60 hari sangat cepat berlalu.....
Sedar tak sedar, sudah sampai masanya untuk saya kembali bekerja...hhmmm..
Kelam kabut di awal pagi, memandu selama sejam ke tempat kerja, mesyuarat, mengadap komputer dan mengepam susu....
Itulah rutin saya saban hari bekerja.
Dan bagi saya, cabaran terbesar di tempat kerja ialah untuk mendapatkan kuantiti susu yang mencukupi untuk bekalan anak saya di rumah....:D
Mungkin tidak masuk akal bagi kebanyakan orang tapi itulah realiti kepada ibu-ibu bekerjaya yang ingin kembali kepada fitrah...menyusukan anak dan membekalkan apa yang terbaik untuk anak yang ditinggalkan.
Minda yang tenang sangat diperlukan semasa mengepam susu untuk memastikan 'output' yang baik .
Kesejahteraan alam boleh menjadi sumber ketenangan fikiran dan ia boleh dicari di dalam alam maya.
Untuk ibu-ibu menyusu dan mengepam.....
Nikmatilah ketenangan ini....
Allahu'alam
Ummuzulfa
24 Feb 2008
Tuesday, February 24, 2009
KEMBALI KEPADA RUTIN
Tuesday, February 17, 2009
PENGAJARAN DARI KEDAI PERABOT
Lumrah kehidupan berkeluarga......dulu berdua sahaja, kemudian bertambah ke tiga, empat , lima dan sekarang sudah sampai ke angka 5 anak dan 7 ahli keluarga.
Itu belum ditambah dengan nenek dan pembantu rumah..
Seiring dengan itu, bertambah juga bilangan pakaian di rumah kami.Ditambah lagi dengan anak-anak perempuan yang secara fitrahnya memerlukan lebih baju dari anak lelaki.Ditambah dengan baju tidur, tudung dan segala yang dalam.
Justeru tidak hairan lama kelamaan rumah kami hampir saja menyamai 'women's department' di pasaraya Globe Silk Store.
Setahun dua, mungkin tak kisah sangat mata memandang tetapi kalau bertahun-tahun memang tak boleh tahan.Ditambah lagi anak-anak daraku semakin membesar dan memerlukan 'privacy" yang lebih.
Saya tidak menunggu lama selepas habis pantang untuk mengajak suami saya ke kedai perabot untuk membeli almari yang sudah lama saya harapkan.Rasanya sebelum saya mengandung lagi tapi cuma menjadi kenyataan setahun selepas itu.
Mengambil kesempatan di atas sale yang diadakan di satu kedai perabut , kami pun berkunjung ke situ.Cuma Zulfa dan Wafa yang ikut kerana yang lain mahu ikut makcik mereka pergi berenang.
Puas kami bertanya dan cuba memujuk tokey kedai tu untuk menurunkan harga barangannya.
"Ala...tokey..kuranglah lagi"
"Aiya,ini sudah manyak kurang maa...kalau you pergi tempah ini macam punya barang, gerenti 1 ribu tak kurang tapi ini barang beli dari kilang, ada murah sikit.."
"Betul ke tokey?"
"Ini barang aa...kalau mahu dapat harga ini macam, kena beli 100 unit dari kilang , kalau tidak,tak dapat ini harga"
"Kita kongsi-kongsi beli lah...baru boleh jual, kalau tak , tak boleh dapat ooo.....kalau mahu beli 100, harga 400 ribu lebih , macam mana mahu jual?"
"Bang, tengok orang Cina berniaga, pakat-pakat diaorang beli dapat murah walaupun jual benda yang sama, diaorang tak kisah pun" Saya menyuarakan pendapat kepada suami.
"Orang Cina memang macam tu, bukan macam orang kita,selalu dengki je dengan orang lain."
Saya terfikir sendiri..
Memang menjadi kelebihan bangsa Cina pandai berniaga dan mereka juga berani menanggung risiko.
Tetapi mereka juga sepakat untuk memajukan perniagaan mereka walau terpaksa bersaing sesama sendiri.
Dengan strategi peniaga berpakat membeli dari pembekal dengan kuantiti yang banyak, dapat mengurangkan kos modal mereka dan menambah koleksi pilihan untuk para pelanggan mereka.
Mereka tidak kisah sangat di dalam hal ini walaupun mereka menjual barang yang sama.
Mereka boleh ketepikan perasaan dengki terhadap pesaing mereka demi untuk memajukan perniagaan melalui persaingan yang sihat.
