Wednesday, January 6, 2010

SI TANGGANG ALAF BARU





Kisah si Tanggang....satu kisah yang memang kontemperari.
Walau ia mungkin satu kisah dongeng, namun kisahnya sangat relevan sehingga ke hari ini.

Inti patinya adalah lupa diri...lupa asal usul...lupa ibu ayah....

Dan tajuk Si Tanggang Moden juga menjadi fokus utama majalah Milenia Muslim keluaran terbaru.





" Anak saya halau dari rumah", kata pakcik yang berumur lewat 60-an.

" Tiada siapa lagi yang sanggup menjaga saya", makcik tua pula berkongsi rasa.

"Semenjak mereka hantar saya ke rumah orang tua-tua, mereka tidak pernah menziarahi saya", dengan sayu seorang pakcik bercerita.

Bukan cerita di negara barat.
Bukan juga cerita orang bukan Islam.

Namun ia terjadi di Malaysia di kalangan masyarakat Melayu-Muslim.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat ada perinciannya.
Dan rumah orang tua-tua juga ada butirannya.

Dilaporkan, statistik anak-anak 'derhaka ' semakin meningkat.
Derhaka di sini merangkumi mengabaikan ibu bapa, mencederakan ibu bapa dan menyakitkan mereka.
Kalau menghantar ibu-bapa ke rumah orang tua-tua tu...lagilah ramai...

Ada yang anak sanggup nak jaga, tapi menantu pula tak suka.
Jadi kerana tidak mahu rumah tangga anak mereka berantakan, mereka rela keluar dari kehidupan anak-anak.

Bagi saya, ia adalah fenomena yang menakutkan...

Takut kiranya saya 'terbuat' perkara yang sama kepada ibu saya.
Ibu yang kebanyakan masa tinggal dengan saya dan anak-anak , membuatkan saya sedar tanggungjawab yang perlu dan harus saya lunaskan.
Alhamdulillah, suami sangat memahami dan menyokong serba-serbi tindakan saya.

Takut juga sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami bila sudah tua nanti...na'udzubillahi min zalik.

Maklumlah...anak kami semua perempuan....takut juga suami mereka kelak tidak menyenangi kami menumpang kasih.





Justeru, walaupun anak saya masih kecil, saya sudah mendoakan mereka dipertemukan dengan jodoh yang baik, dengan lelaki yang beriman dan boleh membimbing mereka.

Moga dengan itu, kami juga boleh menumpang kasih dan belaian anak cucu ...insya allah kalau panjang umur.

Kenapa agaknya anak-anak boleh berbuat sedemikian kepada kedua ibu bapa?

Banyak faktor yang dibincangkan di dalam majalah MM itu.

Diantaranya ialah kurangnya pendidikan agama kepada anak-anak, anak-anak berdendam kepada orang tua mereka di atas perbuatan mereka dulu, bebanan kewangan dan tekanan hidup masa kini dan tamakkan harta benda ibu bapa.

Ya...pendidikan agama tidak dapat dinafikan amat-amat penting untuk diterap, dihayati dan diamalkan bukan sahaja oleh anak-anak namun oleh kedua ibu bapa itu sendiri.
Cara kita melayan ibu bapa kita sendiri sekarang  akan dijadikan contoh oleh anak-anak kita di masa depan.

Kalau kita menghormati ibu bapa kita sekarang, insya allah mereka akan menghormati kita kelak.
'Kalau kita melebihkan isteri kita sekarang, tidak mustahil anak-anak lelaki akan melebihkan dan melupakan kita juga di masa tua kita.

seperti kata pepatah " what you give, you get back"

Sebab itulah, ada anak-anak yang berdendam dengan ibu bapa sedari kecil, melupakan dan mengabaikan ibu bapa bila mereka sudah dewasa.

Dari segi zahirnya, nampak macam 'adil' namun perlulah kita ingat.
Sebagai anak, redha Ilahi beriringan dengan redha ibu-bapa...
Dosa ayah ibu dengan kita atau siapa sahaja, itu adalah urusan mereka dengan Allah s.wt.
Tanggungjawab kita adalah menyantuni mereka selagi ada nyawa mereka, dan mendoakan kesejahteraan mereka di alam baqa' bila mereka sudah tiada.

" Bang, cuba dengar ni...." sambil membaca majalah MM itu.

"Mahkamah mengarahkan mereka supaya memberi RM500 sebulan kepada ibu bapa mereka sepanjang hayat mereka, tidak menghalau mereka dari rumah yang mereka diami sekarang, membiayai mereka menunaikan haji, dan membenarkan anak-anak yang lain melawat mereka....."

"Janganlah kita jadi macam ni ye bang bila kita tua nanti...kalau panjang umur" saya membacakan satu petikan dari majalah.

Itu adalah sipnosis dari perintah mahkamah di Seremban, tidak lama dahulu.

Anak kepada pasangan warga emas ini bukan orang sebarangan, mereka adalah orang terpelajar...
Saya tak pasti apa masalah dalaman keluarga ini namun, apa pun sebabnya tidak wajar anak melakukan sedemikian rupa kepada ibu bapa mereka.

Biar seteruk mana pun ibu bapa kita.....wajib ke atas kita berbuat baik kepada mereka.




Seorang pendakwah bebas, bila ditemuramah oleh wartawan MM, menegaskan faktor yang perlu diambil kira untuk mengelakkan perkara sedemikian adalah bermula seawal kita memilih calon sumai/ isteri lagi.

Kemudian peranan suami/isteri semasa hamil, peranan penyusuan susu ibu dan kefahaman ibu semasa penyusuan susu ibu juga  pendidikan anak-anak.

Saya sangat teruja bila membaca pendapat pendakwah tersebut...

Betapa penyusuan susu ibu juga dianggap penting di dalam pendidikan anak-anak.
Wajarlah ibu bapa menitik beratkan segala aspek pendidikan anak-anak sedari di dalam perut lagi untuk memastikan anak-anak dapat menjadi sebaik -baik mukmin selaras dengan hadis nabi yang membawa maksud, sebai-baik mukmin adalah yang memberi manafaat kepada manusia lainnya.

Allahu'alam.


Ummuzulfa
7 Jan 2010

1 comment:

Anonymous said...

saya tak kisah di gelar si tanggang alaf kini ke ape ke. saya mmg berdendam dengan ibu bapa saya sejak dari kecil. mereka tidak pernah mahu memahami saya dan sering membanding-bandingkan dengan adik beradik yang lain. mereka tidak memeberikan kasih sayang kepada saya. mereka tidak pandai mendidik anak. saya amat membenci mereka sehingga hayat saya.

Free Counters
Petco Promotion Code