Tuesday, January 29, 2008

Kehilangan adik Sharlinie...kesan kepada pendidikan anak-anak







Sudah lebih 3 minggu adik Sharlinie dilarikan. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu apakah yang terjadi kepada beliau. Kita baru juga dikejutkan dengan peristiwa adik Nurin yang juga dilarikan dan kemudian ditemui mati di dalam beg... Allah.... sangat-sangat menakutkan.


Sesiapa yang mempunyai anak pasti dapat merasakan kegusaran dan kegelisahan maha hebat yang dirasakan oleh keluarga adik Linie.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Semua pihak tidak kira dari golongan mana dan bekerja sebagai apa sepatutnya merasa lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran kita terutama yang berkaitan dengan keselamatan anak-anak.


Tetapi apa yang mendapat perhatian saya berkaitan dengan kes penculikan kanak-kanak perempuan kebelakangan ini adalah bagaimana ia memberi kesan kepada pendidikan kita kepada anak-anak kita.


Kita selalu diingatkan oleh orang-orang tua supaya menghormati orang yang lebih tua, menolong orang yang susah, jangan sombong dan tidak mementingkan diri sendiri.

Masihkah boleh pesanan itu diberikan kepada anak-anak kita zaman sekarang?



Bukankah lebih baik kita berpesan kepada anak-anak kita :

'Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali'

" Kalau ada orang yang minta tolong, jangan tolong, mana tahu kalau orang jahat'

"Kalau ada orang yang nak bercakap dengan adik, lari jauh-jauh"


Nampaknya nilai-nilai murni yang selalu diajarkan kepada kita perlu definisi baru.


Menghormati orang yang lebih tua perlu penjelasan lanjut - hanya keluarga terdekat ( jiran pun tak pasti boleh dipercayai atau tidak )

Tolong orang yang rapat sahaja dengan kita - mungkin ibubapa, guru di sekolah dan kawan-kawan rapat...

Kalau mereka bertanya " kalau ada orang buta nak melintas jalan atau ada orang minta sedekah ..boleh ke kita tolong ummi?

Kalau ikut kan nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh ramai orang, memanglah perlu kita tolong tapi sejauh mana kita boleh percaya yang mata orang buta itu memang tidak boleh melihat dan orang yang minta sedekah itu memang tidak ada niat lain...

Kalau fikir yang buruk dulu... mungkin ada orang yang menyamar sebagai orang buta atau orang miskin..tapi kalau betul memang mereka memerlukan pertolongan, bukankah kita akan menjadi seorang yang 'selfish' jika tidak peduli?


Jadi apakah jawapan terbaik dari seorang ibu yang bertanggungjawb yang patut diberikan kepada seorang anak yang mahu kita didik jiwanya dengan nilai-nilai murni?


Bukankah hidup sekarang lebih rumit dan komplikated...

Yang baik dan yang buruk tidak nampak garis pemisah yang jelas...

Banyak yang kelabu...


Sebagai seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak perempuan yang masih kecil... kebimbangan memang tidak berkesudahan...

Sering saya tersepit di dalam pendekatan di dalam mendidik anak-anak... ingin mengajar mereka berdikari tetapi perlu dikawal hampir setiap masa...

Ingin mereka menjadi orang yang bertimbang rasa tetapi perlu juga berwaspada...


Jadi, apakah pendekatan yang terbaik di dalam zaman sekarang untuk mendidik anak-anak ?


Sudi untuk berkongsi pengalaman?






2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kak Idah,saya tak nak berkongsi pengalaman (xde pengalaman pun,sy still student, satu kolej dgn Sarah) tapi saya ada cadangan. Mungkin boleh hantar mereka ke kelas martial art atau pesan pada mereka selalu bawak smthng yg boleh ketuk / cederakan org yg kacau diorang e.g. payung atau gunting.
Haih, apa la nak jadi dengan Malaysia sekarang.

Ummuzulfa said...

TQ ilyani... for your suggestion..
Ya, memang ada terfikir juga, cuma kena cari masa untuk hantar diaorang tu sebab masa diarong memang penuh...

Akak hanya boleh doa supaya Allah jauhkan dari orang jahat..

OK...belajar rajin-rajin ye

Free Counters
Petco Promotion Code