Monday, October 12, 2009

TERCETUSNYA IDEA

Photobucket

"Salam, boleh tak you tolong tengokkan Puan Y, dia kat Seremban, mungkin dia ada problem dengan latching."
Kamariah menyampaikan hajatnya melalui gagang telefon.

"Oh,ye ke, Insya allah.....kalau ada apa-apa yang I boleh bantu"

"Ok...nanti I bagi no you kat dia...terima kasih"


SerembanImage via Wikipedia


Itulah serba-sedikit perbualan saya dengan Kamariah, seorang kaunselor laktasi yang sudah tidak asing lagi di kalangan ibu-ibu yang meyususkan anak di seluruh Malaysia.Website dan forumnya di susuibu.com menjadi rujukan dan tumpuan mereka sentiasa.

Justeru, di hujung minggu di akhir bulan Ramadhan yang lalu, saya ditemani oleh suami dan anak-anak pergi melawat Kak Y yang tidak pernah saya kenali sebelum ini.
Bagi saya, ia adalah tanggungjawab dan rasa keperihatinan saya untuk memastikan beliau dapat menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah.

Saya belum lagi menjadi seorang kaunselor laktasi bertauliah, walau ada keinginan ke arah itu, namun bagi saya dengan sedikit pengalaman peribadi dan pengetahuan perubatan, saya yakinkan diri untuk sama-sama membantu ibu lain menyusukan anaknya.

" I really appreciate your effort..."

Berkali-kali Kak Y mengucapkan terima kasih kepada saya.

Bagi saya, ia biasa saja...saya cuma berkongsi pengalaman dan memberikan sokongan moral untuk beliau untuk terus menyusukan anaknya.
Namun, sebagai bonus, saya mempunyai seorang lagi rakan yang mempunyai 'passion' yang sama  dengan saya.

Kak Y merupakan seorang surirumah tangga yang baru menimang anak ke-6.

Beliau gusar kerana tidak pernah dapat menyusukan anaknya melebih beberapa bulan pertama kelahiran mereka kerana pelbagi masalah.
Namun beliau sangat bersemangat untuk meneruskan penyusuan seberapa yang lama untuk anak keenamnya.

Bagi kebanyakan dari kita, breastfeeding adalah perkara biasa, natural, ia sepatutnya tidak datang dengan pakej masalah.
Ditambah lagi bagi seorang suri rumah.
Tidak perlu risau dengan stok susu bila ingin kembali bekerja.

Namun, hakikatnya tidak begitu.

Dengan iklan susu formula yang sangat agresif, penyusuan susu ibu bukan lagi dilihat sebagai satu fitrah bagi keluarga.

Baby Formula under 24 hour video surveillanceImage by Roebot via Flickr

Mungkin juga ia dilihat sebagai satu beban atau melambangkan status sesorang.

"Mesti tak cukup duit nak beli susu tin tu..."

"Orang kampung je yang susukan anak lagi...sekarang susu formula lagi hebat-hebat"

Dan bukan semua ibu boleh menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah.

Namun, setiap sesuatu pasti ada jalan penyelesaian.
Sama seperti banyak perkara lain di dalam hidup ini. ilmu dan perancangan  yang betul amat diperlukan.

Ditambah lagi, penyusuan susu ibu ini telah disebut di dalam Al-Quran, pasti ia adalah sesuatu yang penuh dengan hikmah dan kebaikan yang tidak terhingga.

11th Century North African Qur’ān in the Briti...Image via Wikipedia

Pertemuan saya dengan Kak Y telah memberi satu dimensi baru buat saya.

Saya perlu membuat sesuatu....
Saya perlu membuka jalan bagi ramai ibu di luar sana mendapatkan ilmu ....

Ya, dengan internet dan komunikasi digital di zaman maju ini, mungkin ada yang mempertikaikan pendekatan tradisional ini.

Namun bagi saya, konsultasi muka-ke muka (face-to-face consultation) masih lagi menjadi satu medium yang effektif untuk menyelesaikan banyak kekeliruan.

Justeru saya memberanikan diri untuk mengadakan program ini :

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

Breastfeeding banner


Tanpa tajaan, tanpa AJK yang ramai, saya berbincang dengan Kamariah dari susuibu.com dan bertekad untuk mengadakannya di Seremban.
Satu tempat yang tidak jauh dari KL namun ramai yang tidak dapat meluangkan masa untuk ke sana untuk menghadiri program-program berkaitan penyusuan susu ibu.

Breastfeeding symbolImage via Wikipedia

Ketahuilah,

Saya memahami kepayahan dan kesusahan ibu untuk menyusukan anaknya tanpa bantuan susu formula.

Saya memahami masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan anaknya.

Saya sudah mengalaminya sendiri...
Adakalanya saya gagal dan seringkali juga saya berjaya.

Dan saya pasti ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang berguna untuk dikongsi bersama.

Bagi saya langkah pertama untuk berjaya adalah MENDAPATKAN ILMU SEBANYAK MUNGKIN.

Kami ingin berkongsi bersama anda....

JANGAN LEPASKAN PELUANG....

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

Kerana Susu ibu bukan pilihan, ia adalah penyelesaian...





Reblog this post [with Zemanta]

5 comments:

DaniTheGirl said...

salam zulfa...saya berminat untuk pergi. Boleh bagi map tak. Saya tinggal di Putrajaya..boleh kan?? Boleh bawak baby kan...?

Liz said...

zulfa kekurangan AJK ke? saya stay di KL tp saya org senawang. insya Allah minggu tu saya ada kat sana. Kalau kekurangan AJK dan perlukan bantuan, boleh la saya tolong sikit-sikit

Liz said...

maaf Dr. Faridah. zulfa tu nama anak ye. tersilap baca.

NuRuL DhiA said...

salam,

nurul copy paste program ni tempek kat blog, sebarkan kat ibu2 seluruh malaysia. tq

yaz said...

Salam Faridah,
It brought tears to my eyes when i read this post...
Is ok dear..Is ok to mention my name..kerana Kyaz proud for everyone to know yg Faridah help Kyaz regarding prob bf i was facing..
Dan Kyaz grateful sgt pada Faridah kerana membantu KYaz.

Dan Kyaz pasti nya nak join workshop ni!!!

Free Counters
Petco Promotion Code