Saya senang hati, Insya Allah...mungkin tidak berapa lama lagi saya bakal menimang cahaya mata ke 5 saya.
"Tapi, saya tak rasa kepala lah....takde presenting part lah, sekejap ye saya check lagi..." kata-kata itu membuat saya susah hati .
"Saya dapat rasa kaki dia, dan punggung dia tapi tinggi lagi...saya rasa flexed breech..." Dr Intan berkata sambil terus memeriksa saya.
" Jadi...nak buat macam manan Dr?" Hati saya semakin berdebar.....
" Kena ceaser lah...."Dr Intan terus mencadangkan jalan penyelesaian.
Sepanjang kehidupan saya sebagai seorang ibu, saya selalu bedoa supaya dijauhkan saya dari bersalin secara pembedahan.
Alhamdulillah...4 kelahiran sebelum ini adalah kelahiran normal.
Tetapi bak kata orang...HIDUP INI BIAR RASA SEMUA.
Saya tidak pasti setakat mana kebenaran kata-kata itu tetapi itulah yang berlaku kepada saya pada waktu itu.
Perkara yang saya takuti akhirnya kena saya tempuhi juga.
"Perjalanan" ke dewan bedah , dicucuk di tengah tulang belakang untuk 'spinal anaesthesia" dan seterusnya dibelah dengan prosedur 'fundal pressure "untuk mengeluarkan puteri kami....semuanya seumpama mimpi buat saya.
Bukan saya tidak biasa dengan dewan bedah. Itu adalah salah satu tempat yang biasa kami, doktor pelatih 'melepak'.Kes-kes kecemasan untuk 'surgery', bersalin, dan sebagainya memang banyak berlaku di hospital-hospital kerajaan dan kami memang ditugaskan untuk membantu doktor-doktor pakar di dalam bilik pembedahan.
Namun, tidak sesekali saya sangka, saya akan menjadi pesakit yang terbaring di atas katil bedah.
Saya dilayan dengan baik oleh kakitangan dewan bedah, di beri penerangan yang sepatutnya oleh pakar bius sebelum pembedahan dimulakan sejurus selepas ubat bius disuntik di tulang belakang saya.
Saya bersyukur kerana tidak perlu melalui bius seluruh badan (general anaesthesia) bermaksud dipengsankan kerana terfikir juga saya samada saya akan sedar atau tidak selepas pembedahan.
Pembedahan berjalan lancar dan selepas satu jam saya di dewan bedah, saya keluar jam 10 malam, dan suami saya setia menunggu di luar dewan bedah.
"Dr Intan kata kaki anak satu kat bawah dan satu lagi kat atas, jenuh juga nak cari..." suami saya memberitahu.
"Alhamdulillah, semuanya selamat...'saya bersyukur di dalam hati.
Ujian terbesar sebenarnya datang selepas pembedahan itu,kerana sakit rengat saya yang keterlaluan,tidak tertanggung rasa sakit itu.
Sepanjang malam saya tidak dapat tidur kerana sakit datang setiap 3-5 minit.
2 suntikan IM pethidine juga tidak dapat meredakan kesakitan saya...Astaghafirullah....
Suami yang setia menemani saya juga tidak dapat tidur kerana saya mengerang dan 'merengek' menanggung kesakitan.
"Banyakkan istighfar....sabar ye.." suami tidak jemu mengingatkan.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.....
Terima kasih tidak terhingga juga kepada suami yang tanpa penat dan jemu menemani saya sepanjang saya di hospital.
Malam pertama suami hanya tidur di kerusi yang disediakan di dalam wad, malam kedua dapatlah juga beliau tidur di atas 'kerusi malas' yang diambil dari stor wad.
Hanya Allah yang dapat membalas segala kasih-sayang suami yang telah dicurahkan, semoga
Allah memberi perlindungan kepada suami saya sepanjang hayat beliau.
Keesokan petang harinya baru saya dapat bangun dengan pertolongan suami dan dapat menjamah bubur yang disediakan.
Alhamdulillah....
Saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk terus menyusukan anak saya kerana kesakitan yang saya alami.
Saya hanya dapat menyusukan Wafa pagi hari kedua. Alhamdulillah Wafa tidak menghadapi masalah untuk 'latch' dengan betul dan menyusu dari saya.
Dan saya terus menyusukan Wafa dengan susu saya sendiri sehingga ke hari ini.
Semoga Allah memberi kemudahan kepada saya untuk menyusukan Wafa selama yang boleh.
Pengalaman ini banyak membuat saya sedar, betapa kerdilnya kita sebagai hamba Tuhan.
Kesakitan dan kepayahan yang dialami membenarkan kata-kata ulama' yang sering kita dengar
"SYURGA TERLETAK DI BAWAH TAPAK KAKI IBU'
Saya juga sangat beruntung kerana masih mempunyai seorang ibu yang sampai ke hari ini masih sanggup menjaga saya semasa di dalam pantang.
Saya memberitahu suami bahawa sakit ini berkali ganda dari bersalin biasa...... serik rasanya untuk melaluinya lagi.
Dan saya beranggapan bahawa para isteri dan ibu yang sanggup berkali-kali melalui pengalaman yang sama hanya untuk melahirkan zuriat untuk suami dan keluarga tercinta adalah mereka yang terlalu besar pengorbanan yang dilakukan.
Wajarlah mereka diberi penghargaan yang sewajarnya.
Dengan sedikit pengalaman yang saya coretkan, dapatlah kiranya memberi sedikit sebanyak panduan dan kesedaran kepada para suami dan anak-anak agar sentiasa menghargai isteri dan ibu mereka yang telah banyak berkorban untuk melahirkan dan mendidik anak-anak.
Allahu'alam
Ummuzulfa
6 jan 2009
No comments:
Post a Comment