Friday, March 12, 2010

INGIN JADI TUHAN?

The name "Muhammad" in traditional T...Image via Wikipedia
Saya jarang copy dan paste artikel orang lain untuk blog saya namun saya rasa artikel dari ustaz Zaharuddin ini amat bermakna.

Telah banyak berlaku kekeliruan di dalam mentafsirkan banyak perkara di dalam agama kita ini.

Sesetengah pihak berkeras dengan pendapatnya apatah lagi ia disokong oleh hadis yang sahih.
Sesetengah pihak pula bermati-matian mempertahankan pendapatnya yang telah lama dipelajarinya turun-temurun.

Dan tidak sedikit perpecahan dan perselisihan pendapat yang berlaku....siapakah yang rugi?



Salah satu sebab utama saya mengikuti pengajian syariah (untuk orang awam) di UM beberapa tahun dahulu kerana saya bertekad untuk mencari metodologi terbaik untuk mencari jawaban terbaik bila sesuatu kekeliruan timbul.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya mendapat pencerahan.

Saya juga belajar untuk  tidak cepat melatah dan  melabel orang dengan pelbagai gelaran yang terkadang 'tak gamak' nak sebut.(tidak sedikit mereka yang suka label-melabel dan caci-mencaci  juga membesar diri dengan sedikit ilmu yang mereka ada).

Image of the Ka'aba in Makkah. From comments b...Sedikit sebanyak juga saya mulai faham kenapa imam mazhab yang empat keluar dengan pelbagai interpretasi ke atas sesuatu hukum, juga dengan pendapat-pendapat salaf yang sering kita dengar kebelakangan ini.

Semoga Allah sentiasa meletakkan kita semua di atas jalan kebenaran.


Ulama Jadi 'Tuhan' & Kenapa Berbeza Pendapat?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
one-ummah.jpg
 

Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam stau-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut nafsu dan kehendak mereka sendiri, puak ini bukan sahaja menuduh dengan tuduhan sedemikian, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan mengatakan ulama ini telah mencabuli hak Allah yang  boleh menetapkan hukum.

 
Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku. Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai 'ingin jadi tuhan' kerana mengharamkan sesuatu, khususnya apabila bertentangan dengan kesukaan mereka.
 
Memang benar, dalam Islam, seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan RasulNya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuan Islam sama sekali TIDAK boleh mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan nafsu dan selera mereka, malah mereka hanya menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-lain.


 
Selain itu, sebahagian kumpulan manusia yang lain pula keliru dan lebih suka mencela para ilmuan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca imuan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

 
Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia sudah pun bermula ketika hayat baginda nabi Muhammad s.a.w lagi. Terlalu banyak sebab dan punca kepada perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya. Ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai mengendalikannya. Di ruangan terhad ini saya ingin memberikan beberapa contoh sebab perbezaan itu berlaku, sejak zaman hayat Rasulullah s.a.w lagi, antaranya :-
 
SEBAB PERTAMA :  ARAHAN NABI YANG BERBEZA UNTUK INDIVIDU TERTENTU
Sebagai contoh dalam isu fiqh ibadah, Imam Muslim meriwayatkan terdapat sahabat yang cacat pengelihatan mengatakan "Aku tidak punyai pemandu untuk ke masjid bagi solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk menunaikannya di rumah sahaja" lalu baginda Nabi memberikannya izin.
 
Namun, apabila baginda mengetahui sahabat tersebut menetap berhampiran masjid sehingga boleh mendengar laungan azan, baginda menarik semula keizinannya.( Sohih Muslim, no 1486 )
Walaupun begitu, pernah diriwayatkan Nabi pernah memberi keizinan kepada seorang sahabat yang lain bernama 'Itban bin Malik, tanpa ditarik semula keizinan. ( Sohih Muslim, no 1496).


 
Kedua-dua arahan mempunyai latarbelakang kisah yang tersendiri. Maka para ulama mempunyai pendirian berbeza dalam menangapi kedua peristiwa ini sehingag memberi kesan kepada ijtihad dan cara mereka meletakkan hukum. Lalu perbezaan pendapat tersebar.
 
Begitu juga halnya Nabi pernah memberikan izin kepada Abu Bakar as-Siddiq untuk mendermakan keseluruhan hartanya, sedang nabi tidak mengizinkan seorang sahabat lain untuk melakukan hal yang sama. (Riwayat Abu Daud, no 1678 dan no 3319) Kedua-dua kes contoh ini bukan merupakan kes terpencil malah ia berlaku dalam kekerapan yang banyak.
Ia jelas menunjukkan Nabi memberikan arahan dan keputusan berbeza kepada orang yang berbeza. Kebiasaannya ia mempunyai hubung kait dengan latar belakang individu yang bertanya. Atas sebab ini, muncul ulama yang memberikan fatwa berbeza, disebabkan perbezaaan dalam mengambil dalil dan memahami konteksnya.
 
Jika ingin difahami, sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi membenarkan Abu Bakar as-Siddiq r.a menyedeqahkan keseluruhan hartanya kerana baginda mempunyai keyakinan terhadap keimanan Abu Bakar r.a, di samping yakin Abu Bakar mampu untuk terus istiqamah dengan Islam, tanpa memeinta-minta bantuan dari baginda Rasul, walau dalam keadaan seluruh harta telah disedeqah. Namun keyakinan yang sama tiada bagi individu yang kedua, menyebabkan nabi melarangnya. (The Differences of Imam, Syeikh Zakariyya An-Kandahlawi, White Thread Press, London, 2004, p. 22)
 
Sama keadaannya dalam kes sahabat bernama Hamza Ibn 'Amr Al-Aslami, beliau sudah terkenal dengan amalan berpuasa banyak. Tatkala beliau ingin bermusafir, beliau bertanya kepada Nabi, baginda menjawab:
Ertinya : "Kamu bebas sama ada untuk berpuasa atau berbuka" ( Al-Bukhari, no 1943)
 
Sedangkan dalam hadis lain, Nabi pernah menyebut :
Ertinya : " Tiada sebarang kebaikan untuk mengekalkan puasa tatkala dalam perjalan jauh" ( Muslim, no 2612 )
Kita dapat melihat, perbezaan fatwa dan ijtihad pasti wujud disebabkan dua arahan Nabi yang berbeza dalam dua situasi yang juga berbeza. Tentunya, kumpulan sahabat yang mengetahui dan mendengar jawapan Nabi kepada Hamza berbeza dengan kumpulan yang mendengar baginda di ketika melarang. Hasilnya, masing-masing akan membawa dan menyebarkan apa yang didengarinya kepada orang lain dan berterusan. Akhirnya, akan dapat dilihat dua hukum dalam satu isu.
 
Atas dasar itu, terzahir peranan, keperluan kepada kebijaksanaan dan kajian mendalam oleh para ulama dan ahli fiqh, iaitu bagi menentukan hukum yang lebih tepat bagi situasi yang berada di hadapannya, diwaktunya dan negaranya. Mereka akan menentukan sumber rujukan hadis dan latar di sebalik hadis terbabit, bagi mengeluarkan jawapan hukum yang paling sesuai bagi keadaannya.
 
SEBAB KEDUA : ARAHAN KHUSUS DILIHAT SEBAGAI ARAHAN UMUM
Terdapat juga ketikanya, Nabi s.a.w memberikan arahan khusus bagi individu tertentu, namun ia didengari oleh sahabat yang lain lalu menganggapnya sebagai arahan umum buat semu lalu menyebarkannya. sebagai contoh : -
Ibn Umar meriwayatkan bahawa nabi bersabda :
Ertinya : Mereka yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup ( Al-Bukhari, no 1287 )
Isteri baginda Nabi s.a.w, 'Aisyah r.a menolak kandungan hadis ini dengan berpendapat ia adalah kes khusus untuk seorang wanita Yahudi sahaja. ( Al-Bukhari, no 1289 ) Aisyah juga membawakan ayat Al-Quran yang jelas menolak beban dosa si hidup ditanggung oleh si mati. Ini adalah satu kes yang jelas bagaimana arahan Nabi boleh dianggap oleh sekelompok ulama sebagai khusus, manakala yang lain mengambilnya sebagai umum untuk semua.
 
Selain itu juga berlaku kes, seorang sahabat nabi yang miskin bernama Sulayk al-Ghartafani, memasuki masjid di ketika khutbah sedang berjalan, Nabi s.a.w mengarahkannya untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakaat terlebih dahulu. (Sohih Muslim, no 2023)
Terdapat ulama yang memahami arahan Nabi itu sebenarnya adalah khusus untuk sahabat miskin ini sahaja, ia adalah kerana Nabi inginkan para sahabat yang lain dapat melihat tahap kemiskinan sahabat tersebut (sewaktu beliau solat), seterusnya tergerak untuk membantunya kelak. Atas keyakinan ini, mazhab Hanafi melarang sesiapa solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah. Fatwa tersebut berbeza dengan beberapa mazhab lain yang menggangap kebenaran tersebut adalah untuk semua umat Islam dan umum bukan khas untuk seorang sahaja.
 
Para sahabat Nabi yang berada di masjid ketika itu juga mempunyai perspektif berbeza terhadap arahan Nabi itu, lalu ada yang meriwayatkannya tanpa dikhusukan kepada apa-apa kes tertentu manakala ada yang memahami sebaliknya. Hasilnya, perbezaan pendapat dan ijtihad berlaku, sama ada di kalangan sahabat sendiri dan tentunya di zaman selepas itu.
 
Ibn Qutaybah di dalam kitabnya Ta'wil Mukhtalaf al-Hadis pernah membawakan kata-kata sahabat Imran al-Husayn ertinya :-
"Demi Allah, aku sedar aku boleh meriwayatkan cukup banyak hadis jika aku ingin, namun amalan yang dilakukan oleh kebanyakan sahabat menghalangku dari melakukannya...sepengetahuanku terdapat kekurangan (kurang tepat) dalam sebahagian penyampaian mereka."
 
Atas dasar ini, Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya, melarang para sahabat meriwayatkan hadis dalam kadar yang terlalu banyak kerana dibimbangi ketidakfahaman mereka serta latar belakang mereka selaku para sahabat yang agak jauh dari Nabi serta kurang pakar dalam bab hukum, lalu boleh menyebabkan kefahaman mereka tersasar dari konteks sebenar lalu menambah kusut dan keliru. Atas sebab itu, kita dapat melihat hanya beberapa orang sahabat sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah, Aisyah sendiri dan beberapa yang lain. Itu pun sekadar sukar untuk melebihi 5,000 hadis. (Tazkiratul Huffadz, Imam Shamsuddin Az-Zahabi,  1/7)
 
KETIGA : PERBEZAAN KEFAHAMAN DAN PERSEPI
Agak kerap juga berlaku, sesuatu ibadah nabi dilihat oleh ramai sahabat di waktu-waktu yang berlainan. Keadaan ini menghasilkan kefahaman yang berbeza-beza terhadap apa yang perlu dilakukan.
Sebagai contoh,  di ketika nabi s.a.w menunaikan Haji, sebahagian sahabat mengatakan nabi melaksanakan Haji Ifrad kerana beliau mendengar nabi menyebut "Labbayka bi hajjatin" ertinya (Aku mempersembahkan diriku untukMu, Wahai Allah untuk melaksanakan haji" (Sunan an-Nasaiae dan Al-Bayhaqi, no 8830)
 
Ramai ahli hadis mengatakan jalur periwayatan hadis ini adalah sohih, namun begitu sebahagian sahabat lain pula meriwayatkan bahawa nabi melaksanakan Haji Qiran (Rujuk Sohih al-Bukhari, no 1563 ; Muslim no 2995)
Kedua-dua periwayatan ini kelihatan bertembung kerana kedua-dua jenis Haji adalah berlainan antara satu sama lain. Masalah membesar apabila haji Qiran juga boleh dimulakan dengan lafaz yang sama. Di ketika itulah wujudnya peranan ulama Mujtahid sama ada dari kalangan sahabat Nabi atau selepasnya. 

Mereka bertanggungjawab untuk mengharmonikan nas-nas yang kelihatan bertembung ini dan menjelaskan kekeliruan.
Sa'id Ibn Jubayr seorang ulama besar di kalangan tabien, pernah menegaskan kekeliruan seperti ini kerap berlaku sebagai contoh, ketika nabi berada di Miqat di dhul khulayfa untuk memulakan ihram, baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di dalam masjid dan memulakan ihramnya. Maka sebahagian sahabat yang dapat melihat perlakuan nabi itu, kemudiannya ketika Nabi menaiki untanya, dan sewaktu unta ingin bergerak Nabi menyebut "labbayk" , di ketika itu sudah pasti ramai yang berada di sekeliling Nabi dan mendengar baginda melafazkan kalimah itu.


 
Di sebabkan ramainya sahabat di sekeliling baginda, maka tidak semua dapat mendengar dengan jelas, kemudian, di ketika nabi berada di punca Bayda, sekali lagi baginda melafazkan Labbayk secara kuat. Semua sahabat yang mendengar pada setiap kali nabi mengucapkannya akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan yang lain, kerana ada yang mendengar buat pertama kali dan ada yang mendengar buat kali ketiga dan kedua. Keadaan itu adakalanya boleh menyebabkan perbezaan dalam meyimpulkan hukum dan sunnah.
 
Abdullah ibn Abbas adalah antara yang mendapat gambaran paling jelas tentang tatacara nabi menunaikan haji, beliau dikira sebagai salah seorang ulama mujthad di kalangan sahabat yang perlu diriujuk bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang tepat.
 
Selepas zaman sahabat, para ulama mujtahid sentiasa mempunyai maklumat yang lebih jelas, namun begitu, ia tidak dapat mengelak dari perbezaan persepsi yang akhirnya membawa kepada kesimpulan hukum yang berbeza.
 
KEEMPAT : SATU PERKATAAN YANG MEMPUNYAI PELBAGAI MAKSUD
Sudah menjadi kebiasaan dalam apa jua bahasa, satu perkataan boleh sahaja mempunyai dua tiga atau lebih maksud. Sama ada perbezaan itu berdasarkan bahasa rasmi dan persuratan ataupun terpenegaruh oleh dialek setempat.
 
Dalam hal ini, perkataan wudhu adalah jelas merupakan perbuatan ibadah khusus untuk menunaikan solat dan memegang Al-Quran. Namun begitu, dari sudut bahasanya, wudhu juga membawa maksud membersih dan membasuh tangan dan boleh membawa maskud wudhu pada istilah ibadah.
Imam At-Tirmidzi menyebut dalam kitab beliau Shamail, Seorang sahabat bernama Salman satu hari bertanya kepada Nabi, katanya menurut kitab Taurat, wudhu selepas makan boleh membawa berkat, lalu beliau meminta ulasan dari baginda Nabi. Nabi kemudiannya menjawab :
"Wudhu sebelum dan juga selepas makan adalah sumber keberkatan dalam makanan tersebut" (Shamail, no 186 )
 
Di dalam hadis yang disebutkan oleh Salman ini, majoriti ulama berpendapat lafaz 'wudhu' yang digunakan merujuk kepada erti asalnya iaitu basuhan tangan dan bukan wudhu pada istilah Fiqh (iaitu basuhan beserta niat bermula dari wajah dan seterusnya). 
 
Demikian juga sebuah dalam situasi yang direkodkan oleh Bazzar, bahawa sahabat nabi Muadz r.a ditanya : Adakah kamu mengambil wudhu selepas menikmati makanan yang dibakar oleh api?? : Beliau menjawab : "Kami hanya membasuh tangan dan mulut sahaja" namun ia dilafazkan sebagai wudhu.
Keadaan ini menyebabkan para ulama mazhab boleh berbeza ijtihad dalam menentukan sama ada perlu berwudhu dalam bentuk ibadah khusus setiap kali selepas menikmati makanan yang dibakar di atas api atau hanya perlu membasuh mulut dan tangan?. Majoriti berpegang kepada erti wudhu secara bahasa iaitu basuhan sahaja, namun terdapat ulama yang berpandangan selainnya.
 
Bersandarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas dan banyak lagi sebab yang lain, hukum di dalam pelbagai bab dan bidang hukum juga turut terkesan. Lalu muncul pandangan dan ijtihad yang berbeza dari seorang alim kepada yang lain.

 
Orang ramai tidak perlu merasa pelik dan susah hati dengannya. Apa yang perlu, serahkan urusan kepada mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang mereka. Jika orang awam sudah mula berfatwa bersandarkan satu dua hadis atau ayat, dan kemduian merasa diri lebih benar dari kefahaman mendalam dan kajian khusus oleh para ilmuan, itulah tanda kehancuran akan mendatang.
 
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
9 Mac 2010

 

HANYA ILMU SAHAJA YANG DAPAT MEMBANTU KITA MEMAHAMI SESUATU PERKARA.


ALLAHU'ALAM

Ummuzulfa
12 Mac 2010

Tuesday, March 2, 2010

TREVELOG HAJI -MENGUBAH SEMPADAN IMAN - panggilan kaabah

Tiba-tiba saya rasa nak menulis lagi tentang buku yang selesai saya baca.

Entah kenapa , mungkin kerana tempias Pesta Buku sudah terasa ke dada (juga poket).



Sudah lama saya membeli buku ini, namun hanya sempat membacanya minggu lepas.Mungkin saya adalah di antara mereka yang ketinggalan keretapi , lewat membaca buku best seller ini.

Bagi saya, perjalanan rohani Prof Kamil ini boleh menjadi inspirasi semua orang yang tahu akan erti kehidupan.

Jahil vs ilmu
Biasa-biasa vs terbaik
status quo vs berubah.

Pilihan berada di tangan kita.
Dan Prof Kamil telah memilih untuk menjadi yang terbaik, di dalam hidup, karier dan perjalanan haji beliau.

Persembahan santai dengan cara bercerita membantu saya menghabiskan buku ini dalam masa sehari.
Sehelai demi sehelai diselak dan diteliti.
Diantara itu, saya terfikir sendirian.
Berdoa dan berharap agar saya dipertemukan oleh Allah dengan kenikmatan menunaikan ibadah yang mungkin masih tidak meresap sepenuhnya ke dalam hati saya.