Mungkin sebab itu juga mereka boleh menerima sekiranya ada kedai yang menjual barang yang sama dibuka berdekatan dengan kedai mereka.Kelebihannya ialah boleh menambah bilangan pelanggan yang akan datang ke kawasan perniagaan tersebut dan akan meninggikan kebarangkalian kedai mereka dikunjungi oleh pelanggan.
Saya terfikir lagi...
Boleh ke orang Melayu menerima strategi sebegini....sebahagian peniaga pasti boleh menerimanya tetapi ramai juga yang tidak dapat menerima kalau mahu berpakat dengan pesaing untuk mendapatkan bekalan.
Penjual nasi lemak pun kadang kala "naik angin" sekiranya ada orang lain yang menjual nasi lemak berhampiran dengan kedai mereka.
Bagi mereka, ini merampas hak mereka.
Dan bagi mereka yang mempunyai PHD yang tertinggi , sanggup untuk menggadai aqidah berjumpa bomoh untuk menjatuhkan orang lain.
Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk bersaing dengan sihat dengan menambahbaik rasa, rupa dan 'customer service' mereka untuk memastikan pelanggan setia dengan mereka.
Saya bukan seorang peniaga....
Saya cuma terfikir sendiri...
Allahu'alam
Ummuzulfa
Nota :PHD - perasaan hasad dengki
Wednesday, February 11, 2009
MESIN PENCURI MASA
"lebih kurang RM150 sejam, kenapa?" si ayah berasa pelik dengan pertanyaan si anak.
"Ini ada duit, boleh tak saya bayar gaji ayah selama satu jam dan ayah main dengan saya" si anak memberi penjelasan.
Itu adalah sedutan dari satu email yang saya terima lama dahulu. Antara lain menceritakan betapa si anak dahagakan kasih sayang dan perhatian dari ayahnya.
Saya merasakan keadaan ini boleh juga melibatkan si ibu memandangkan kebanyakan dari para ibu sekarang adalah wanita berkerjaya.
Masakan tidak, tanggungan yang semakin bertambah, tekanan di tempat kerja ditambah lagi dengan keadaan trafik yang selalu "jem" memang memenatkan ibu bapa yang bekerja.
Bagi si ibu pula, setiba di rumah, banyak kerja dan agenda lain yang perlu pula dibereskan.
Bermain dengan anak-anak mungkin adalah agenda yang terakhir, itupun sekiranya 'termasuk' di dalam aturcara.
Teringat saya satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang pendakwah....
Anaknya berubah perangai menjadi lasak dan nakal dan mula bercakap tentang soal kematian yang disangkanya sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
Seusia 5-6 tahun sudah mula bercakap tentang soal yang abstrak itu gara-gara kesibukan ibu bapa dengan tugas-tugas seharian.
Anak itu merasakan dirinya kurang diberi perhatian dan kematian adalah jalan terbaik baginya.
Dan dengan penuh tanggungjawab , mereka suami isteri menemui pakar psikiatri untuk mendapatkan bantuan.
Dan bila ditanya bilakah mereka memberi perhatian kepada anak-anak...seperti kebanyakan ibu bapa lain beliau menjawab bila anak-anaknya bergaduh.
Ya, kita selalunya memberi perhatian kepada mereka bila mereka bergaduh sedangkan yang sebetulnya kita sepatutnya memberi perhatian kepada semasa mereka tidak bergaduh, membuat kerja sekolah dengan aman dan semasa mereka bermain-main.
Pujilah mereka , berikan semangat dan tunjuk ajar dan tegurlah secara baik.
Barulah mereka akan terasa kasih sayang ibu bapa.
Namun bagi kebanyakan kita hari ini, ia bukan semudah yang dikata.
Bila sampai ke rumah....
Ada saja kerja yang ingin disegerakan.
Ada saja 'live telecast' bola sepak di Astro yang wajib ditontoni
Ada saja blog,website yang perlu dikemaskini secepat mungkin.
Ada saja 'presentation" yang perlu di "power point"kan.
Semuanya harus disegerakan.
Semuanya harus disiapkan.
Alatan berguna ini, jika tidak kena gayanya boleh menjadi "mesin pencuri masa' kepada ibu bapa.
'alah....janganlah kacau ayah, ayah ada kerja ni", belum sempat anak ingin bermanja, arahan sudah dikeluarkan.
'Mainlah kat sana, ibu tengah buat kerja ni", ibu pula menolaknya ketepi.
Jadi tidak hairanlah jika anak-anak akan menunjukkan "belangnya" semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa.
