sumber
Forgotten Muslims - reaching out to the interiors...begitulah tajuk muka depan majalah Forward yang saya langgan setiap bulan.
Forward adalah majalah tempatan berbahasa Inggeris yang membincangkan isu-isu tempatan dan antarabangsa yang sangat infomatif dan ilmiah.
Fokus muka depan untuk bulan July membincangkan tentang bagaimana orang Asli tempatan telah dipinggirkan dari arus pembangunan dan juga bagi yang baru memeluk Islam, mereka sering ketinggalan dari segi ilmu dan bimbingan untuk memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam.
sumber
Mereka yang telah memeluk Islam, sebenarnya sangat dahagakan bimbingan dari mereka yang berilmu.
Malangnya, sangat sukar bagi mereka untuk mendapatkan pendakwah yang sanggup tinggal dan membimbing mereka secara berkala atau yang sanggup berkorban untuk bersama-sama menjalani kehidupan bersama orang Asli di pedalaman.
Tidak dinafikan, adanya NGO yang menjalankan khidmat kemanusiaan kepada mereka yang berada di pedalaman tetapi ia bukannya secara berkala dan tiadanya koordinasi yang seragam di antara mereka menyebabkan usaha-usaha tersebut sukar untuk dioptimumkan.
Mereka yang sering berkunjung ke perkampungan orang Asli itu lebih untuk menunjukkan persaudaraan Islam dan berbakti kepada mereka agar mereka tertarik dengan akhlak Islam secara ikhlas bukan kerana ganjaran kewangan.
Namun mereka menyedari apa yang sebenarnya Muslim orang Asli perlukan ialah seorang guru agama sepenuh masa yang boleh dijadikan tempat rujukan mereka.
Diharapkan agar pihak-pihak terbabit dapat memikirkan dan mengambil tindakan segera untuk mengelakkan mereka terkeluar daripada Islam atau dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Saya terfikir sendiri bila selesai membaca artikel tersebut......DI MANAKAH SAYA?
Allahu'alam
ummuzulfa
28 July 2008
Tuesday, July 29, 2008
MEREKA YANG DILUPAKAN
Labels:
MASYARAKAT,
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment