin pissed off with it..
thanx in advance..
Manoj

Mannu said...

please reply fast

Ummuzulfa said...

Sorry late reply..

Suddenly, the problem resolved on its own....

not sure how

Free Counters
Petco Promotion Code