Bukan senang ingin memberi perhatian kepada anak-anak di celah-celah kesibukan kita sebagai ibu bapa.
Ditambah lagi sekiranya mempunyai anak yang ramai dengan umur yang berbeza.
"alah...umi ni asyik dengar cerita kakak aje, tak nak dengar cerita Nurul pun" anak pertama dan kedua saya berebut inginkan 2 telinga saya untuk mendengar cerita-cerita mereka di sekolah.
"umi.....engok ini mi...(tengok sini , umi)" Zulfa yang belum mencecah 2 tahun pula akan cuba mencuri perhatian saya sambil menolak-nolak laptop di depan saya.
"umi....nak dengar lagu baru yang Fairuz belajar kat sekolah" Fairuz pula menyelit.
Itu belum lagi Wafa yang akan berteriak tanpa bahasa untuk meminta susu.
Kadang-kadang menoleh ke kanan salah, ke kiri pun salah.Kalau tak kena gaya, boleh hampir gila dibuatnya.
Sememangnya menjadi ibu bapa di zaman milenium ini bukan senang, dan tidak adil untuk kita membandingkan cara ibu bapa kita membesarkan kita dengan zaman sekarang.
Walau sesibuk manapun kita, tanggungjawab memberi perhatian kepada anak-anak tidak dapat tidak perlu dilakukan.
Anak-anak menafsirkan kasih sayang dengan perhatian yang kita berikan kepada mereka.
(LOVE EQUAL TO ATTENTION)
Bersungguhlah mendengar cerita mereka, bermainlah dengan ikhlas, berguraulah dengan mesra dan hadirkanlah segenap diri kita di dalam kehidupan mereka.
Insya Allah kita akan menjadi insan istimewa di dalam hati anak-anak
Saya teringat kepada satu kata-kata "A GREAT MAN IS NOT A GREAT FATHER" yang saya kira boleh juga ditujukan kepada para ibu.
Sekiranya kita tidak pandai membahagikan masa untuk kerjaya dan kerja-kerja sampingan dengan masa bersama keluarga, kata-kata di atas boleh menjadi kenyataan.
Sekiranya kita bersederhana dan cuba menyeimbangkan di antara banyak perkara di dalam kehidupan ini, kata-kata itu boleh dinafikan kebenarannya.
Jadi kepada semua ibu dan bapa di luar sana...
Tidak kiralah anda seorang pengarah, ahli politik, ahli perniagaan atau apa saja, luangkanlah masa bersama anak-anak anda.
Sebelum mereka 'dicuri' oleh rakan-rakan sebaya mereka, playstation, Friendster, Facebook, MP3 segala.....jadikanlah diri kita orang terpenting di dalam hidup mereka.
Semoga Allah menjadikan mereka sebagai penyambung amalan kita di dunia bila kita tiada lagi di alam fana' ini, Insya Allah.
Allahu'alam
Ummuzulfa
11 Feb 2009
Monday, February 2, 2009
"SHE IS CLOSE TO YOUR HEART"
It was not easy, I would say .... the main concern is how to deal with many weird remarks from people around me.
Let's see how well I fare...
Then I started wrapping.
I never thought of wrapping before....who want to deal with a looooong fabric, 4-5 meters, but this video really gave me 'the inspiration'
Wrapping took a lot more courage and learning curve than ring sling.At first, every time I saw the fabric,my courage seemed to disappear.
I was worried on the technique, on my appearance with that bunch of fabric and of course on how the people around me looked at me.
But once I got the hang of it, my confidence level is up and the all the techniques and method seemed make more sense to me.
The wrapping is the most comfortable method of all babywearing choices.
I don't have any pains and aches and my baby can sleep for hours in it.
Being a regug baby, my baby prefers to sleep upright and wearing her can settle her at the most difficult times.
Babywearing gives me a new meaning of motherhood.
Being close to your baby most of the time is very rewarding.
Beside that, you have both hands free to do a lot of other things, at least comfy enough for browsing the net.
Well at least, I did not get any aching arms holding her while waiting for my turn..( more than one hour of waiting).
Then, one senior woman asked me on the age of my baby and gave a remark...
"SHE IS VERY CLOSE TO YOUR HEART"....I just smiled.
That moment was very memorable and was like a wake-up call for me. It defines babywearing just right.
That wise aunty just gave me more reasons to continue babywearing.
Hopefully, the way I treat my children now will be regards as compassion and later Allah will have compassion on me in The Judgement Day
Hopefully my children will not forget to make dua for me as mention in His Holy Quran..