sumber
Setiap bulan saya pasti tertunggu-tunggu kedatangan majalah langganan saya - Milenia Muslim dan Forward.
Satu-satunya majalah yang saya langgan saban bulan.
Isunya yang kontemporari dengan ulasan yang ilmiah memang menarik minat saya.
Dan dari situlah juga saya mengetahui sedikit sebanyak berkaitan nasib umat Islam seluruh dunia terutamanya di Selatan Filipina.
Kurais Abdullah Karim menjadi "penghubung" saya dengan Bangsamora di selatan Filipina.
Kolum Not quite far from Moroland tulisan beliau menjadi salah satu kolum kegemaran saya.
Masakan tidak....tulisan beliau sangat menyentuh hati.
Ini adalah kerana beliau berasal dari sana....MINDANAO walaupun sekarang beliau telah menetap di Malaysia.
sumber
Tulisan dari pengalaman dan 'grass root' bangsamoro ini semestinya memberi pencerahan kepada umat Islam di Malaysia khasnya.
Ini kerana amat jarang kita mendengar kisah-kisah perjuangan kemerdekaan di Selatan Filipina ini diperkatakan dengan adil di media massa negara kita.
Ya...umat Islam serantau sangat sedikit yang mengetahuinya.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Selatan Filipina ini dahulunya adalah sebahagian dari pemerintahan Kesultanan Sulu tetapi telah dibahagi-bahagikan oleh penjajah yang datang menjajah Asia Tenggara ratusan tahun yang lalu.
Perjuangan mereka berlarutan semenjak zaman-berzaman kira-kira 480 tahun sehinggalah sekarang.
Dan pergolakan dan peperangan masih meletus di antara mereka dengan tentera Filipina selepas perjanjian damai dan kuasa autonomi mereka telah dibatalkan oleh Mahkamah Filipina.
Dan ada lebih setengah juta pelarian saudara seagama kita di sana yang tinggal di dalam keadaan yang sangat daif di khemah-khemah pelarian.
sumber
Di dalam keluaran MM November 2008, Kurais Abdullah telah membuat "panggilan" kepada semua NGO Melayu-Muslim untuk sama-sama pergi meninjau dan seterusnya menghulurkan bantuan kepada pelarian Mindanao yang daif di Selatan Filipina.
Dan setakat ini, alhamdulillah, ada beberapa NGO telah membuat tinjauan dan seterusnya membuat perancangan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka di sana.
Pertengahan Oktober yang lalu, semasa saya menghantar adik saya ke KLIA untuk pulang meneruskan pengajiannya di Timur Tengah setelah bercuti raya, saya terserempak dengan Cikgu Azmi, seorang aktivis masyarakat yang sangat prihatin yang akan bertolak ke Manila sebelum ke Selatan Filipina untuk membuat tinjauan di situ.
koleksi peribadi
Cikgu Azmi yang juga merupakan Presiden TERAS dan juga pengasas kepada CIMMA (Centre for International Muslim Minority affairs) sangat aktif memperjuangkan hak-hak orang Melayu-Islam di Malaysia dan masyarakat Islam seluruh dunia.
Juga bersempena dengan kedatangan Zulhijjah yang mulia tidak lama lagi, sudah ada beberapa NGO yang menawarkan peluang untuk beribadah qurban di Mindanao atau menawarkan tenaga sukarela untuk membantu saudara seagama kita di sana.
Justeru, sudi-sudilah melawat ke web ACT Malaysia, TERAS, CIMMA, Yayasan Amal Malaysia ( yang baru sahaja pulang dari membuat tinjauan ke sana awal November yang lalu) untuk kita semua menyumbang apa yang perlu.
Marilah kita sama-sama menunjukkan semangat kepedulian yang tinggi kepada saudara kita yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Marilah kita menyahut panggilan......
Allahu'alam
Ummuzulfa
13 Nov 2008
Nota : Penyebaran artikel ini sangat dialu-alukan tetapi hendaklah disertakan dengan sumbernya sekali untuk mengelakkan sebarang kekeliruan/salah faham.
Gambar-gambar koleksi peribadi pula adalah hak milik penulis dan sebarang penggunaannya
perlulah mendapat kebenaran penulis.
Wednesday, November 12, 2008
PENDERITAAN BANGSAMORO......MARILAH MENYAHUT PANGGILAN
Labels:
islam,
MASYARAKAT,
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment