
Walaupun ini adalah dialog rekaan saya, saya hampir pasti kejadian seperti ini mungkin tidak mustahil akan berlaku.


Dan, di akhir perbincangannya , maka timbulnya soal bank susu ibu.
Secara peribadi, beliau tidak bersetuju dengan kewujudan bank susu ibu ini di atas 2 sebab yang ketara.
Pertama,adalah kerana masalah muhrim.Umum mengetahui tentang adanya ikatan muhrim diantara adik-beradik susuan.Jadi sekiranya seseorang bayi meminum susu ibu dan tidak diketahui siapa pula tuan punya susu itu, maka tidak mustahil ikatan perkahwinan boleh berlaku diantara 2 adik-beradik susuan yang diharamkan.
Yang kedua, adanya soal-soal komersial yang membabitkan untung rugi, dan tentunya soal 'supply and demand" akan mewarnai persoalan kewujudan bank susu ibu ini dan tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir yang tidak sihat seperti akan menyebabkan masalah sosial di kalangan ibu-ibu miskin yang terpaksa menjual susu mereka untuk wang dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan para wanita.

Entah mengapa, perasaan saya berkobar-kobar untuk mengetahui lebih lanjut tentang bank susu ibu ini.
Mungkin kita biasa mendengar bank duit dan bank darah tetapi amat jarang tentang bank susu ibu ini, walaupun saya pernah mendengarnya dan pendapat yang saya dengar berkaitan dengan bank susu ibu ini agak kontradik dengan kenyataan Prof Zul tadi.
Jadi bermulalah pencarian saya di dunia maya....
Mengikut sejarahnya, bank susu ibu ini bermula di awal abad ke 20 apabila proses pempasteuran susu telah diperkenalkan dan amalan ibu susuan sudah tidak menjadi amalan lagi.
Sekarang di seluruh dunia, terdapat beberapa buah bank susu ibu termasuk tujuh di Amerika Syarikat.
Saya tidak pasti pula dengan status di negara majoriti umat Islam.
Mahu tahu bagaimana proses penyimpanan susu ibu di banknya?
"kumpulan" (pool) susu ibu dari sekurang-kurangnya tiga penderma susu akan digabungkan
Kemudian ia dibahagikan kepada botol-botol kecil lebih kurang 3 auns dan dipasteurkan pada 62.5 darjah Celcius selama 30 minit.

Pemantauan kualiti dari segi kebersihan dan keselamatan pengguna dijalankan dengan mengambil sampel susu secara rambang untuk dibuat kultur. Sekiranya dalam masa 48 jam tiada bakteria yang tumbuh di kultur media, maka susu itu boleh digunakan.

Sekiranya ada preskripsi doktor, maka susu itu akan dihantar ke hospital yang berkenaan.

Saya menyedari, prosedur ini hampir menyamai prosedur di tabung darah.
JADI PERSOALANNYA, APAKAH KEDUDUKAN BANK SUSU IBU INI DI SISI ISLAM?
Menarik bukan?, dengan kemajuan teknologi terkini, ijtihad Islam juga sering diperlukan untuk memberi nilai kepada sesuatu perkara di dalam banyak bidang dan kewujudan bank susu ibu ini juga tidak harus dipandang sepi oleh para ulama'Saya terus mencari.....
Di dalam koleksi hukum-hukum Islam di dalam ruangan sudut hukum di IKIM, saya terjumpa serba-sedikit ulasan yang menarik.
Juga di satu ruangan cyber yang membincangkan perkara ini dengan lebih detail.Dr Yusuf Al-Qaradawi membenarkan kewujudan bank susu ini asalkan untuk mewujudkan maslahat syar 'iyah yang kuat dan untuk memenuhi keperluan yang wajib.

Beliau berhujjah bahawa kewujudan bank susu ini didukung oleh Islam untuk memberi pertolongan kepada yang lemah, lebih-lebih lagi bayi yang baru dilahirkan.
Dan bagi yang menyumbangkan susu ibu itu , wanita itu beroleh pahala dari Allah malah dibolehkan untuk menjual air susunya, mengambil senario di zaman Rasulullah kerana wanita di zaman Nabi menjadi ibu susuan sebagai mata pencarian.
Selain beliau kewujudan bank susu ini juga dihalalkan oleh Al-ustaz Asy-Syeikh Ahmad Ash-Shirbasi, ulama' besar Al-Azhar Mesir,bersandarkan hujjah kesaksian diperlukan untuk menyatakan hubungan mahram yang diakibatkan kerana penyusuan susu ibu.
Ulama' kontemperari terkenal Dr Wahbah Az-zuhaily di dalam buku fatwanya tidak membenarkan kewujudan bank susu ibu ini.


JADI BAGAIMANA PULA DENGAN HUBUNGAN MAHRAM DI ANTARA SAUDARA SUSUAN BAGI YANG MENGGUNAKAN SUSU DARI BANK INI?

Kita tidak dapat mengenali personaliti ibu sebenar kerana susu itu dikumpul dari ramai wanita, juga tiadanya hisapan terus dari puting ibu dan seterusnya tiadanya rasa kebergantungan, kemanjaan dan kemesraan di antara anak dan ibu.

Hadis sahih ini , diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim menjadi asas hujjah mereka :
Allahu'alam
Ummuzulfa









Bagi saya secara peribadi, Tuhan Manusia adalah sebuah buku falsafah, sekurang-kurangnya cuba untuk dihuraikan di dalam bentuk novel dan dalam bahasa yang agak mudah.












