Monday, January 21, 2008

LAMPIN KAIN (CLOTH DIAPER).....BIAR BETUL!!

Mungkin ramai yang tak percaya dengan kenyataan ini... ada ke zaman sekarang ini, dunia yang penuh dengan barangan pakai buang, ada lagi orang yang memakai lampin kain atau CLOTH DIAPER (CD)..
Soalan yang biasa didengari....
"tak susah ke nak basuh"
" kalau baby berak camne
"Bukan ke lampin yang biasa kita pakai tu, sekali kencing je, dah basah satu badan baby"

Ya..... percaya atau tidak, CD juga telah mengalamai zaman evolusi yang sangat menakjubkan...

CD yang moden, telah banyak berubah dan sangat MODEN, dan sebenarnya ia merupakan berita baik untuk para ibu di luar sana...


Saya telah menggunakan CD ini sejak 7 bulan yang lalu dan sudah lama saya ingin menulis tentang CD ini tetapi entah kenapa masih bertangguh sampailah ke hari ini...

semuanya bermula dengan kelahiran Zulfa.... saya seperti mana ramai ibu yang lain menggunakan lampin pakai buang untuk si kecil sejak dari dalam pantang lagi. Manakan tahan untuk menukar lampin kain setiap 10 minit atau setengah jam sekali... tidur malam pun tak lena
sampailah satu hari saya rasa bersalah kerana terlalu banyak 'membuang' .Maklumlah baby baru lahir memang kerap buang air besar....

Saya mula bertanya tentang alternatif untuk menggantikan lampin pakai buang di e-group yang saya sertai. Walaupun saya pernah terbaca pasal lampin kain ini, tetapi saya tidak ada idea macam mana menggunakannya.

ALhamdulillah, ada beberapa ibu yang menggunakan CD ini dan mereka berkongsi maklumat dan pengalaman dan disitulah bermulanya perjalanan saya menggunakan CD ini.



Oh... rupanya CD ini ada banyak brand dan cantik-cantik printnye....
Kopak lah jugak poket masa mula-mula nak beli tapi memang berbaloi dan rasa puas hati.

Satu lagi, rasa tak bersalah kerana berjaya mengurangkan sampah atas muka bumi Malaysia ini... CD ini ada macam-macam jenis dan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Banyak bergantung kepada baby kita...

Walaumacam manapun, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan ini walaupun hanya menggunakannya untuk anak no 4 ( macam kena beranak lagi je :D )Sebenarnya banyak lagi gambar Zulfa dengan CD nya tapi tak sempat nak upload lagi...tapi contoh-contoh CD bolehlah tunjuk...

Insya Allah di lain kelapangan.... boleh tunjuk stok yang lain pula......

Yang penting....buatlah sesuatu untuk meyelamatkan alam sekitar anda..

Bukankah Islam itu rahmat untuk sekian alam...?








3 comments:

Malina Osman said...

Berapa harganya...? Kot bole promote kan kat sedara mara.

Synchronous said...

beli kat mana CD ni kak? approx price for each?

normi mohd said...

kak...mana nak cari CD yang ada design singa tu ..comel la

Free Counters
Petco Promotion Code