Perjalanan hidupnya ditulis dengan payah ( dan saya sangat sangat memahaminya - pasti ada yang bercakap untuk meninggi diri dan riak).
Namun saya berpegang dengan prinsip - pasti ada  nilai yang  baik yang boleh diambil dari mana-mana bahan bacaan, hatta bacaan tulisan orang bukan Islam juga.Nilai yang baik pasti ada yang ditiru orang, Insya allah.



Saya kagumi dengan semangat beliau yang sentiasa ingin yang terbaik di dalam hidupnya, termasuk di dalam menunaikan haji.
Solat di saf depan, memerhati cara terbaik untuk menghargai Hajarul Aswad, dan menjadikan masjid mulia sebagai hotel kedua di Makkah dan Madinah.

Wukuf di Arafah yang dimanafaatkan sebaik mungkin.
Juga pertolongan-pertolongan yang diberikan kepada jamaah lain.

Antara yang saya sukar untuk dilupa , tulisan beliau (lebih kurang maksudnya : "mesti ada yang kata, golongan melampau mana pulak ni).
Yang saya pasti ada yang kurang senang dengan cara 'taasub' beliau di Makkah dan Madinah - terus menunaikan solat di Masjidul Haram sejurus sampai ke Makkah (tanpa berehat), menghabiskan 2 jam di Arafah untuk menghabiskan satu buku doa di tanah lapang, solat 42 waktu di Masjid Nabi di Madinah.


(saya tidak mahu komen lebih-lebih bab ini)

Apapun bagi saya , Prof Kamil telah mampu menjadikan ibadah haji sebagai metod menjana modal insan cemerlang di dalam dirinya.

Dan setiap seoarng dari kita juga pasti boleh menjadi lebih cemerlang  selepas menunaikan haji...segalanya terletak di tangan kita , dibantu oleh sifat Penyayang Allah Rabbul Jalil.


"Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau jadikanlah ibadahMu dekat di hatiku dan menjadikan usaha kami untuk pergi kepadaMU diberkati dan diringankan urusannya Ya Allah"



Allahu'alam


Ummuzulfa

2 Mac 2010


Monday, March 1, 2010

THREE CUPS OF TEA - ordinary but extraordinary

A man.

A mountaineer.

An emergency nurse.

An American.

A country called Pakistan.

It was kind of weird , wasn't it.?

To find an American nurse(not a military) , a man in Pakistan. It has nothing to do with  weapons, guns or terror.

Greg Mortenson aka the man, the emergency nurse, the American, have spent about a quarter (if not half) of his life in Pakistan and Afghanistan . He went there since 1993 and now more than a decade has passed, he still found a lot of things to do there.

Who was this guy by the way, and why on earth he liked Pakistan so much.

His love for education brought him, repeatedly to Pakistan and Afghanistan.He built schools, many of them and particularly for girls and women.
Don't you think it's amazing?

He was an ordinary man, love to climb mountain and failed his mission to climb the most challenging mountain in Pakistan but that failure brought him to many successes after that.Not saying he managed to climb more mountains since then but his victory was more precious than that - He got to build many schools for local people.

He had to 'beg" to secure enough fund, he had to sell almost everything to buy the flight tickets, he had to sleep by the streets to ensure the ends met and he lost his girlfriend ...All in the expense to fulfill his promises to Haji Ali at the Korphe village ,  a very remote area in Pakistan (not sure if google earth can locate it).

One school lead to another...He gained more trust , he felt more confident, and the good news spread fast.

He managed to convince the stakeholders in America, yet refused fund from the military.
He was warmly welcomed by the local people but still some of them targeted him as a prey.
He was once detained by Taliban and American soldiers when Sept 11 tragedy made a change in the political landscape globally.
He faced all challenges one can imagine.

Yet he made friends with Shiite and Sunni Muslim alike.And his mission continues until now.

As Muslims, honestly I tried to reserve my 'suspicion" to all the good things American have to say about themselves.Somehow I know he meant good.I did not see any preaching of Christianity along the way and I dont think Pakistanis will easily follow Christian just because one of them made school for their girls.

But....deep in my hearts..how I wish more Muslims will be like him..
Helping others to grasp for education, regardless of the geographical boundaries and political or tribal belief.

Where were  all the mega-rich oil tycoon nearby?
Where were all the Muslim preachers across the globe?

I'm sure money will not be a major problems once you know who to get.
And I'm also sure knowledge is not a problem at all as we have a lot of  scholars in many fields right now.

I really got inspired by his effort.Having to endure long, tireless and challenging journeys just for the sake of empower people particularly girls and women.

