Friday, February 12, 2010

ILMU YANG SEMAKIN KELABU....

"nak tahu cara mudah mendapatkan wang?

"pendapatan setahun boleh didapati dalam masa sebulan"

"Masuk sekali, dapat duit banyak kali"

" cuma RM50, terpaksa dapat bonus berkali-kali ganda"

Duit bukan segala-galanya ....setuju.
Namun segala-galanya memerlukan duit.....lagi setuju.




Semua orang mahu jadi kaya.
Dapat pergi Mekah cepat dan berkali-kali.
Dapat hantar anak belajar ke luar negeri.
Dapat melancong ke luar negara yang banyak salji.

Tidak salah.
Tidak berdosa.

Cuma bagaimana caranya?

Kebelakangan ini saya sering dihujani dengan pelbagai tawaran untuk menambahkan pendapatan.
SMS, email , blog, facebook.....dunia tanpa sempadan.
Email yang memberitahu saya menang loteri pun ada banyak.

Saya hampir lemas dalam tawaran.

Pendapatan setahun dapat dalam masa sebulan?

Saya amat skeptikal, terutama bila dijanjikan akan mendapat pulangan yang kadang-kadang tidak masuk akal dan tidak perlu buat apa-apa.
Mungkin saya yang jahil, atau 'resist to change' atau tenggelam di dalam 'comfort zone' saya.

Setahu saya, orang-orang kaya ni, bila ditanya, ditemuramah ,dikaji pasti kita akan menemui cerita bagaimana mereka  terpaksa bersusah payah, berkerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh sebelum menjadi seperti sekarang.Satu proses yang memakan masa dan penuh penat lelah.

Saya memang mahu jadi kaya.
Boleh pergi menunaikan haji.
Boleh membiayai pelajaran anak kelak tanpa perlu berhutang dengan PTPTN.
Boleh buat banyak kerja amal.

Saya amat jahil di dalam ilmu ekonomi , terutama mualamalah Islam.
Saya juga yakin ramai yang begitu, hatta golongan yang bergelar ustaz.
Analoginya sama sahaja....kalau saya yang pakar di dalam satu bidang perubatan , tidak semestinya saya tahu dengan mendalam di dalam bidang kepakaran yang lain.
Golongan agama juga melalui fenomena yang sama kerana keluasan ilmu yang ada di dunia.


Kalau tidak takkan ramai orang Melayu kita yang masih terpedaya dengan skim cepat kaya.
Skim cepat kaya yang sering diwar-warkan dengan versi-versi yang sering menyebabkan ramai yang terliur untuk mencuba.


" eh ...mana ada...kita guna konsep takaful untuk menolong orang bayar hutang"
"kita dapat lesen ..."
"ustaz pun ramai yang join dalam program ini"

Ilmu muamalah saya hanya beberapa minggu sahaja semasa saya mengambil Sijil Pengajian Syariah di UM beberapa tahun dulu.

Seingat saya sesuatu perniagaan itu  mesti jelas produknya, penjual dan pembeli juga akad atau kontrak perjanjiannya.

Setiap satu itu ada pula syarat-syaratnya untuk memastikan tiadanya unsur riba' atau ketidakadilan.
Sesuai dengan prinsip Islam yang mementingkan keadilan.

Saya sering mengingatkan diri sendiri agar sentiasa berhati-hati di dalam memilih produk atau prospek pelaburan untuk menambahkan pendapatan.

Siapakah yang empunya syarikat?
Apakah matlamat syarikat?
Siapakah panel syariahnya?
Apakah produk atau pelan pemasaran yang diamalkannya?
Cukupkah dengan akad untuk memastikan bahawa tiada unsur riba' dan penindasan di dalam urusan perniagaan atau pelaburannya?
Bagaimana dengan zakat perniagaannya?
Bagaimana dengan kegiatan amalnya?





Bukan saja saya khuatir dengan duit yang boleh lesap kerana ditipu, namun lebih penting saya takut terlibat di dalam unsur-unsur GHARAR dan RIBA'

Naudzubillahi min zalik.
 Apapun yang penting , kita mesti tambahkan ilmu untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Boleh sahaja orang kata saya cerewet dan terlalu negatif namun saya  tidak mahu  kaya cepat di dunia tetapi  muflis di akhirat.

Nampak gayanya lambat lagi lah saya nak kaya... :D


Allahu'alam


Ummuzulfa
12 Feb 2010

2 comments:

Nurul Izza said...

salam,

saya selalu tertanya2..adakah benda ni memang betul..atau tipu?adakah ianya halal? tapi kata suami..susah nak percaya, masakan labur 50 dapat 5000 sekali gus?

pengalaman keluarga dan sanak saudara yang inginkan duit mengingatkan saya..melabur hampir 30 ribu, tapi rugi. tak pasti laburannnya skim apa.

semakin banyak duit yang dapat, semakin tak cukup (manusia memang tak pernah bersyukur)

p.s: ustaz zaman sekarang tak seperti zaman dahulu, wallahua'lam

Ummuzulfa said...

nurul...

akhir zaman ni banyak perkara yang di dldlm grey area...

sebab tu memang kena kaji dulu betul-betul....mungkin awal-awal dapat pulangan banyak tapi akhirnya kita terlibat di dalam perkara yang haram atau syubhah...

namun kuasa tarikan duit tu memang menyilaukan ramai manusai

Free Counters
Petco Promotion Code