Friday, February 1, 2008

PENYUSUAN SUSU IBU : BESARNYA PERANAN BAPA



Saya adalah seorang ibu yang pro-penyusuan susu ibu.

Saya memang menyusukan keempat-empat anak perempuan saya. Cuma tempoh penyusuan agak berbeza untuk setiap anak.
Disebabkan oleh kecetekan ilmu, saya hanya mampu untuk menyusukan anak pertama dan kedua untuk beberapa bulan sahaja.

Alhamdulillah, dengan sokongan dari kawan-kawan dan keluarga dan dengan ilmu yang saya dapati dari internet dan website berkaitan, saya lebih bersedia untuk menyusukan anak ketiga yang sekarang sudah berumur hampir 4 tahun dan masih menyusukan anak keempat saya yang masuk 10 bulan.

Keghairahan saya terhadap penyusuan susu ibu ini ditambah lagi dengan tazkirah yang diberikan oleh Prof. Zulkifli Yusuf yang sering keudara di radio IKIM setiap Jumaat di dalam slot nur pagi...
Kebetulan... sekarang Prof sedang membincangkan tentang penyusuan susu ibu, dibincangkan berdasarkan beberapa ayat Al-Quran.

Masya Allah....sungguh besar peranan penyusuan susu ibu ini kerana disebut di dalam Al-Quran ini secara khusus.
Pada minggu tersebut, Prof membincangkan tentang peranan bapa di dalam penyusuan susu ibu ini...
Sebagai seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyediakan makanan dan pakaian yang bersesuaian dengan peranan ibu yang menyusukan anak...
Betapa seorang ayah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan ibu itu di tahap optimum untuk menyusukan anaknya.

Pakaian yang bersesuian juga perlu disiapkan. Mungkin tidak begitu kritikal untuk keadaan kita di Malaysia ini tetapi bagi mereka yang tinggal di negara sejuk..pakaian tebal dan selesa semestinya satu keperluan yang mendesak...
Ya... harapnya janganlah para bapa terlepas pandang perkara ini..... kerana usaha mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama....

Untuk menyusukan anak ini .... terutama di zaman sekarang di mana kebanyakan ibu adalah bekerja memang sangat-sangat mencabar....
Bukan sahaja mencabar dari segi fizikal dari erti kata untuk menyediakan alatan yang sepatutnya seperti breast pumb and freezer tetapi yang paling penting adalah cabaran mental dan emosi....

Di sinilah, kaum bapa juga mesti pandai memainkan peranan.... memberi semangat dan dorongan dan meluangkan masa dengan anak-anak yang lebih besar untuk memberi peluang ibu-ibu menyusukan anak dengan tenang...
Sekali-sekala, tidak lah salah memberi 'token of appreciation' kepada isteri dalam bentuk kad, bunga atau cenderahati untuk memberi motivasi kepada para ibu...
Dan saya pasti, ramai ibu di luar sana yang sangat-sangat menghargainya sekiranya para suami mereka memahami keadaan yang mereka hadapi...

Kepada kaum bapa.....hargailah setiap titis susu yang isteri anda hasilkan dan setiap usaha yang mereka lakukan kerana ketahuilah... ia bukan sesuatu yang mudah....

Berilah dorongan dan kasih sayang juga penghargaan yang sepatutnya kepada para ibu....
Semoga dengan itu..terbentuklah generasi anak-anak yang berkualiti dan Insya-Allah menjadi generasi rabbani penyambung risalah....






Allahu'alam







2 comments:

Naylah said...

salam,
kagum dengan kesungguhan ummi zulfa menyusukan fairuz dan zulfa sehingga besar.. cabaran ibu bekerja memang hebat.. esp di tempat keje yang tidak menyediakan atau tidak "friendly" bila ibu2 memerah susu utk bekalan anaknya. Setuju bila peranan bapa disentuh dalam masa ibu bersungguh2 nak menyusukan anak. Ianya bukan hanya peranan ibu.. malah kedua-duanya. :-)
p/s: "ter" jumpa blog ni semasa surfing.. saifulislam :-)

2uzulfa said...

salam naylah..

Ya tidak dinafikan ramai ibu yang bekerja menghadapi cabaran hebat untuk meneruskan penyusuan susu ibu tapi ramai juga yang dapat mengatasinya....

Yang penting kena kuat semangat dan mempunyai ilmu yang cukup...

We can get what our mind wants...

Free Counters
Petco Promotion Code