And I hope his effort being followed by all of us..Muslims all over the world.

"One Man's Mission to Promote Peace...One School at a Time.."

 Allahu'alam


Ummuzulfa
1 March 2010

Friday, February 19, 2010

SINCE NOVEMBER 2009



My reading pace were quite fluctuating.
Sometime I can read few chapters in a go, other days only managed to complete few pages and in the bad days, none at all.

When I was younger, I can read one book in one setting....I remembered completing Perfect by Judith McNaught in one night ( and I missed the class the next day, so it was not a good example actually).

And I spent one morning after subuh prayer until zuhur reading Ayat-ayat Cinta by Kang Abik few years ago.

I doubt I can get that feeling (and time) to re-do that kind of thing.

Okay...

I would say the end of 2009 particularly for Nov and December was my breastfeeding-reading month.

I completed 3 books on breastfeeding (excluding the curriculum from LLI and other small hand-outs on breastfeeding).

Cover of "Breastfeeding with Confidence: ...I started with breastfeeding with Confidence by Sue Cox, one of the big name in breastfeeding (I heard she will be coming to Malaysia this year for a conference)  then proceeded to Breastfeeding Naturally before I indulged into a book by Dr Sears , A Breastfeeding book .

 Honestly, most of the book have sort of  similar contents but of course  with different approach.
 Reading is a great way to increase my knowledge on breastfeeding and I don't feel it as a waste of my money spending on those kind of  books.

After 2-3 months spending time  on breastfeeding books, I guess it's about time I moved on to other genre.

I checked my "waiting list"....

So I just realized I have not read
Travelog Haji,
Ke mana duit anda,
Three cups of tea.
and few academic books on yes, breastfeeding still.

Cover of "Three Cups Of Tea - One Man's M...I decided to skip the first two in my list and grabbed the third one, Three cups of tea.

Wow..such an inspirational book...( I plan to make a dedicated book review on it, just pray for me yea).

After taking a few days off from a book (but not stop reading ), I started on my next book, Travelog Haji.

Not sure how many days I have to spend on this book , but I guess lesser than the previous one.(I hope Wafa can sleep early so I can read more).

I wish I have more time to read.
I wish I have a courage to start writing too.

Because via reading, you know you have to write something  to make it
more valuable.

Just remember one thing.
Reading is an endless journey ....

So let's read...

Allahu'alam


Ummuzulfa
19 Feb 2010



Reblog this post [with Zemanta]

Monday, February 15, 2010

PERJUMPAAN KELAB SUSU IBU SEREMBAN, FEB 2010

Sekali lagi Kelab susu ibu Seremban akan mengadakan perjumpaan ibu ke ibu untuk bulan Feb 2010.

    TARIKH : 21 Feb 2010, ahad

MASA : 9pg -11pg

TEMPAT : TAMAN BANDAR SENAWANG (bersebelahan klinik Rashumi)

PENDAFTARAN : PERCUMA(potluck dialu-alukan)

TAJUK : Penerusan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja.

HUBUNGI : Dr Faridah Idris 019-6548073
myzulfa@gmail.com
bfisfitrah@gmail.com

Perjumpaan ini lebih kepada perkongsian pengalaman dan mendapat maklumat berkaitan mencukupkan stok, memerah susu, penyimpanan dan memberi susu perahan kepada bayi.
Ibu-ibu yang mempunyai kemusykilan lain  juga dialu-dialukan.

Ia akan dilakukan secara santai dan relaks.
Boleh membawa anak.

Harap dapat disebarkan kepada kawan-kawan.

MENYUSU ITU FITRAH
MENYUSU ITU SUNNAH

Friday, February 12, 2010

ILMU YANG SEMAKIN KELABU....

"nak tahu cara mudah mendapatkan wang?

"pendapatan setahun boleh didapati dalam masa sebulan"

"Masuk sekali, dapat duit banyak kali"

" cuma RM50, terpaksa dapat bonus berkali-kali ganda"

Duit bukan segala-galanya ....setuju.
Namun segala-galanya memerlukan duit.....lagi setuju.




Semua orang mahu jadi kaya.
Dapat pergi Mekah cepat dan berkali-kali.
Dapat hantar anak belajar ke luar negeri.
Dapat melancong ke luar negara yang banyak salji.

Tidak salah.
Tidak berdosa.

Cuma bagaimana caranya?

Kebelakangan ini saya sering dihujani dengan pelbagai tawaran untuk menambahkan pendapatan.
SMS, email , blog, facebook.....dunia tanpa sempadan.
Email yang memberitahu saya menang loteri pun ada banyak.

