Friday, January 4, 2008

6 BULAN MENYEPI


Apa sudah jadi...kenapa menyepi.... masih hidup ke dah arwah ye... mungkin itu yang difikirkan oleh pembaca ( ada ke yang sudi menyinggah ke blogspot saya ni)... setelah sekian lama menyepi diri dari menulis....


Tarikh akhir saya menulis memang sudah lama...masa saya dalam pantang lagi, Zulfa pun dah masuk 10 bulan....


Entah kenapa, selepas kembali bekerja, saya lebih suka membaca blog orang lain dari menulis blog spot sendiri...

Dan dengan hobi baru saya ....browse kedai-kedai online untuk barangan bayi terutama lampin kain atau CLOTH DIAPER (CD) menyebabkan saya terkunci di depan komputer untuk beberapa jam dan membaca tulisan orang lain dan berangan CD apa yang saya perlu beli selepas ini....


OK... apa yang berlaku dalam masa beberapa bulan ini..


Kerja...agak membosankan...kenapa ye...kenapa saya tak rasa enjoy sangat bekerja ni...

Saya rasa pengalaman membuat master selama 4 tahun lebih 'fullfilling' dari sekarang...

Saya pasti , saya yang tidak pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini...atau saya yang cuba melarikan diri dari permasalahan saya di tempat kerja... I'm not sure..


Anak-anak - Fatin dan Nurul bersekolah di BB Bangi... legalah sikit kerana tak perlu mendengar rungutan Fatin kerana bersekolah lain dari adiknya... harap-harapnya pelajarannya lebih maju di tempat baru...

Fairuz pula dah pergi playschool... untuk 2 hari ini, nampaknya dia seronok berjumpa kawan-kawan dan bermain-main sampai taknak balik dari sekolah....dijemput bibiknya pun dia taknak...lain pula cerita Fairuz ni...


Ibu dan Juju pergi Mekah tahun ni, setakat ni alhamdulillah... cuma kaki ibu yang masih sakit kerana terpaksa berjalan jauh ...


Sebenarnya memang banyak yang perlu diperkatakan...maklumlah nak cover cerita berbulan-bulan .... tapi cukuplah setakat ini dulu.


Harap-harap Allah beri kekuatan untuk terus menulis ... sekurang-kurangnya untuk tatapan anak-anak..





3 comments:

Anonymous said...

Semoga sentiasa bersemangat utk meneruskan perjuangan di medan jihad mendidik anak bangsa menjadi ilmuan yang berbakti untuk agamaNya...InsyaAllah.

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Dear ummizulfa, terbaca your comment dlm Saifulislam (Misi Dubai). Buat preclinical masters jugak ke? Saya pun :) Baru habis tahun 2006 lepas. Ummizulfa buat dlm bidang apa? Saya dalam fisiologi & currently tgh pursue utk PhD pulak.. hmm.. can imagine, kerja tak sebest buat masters and PhD hehe. Maaf ye mengganggu. Nak tanya kat Saifulislam, rasa cam tak sesuai pulak. Ekcelinya seronok jumpa org yg buat preclinical masters nih, sbb tak ramai org yg buat. Wasalam

Ummuzulfa said...

Salam, ya shiha,

I suppose I am your senior ..akak grad undergrad tahun 98...buat MPath 2002-2006...baru je habis and now kat UPM...

tapi UPM medic fac takde hospital so kerja service ( I am a Haematologist) sangat-sangat jarang, kena gi HKL yang jauh dan jam sangat tu... tu yang boring sikit tu...kena buat research tapi kalau takde hospital memang agak sukar nak cari specimen. Kena ambil kat gov hospital yang under KKM dan procedure dia punyalah leceh...

I missed my experience kat UH..walaupun busy tapi fullfilling...

Mesti you kenal Dr Rafidah... dia pun tengah buat PhD physio kat UM...she's my schoolmate and my colleague...

akak teringin juga nak buat PhD... tapi nak angkut anak yang ramai dan hubby yang kerja private...kena buat plan betul-betul..

OK...I'm glad you respond to my posting...so hopefully can pursue further friendship ...

Free Counters
Petco Promotion Code