Thursday, July 9, 2009

DAH NAK MATI KE?

"Eh, saya tak kisah sebab saya takde harta"

"Ala, bila saya mati nanti, tahulah yang hidup tu nak uruskan"

"Kita orang adik-beradik tak kisah,biar je lah"


Sering kita dengar, kematian itu pasti dan yang tinggal, hidup itu perlu diteruskan.
Justeru, berbuat baktilah sebanyak mana semasa hidup dan berdoalah untuk dibangkitkan dalam keadaan sejahtera di 'sana' nanti.

Namun, bagi yang tinggal, kesusahan mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya tiada apa yang ditinggalkan oleh simati atau sekiranya ada tetapi tidak dapat dinikmati oleh keluarga yang ditinggalkan.

Kerana tiada pesanan atau wasiat bertulis yang boleh dijadikan panduan untuk mereka yang tinggal.
Atau mungkin saja ada wasiat lisan yang dipesankan oleh simati namun tiada siapa pula yang sanggup untuk mengurusnya kerana pelbagai alasan.

'Along lah yang uruskan, sebab dia kan anak sulung"

"Ingat senang ke, nak turun naik mahkamah, pejabat tanah, KWSP, isi borang macam-macam, semua tu ingat free ke!?

"Alah....buat apa nak tergesa-gesa, kubur arwah ayah pun masih merah lagi"

Media melaporkan, harta pusaka orang Islam yang tidak dituntut dan beku mencecah RM40 bilion.

"Fuuh...banyak tu" mungkin ada yang terfikir begitu..

Ya, bayangkan harta pusaka sebanyak itu tidak dapat dituntut dan seterusnya diusahakan dan dimanafaatkan oleh ahli waris.
Bayangkan juga betapa ruginya umat Islam di dalam hal ini.

Itu belum lagi dengan banyak kes yang kita dengar tentang nasib anak-anak dan keluarga si mati yang tidak terbela kerana harta ibu bapa mereka tidak dapat dituntut kerana dokumentasi yang tidak dapat dipenuhi.

Juga dengan kisah perselisihan faham dan pergaduhan anak-beranak dan adik-beradik di dalam menuntut hak masing-masing.

Yang paling menyedihkan, mungkin tiada siapa yang peduli untuk menjelaskan hutang si mati dahulu sebelum proses pembahagian harta boleh dijalankan.
Mungkin masing-masing sibuk menghitung berapa banyak bahagian yang mereka boleh perolehi tanpa menghiraukan keperluan-keperluan si mati yang belum lagi diselesaikan.

Adakah umat islam peka dengan hal ini?

Adakah KITA semua sedar tentang hal ini?


"saya takde harta...."

"serah je kat faraid"

"mahal lah nak buat wasiat ni.."


Renunglah ayat ini




[180] Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.

[181] Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[182] Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu dia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Perbahasan berkaitan dengan hukum wasiat ini boleh dibaca di sini.

Umat islam di Malaysia pula tidak peka dengan keperluan ini.
Ramai yang mengambil ringan dan menyangka maut dan ajal masih jauh lagi.

Kalau tidak silap saya ada laporan yang mengatakan hanya 2% umat Islam yang membuat wasiat.

Sekiranya kita sering mendengar rancangan-rancangan radio berkaitan dengan pengurusan harta pusaka ini, maka banyak soalan yang diajukan oleh pendengar dan rata-rata mengadukan masalah untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarga mereka.

Yang bergaduh adik beradik...

Yang bermasam muka....

Yang tuding menuding....

Ilmu-ilmu asas berkaitan pusaka juga ramai yang masih keliru.

Apakah beza wasiat, hibah, faraid dan wakaf.
Juga siapakah ahli waris yang layak menerima pusaka.
Dan berapa bahagian ahli waris berhak untuk mendapatnya.


Saya pun masih banyak yang keliru tapi dengan zaman teknologi sekarang, maklumat boleh didapati di hujung jari dan buku juga mudah untuk dibeli, justeru marilah kita bersama memanafaatkannya.



Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak baik bagi seorang muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya


Merancanglah.......tulislah wasiat...









Untuk masa depan keluarga kita dan ketenangan kita di sana nanti

Sabda Rasulullah...

Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang akan meminta-minta kepada manusia.



Mungkin ada yang bertanya , yang tukang cakap ni dah buat wasiat ke?

Insya Allah ada...:D


Allahu'alam


Ummuzulfa

8 Julai 2009



3 comments:

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

Semoga anda tabah menghadapi ujian hidup.

Salam.. kalau kelapangan jemputlah ke blog saya bertukar pandangan dan link Insya'Allah.

Anonymous said...

Salam Kak Faridah,

Semoga dirahmati Allah selalu, memang benar perancangan untuk menyediakan plan pembahagian harta mengikut hukum faraid dan merancang wasiat sangat penting, saya punya kisah yang menyedihkan tentang ini, dan sampai sekarang harta di atas nama nenek saya masih terbengkalai, mungkin keadaan akan berbeza jika ada perancangan sebelum ini. Wallahu'alam.

Ummuzulfa said...

@Faridrashidi.com
terima kasih kerana sudi singgah

Izzah,

Diharap masalah itu dapat diselesaikan segera.Bagi kita yang tinggal ni, ambillah ia sebagai pengajaran.

Free Counters
Petco Promotion Code