Saya hampir lemas dalam tawaran.

Pendapatan setahun dapat dalam masa sebulan?

Saya amat skeptikal, terutama bila dijanjikan akan mendapat pulangan yang kadang-kadang tidak masuk akal dan tidak perlu buat apa-apa.
Mungkin saya yang jahil, atau 'resist to change' atau tenggelam di dalam 'comfort zone' saya.

Setahu saya, orang-orang kaya ni, bila ditanya, ditemuramah ,dikaji pasti kita akan menemui cerita bagaimana mereka  terpaksa bersusah payah, berkerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh sebelum menjadi seperti sekarang.Satu proses yang memakan masa dan penuh penat lelah.

Saya memang mahu jadi kaya.
Boleh pergi menunaikan haji.
Boleh membiayai pelajaran anak kelak tanpa perlu berhutang dengan PTPTN.
Boleh buat banyak kerja amal.

Saya amat jahil di dalam ilmu ekonomi , terutama mualamalah Islam.
Saya juga yakin ramai yang begitu, hatta golongan yang bergelar ustaz.
Analoginya sama sahaja....kalau saya yang pakar di dalam satu bidang perubatan , tidak semestinya saya tahu dengan mendalam di dalam bidang kepakaran yang lain.
Golongan agama juga melalui fenomena yang sama kerana keluasan ilmu yang ada di dunia.


Kalau tidak takkan ramai orang Melayu kita yang masih terpedaya dengan skim cepat kaya.
Skim cepat kaya yang sering diwar-warkan dengan versi-versi yang sering menyebabkan ramai yang terliur untuk mencuba.


" eh ...mana ada...kita guna konsep takaful untuk menolong orang bayar hutang"
"kita dapat lesen ..."
"ustaz pun ramai yang join dalam program ini"

Ilmu muamalah saya hanya beberapa minggu sahaja semasa saya mengambil Sijil Pengajian Syariah di UM beberapa tahun dulu.

Seingat saya sesuatu perniagaan itu  mesti jelas produknya, penjual dan pembeli juga akad atau kontrak perjanjiannya.

Setiap satu itu ada pula syarat-syaratnya untuk memastikan tiadanya unsur riba' atau ketidakadilan.
Sesuai dengan prinsip Islam yang mementingkan keadilan.

Saya sering mengingatkan diri sendiri agar sentiasa berhati-hati di dalam memilih produk atau prospek pelaburan untuk menambahkan pendapatan.

Siapakah yang empunya syarikat?
Apakah matlamat syarikat?
Siapakah panel syariahnya?
Apakah produk atau pelan pemasaran yang diamalkannya?
Cukupkah dengan akad untuk memastikan bahawa tiada unsur riba' dan penindasan di dalam urusan perniagaan atau pelaburannya?
Bagaimana dengan zakat perniagaannya?
Bagaimana dengan kegiatan amalnya?





Bukan saja saya khuatir dengan duit yang boleh lesap kerana ditipu, namun lebih penting saya takut terlibat di dalam unsur-unsur GHARAR dan RIBA'

Naudzubillahi min zalik.
 Apapun yang penting , kita mesti tambahkan ilmu untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Boleh sahaja orang kata saya cerewet dan terlalu negatif namun saya  tidak mahu  kaya cepat di dunia tetapi  muflis di akhirat.

Nampak gayanya lambat lagi lah saya nak kaya... :D


Allahu'alam


Ummuzulfa
12 Feb 2010

Monday, January 25, 2010

KAMI DIPERKASAKAN (we were empowered)



" Saya terpaksa bawa anak untuk menyusukannya semasa mengambil peperiksaan"

" kawan-kawan lelaki satu pejabat..buat 'dek' je bila saya nak pam, diaorang bukannya kisah pun"

" anak saya tak mahu menyusu dari saya, jadi saya terpaksa mengepam setiap hari sekurang-kurangnya 8 kali untuk bagi dia cukup minum susu saya"

" Emak dan emak mertua saya tak habis-habis suruh saya bagi susu formula.."

Dan banyak lagi kisah-kisah cabaran yang dihadapi oleh para ibu menyusu....
Semangat dan kepercayaan mereka kepada penyusuan susu ibu sangat mengagumkan.

Itu adalah kisah benar...saya sendiri mendengarnya dari mulut tuan punya badan.




JEMPUTAN KHAS

Saya sangat-sangat teruja dan gembira bila Kamariah menjemput saya untuk menghadiri ke satu program yang sangat bermakna - TRAIN THE TRAINERS FOR PEER COUNCELORS PROGRAM.

Latihan yang melakar sejarah di Malaysia.




