Segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala rezeki kepada kami sekeluarga.
Dengan izin-Nya jua, kami dikurniakan seorang lagi anak perempuan untuk menyerikan kehidupan kami suami-isteri.
Walaupun secara fitrahnya, saya kepingin menimang anak lelaki namun saya sangat menyedari ketentuan Allah swt yang hanya memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Wafa (Aina Wafa - dengan sebutan 'ain di depan) memberikan kami satu lagi pengalaman baru di dalam kehidupan ini.
Ditakdirkan Wafa dilahirkan secara pembedahan (emergency ceaserian) memberi pendedahan baru kepada kami sekeluarga. Tepat jam 9.27 pm tanggal 24 Disember 2008, Wafa dilahirkan melalui 'tingkap'.
Jazakillah kepada Dr Nur Intan yang telah menyempurnakan pembedahan tanpa banyak masalah.
Pengalaman berada di atas katil pembedahan menyedarkan saya betapa lemahnya seorang manusia dan betapa kebergantungan manusia terhadap Yang Maha Mencipta sangat terserlah.
Kesyukuran tidak terhingga kami kepada Allah swt. Dikurniakan dengan 5 puteri yang sihat dan sempurna sifatnya.
Kesemua mereka dapat menghirup udara segar tanpa banyak masalah dan kehidupan yang hampir sempurna.
Justeru, naluri keibuan saya sangat tersentuh dengan paparan demi paparan kepada penduduk Palestin yang sedang giat dibedil oleh penjenayah Israel.Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak.
Semoga Allah melindungi penduduk Palestin sebagaimana Allah melindungi kami sekeluarga.
Dan semoga Wafa membesar dengan penuh keberkatan dan dilindungi dari segala kebatilan.
Allahu'alam
Ummuzulfa
2 Jan 2009
.[
No comments:
Post a Comment