Dengan berkat usaha dua wanita hebat dari Nurturing Concept Sdn Bhd, Rita dan Kamariah, berjaya meyakinkan penaja UNICEF dan disokong oleh WABA (Malaysia) dan saya adalah di antara 19 wanita bertuah yang terpilih untuk menghadiri program ini.




Tenaga pengajar didatangkan khas dari Amerika Syarikat, Kathy dari La Leche League International (LLLI) dan Puspha dari Paraguay ( warga kelahiran Pulau Pinang yang kini menetap di sana).




LLLI, satu badan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu beroperasi di Amerika Syarikat adalah salah satu organisasi yang banyak berjasa di dalam mengembalikan potensi ibu-ibu untuk mennyusukan anak mereka.

Dan dapat merasa di latih oleh wakil mereka adalah salah satu peluang yang akan direbut oleh sesiapa sahaja yang merasa 'sense of belonging" dengan penyusuan susu ibu.

HARI-HARI PENUH ILMU

6 hari kami berkampung di Sri Kembangan.

Jadual yang padat.
Ilmu yang bermanafaat.
Rakan seperjuangan yang taat.
Idea-idea yang hebat
Makanan yang ringkas dan sedap.

Walaupun program yang sangat padat, ia dijalankan di dalam suasana yang santai dan 'very breastfeeding-mother friendly'.




Hampir setiap beberapa jam, ada sahaja ibu-ibu yang akan mengepam sambil mendengar pembentangan.

Tiada yang memandang serong.
Tiada juga yang mengata mengumpat.

Kami, ibu-ibu menyusu menjadi diri kami sendiri....ingin memberi yang terbaik untuk anak -anak  walau di mana kami berada.



Kathy, dengan pengalaman yang luas sebagai LLL leader tidak lokek memberi ilmu.
Puspha dengan pengalaman menjalankan aktiviti sokongan penyusuan susu ibu di negara Amerika Latin juga mencuri perhatian kami.

Walau faktor geografi dan budaya juga agama kami berbeza, tapi hakikatnya, naluri seorang ibu dan cabaran yang dihadapi oleh kita adalah sama sahaja.

Banyak yang kami pelajari dan banyak juga yang dipelajari dari kami di Malaysia oleh Kathy dan Puspha.

Para peserta pula sangat berbakat dan 'sporting'.Memberi yang terbaik di celah-celah keriuhan anak -anak dan kepenatan yang menjengah.



Menerima dan memberi tanpa mengira masa.

TANGGUNGJAWAB MENGIRINGI ILMU PENGETAHUAN


Saya bukan yang terbaik walau saya telah menghabiskan 6 hari menadah ilmu, saya pasti rakan -rakan yang lain juga bersetuju dengan saya

Namun tanggungjawab kami lebih mencabar selepas ini.

Kami perlu memastikan program Peer Counselor ini disebar-luaskan ke seluruh negara.
Agar lebih ramai lagi yang boleh mendapat manafaatnya.

Rita dan Kamariah telah 'memotong pokok-pokok besar' untuk kita semua, sekarang kami perlu menebas belukar sahaja dan seterusnya sama-sama membuka jalan yang terang dan cerah untuk kebaikan para ibu di luar sana.




Saya sangat berbangga, walau sedikit gementar  dapat bersama-sama meneroka sebarang ketidakpastian untuk masa hadapan kerana saya ditemani oleh rakan-rakan yang tidak lagi menoleh ke belakang...

Buat sahabat-sahabat PCPA (Peer Counselor Programme Administrator):

Kamariah
Rita
Jasmeen
Shiha
Ning
Shida
Jess
Linda
Ezura
Ashikin
Yus
Zatul
Farah
Suria
Suraya
Aishah
Ida

I brought back all the lovable memories that will keep me going whenever I feel down and lonely.

To Kathy,
Those knowledge you shared made me a better person today than yesterday.(and I know who to contact if I 'm blessed with a boy , besides 5 daughters..."wink')


To Pushpa,
Your honesty and openness will always bring smiles to my face and tears to my eyes.



 


ABOVE ALL,
THANKS ALLAH FOR MADE ME THE CHOSEN ONE - to be part of a team that have a single good intention - TO EMPOWER WOMEN.

CABARAN YANG MENANTI.


Ia tidak berakhir di sini...

Setelah 6 hari kami diperkasakan...tugasan memperkasakan ibu-ibu di luar sana sedang menanti.

AYUH, KITA JAYAKAN BERSAMA

MENYUSU ITU  FITRAH

MENYUSU ITU  SUNNAH




Allahu'alam

ummuzulfa
25 Jan 2010










Reblog this post [with Zemanta]

Free Counters
Petco Promotion Code