Friday, February 19, 2010

SINCE NOVEMBER 2009



My reading pace were quite fluctuating.
Sometime I can read few chapters in a go, other days only managed to complete few pages and in the bad days, none at all.

When I was younger, I can read one book in one setting....I remembered completing Perfect by Judith McNaught in one night ( and I missed the class the next day, so it was not a good example actually).

And I spent one morning after subuh prayer until zuhur reading Ayat-ayat Cinta by Kang Abik few years ago.

I doubt I can get that feeling (and time) to re-do that kind of thing.

Okay...

I would say the end of 2009 particularly for Nov and December was my breastfeeding-reading month.

I completed 3 books on breastfeeding (excluding the curriculum from LLI and other small hand-outs on breastfeeding).

Cover of "Breastfeeding with Confidence: ...I started with breastfeeding with Confidence by Sue Cox, one of the big name in breastfeeding (I heard she will be coming to Malaysia this year for a conference)  then proceeded to Breastfeeding Naturally before I indulged into a book by Dr Sears , A Breastfeeding book .

 Honestly, most of the book have sort of  similar contents but of course  with different approach.
 Reading is a great way to increase my knowledge on breastfeeding and I don't feel it as a waste of my money spending on those kind of  books.

After 2-3 months spending time  on breastfeeding books, I guess it's about time I moved on to other genre.

I checked my "waiting list"....

So I just realized I have not read
Travelog Haji,
Ke mana duit anda,
Three cups of tea.
and few academic books on yes, breastfeeding still.

Cover of "Three Cups Of Tea - One Man's M...I decided to skip the first two in my list and grabbed the third one, Three cups of tea.

Wow..such an inspirational book...( I plan to make a dedicated book review on it, just pray for me yea).

After taking a few days off from a book (but not stop reading ), I started on my next book, Travelog Haji.

Not sure how many days I have to spend on this book , but I guess lesser than the previous one.(I hope Wafa can sleep early so I can read more).

I wish I have more time to read.
I wish I have a courage to start writing too.

Because via reading, you know you have to write something  to make it
more valuable.

Just remember one thing.
Reading is an endless journey ....

So let's read...

Allahu'alam


Ummuzulfa
19 Feb 2010



Reblog this post [with Zemanta]

Monday, February 15, 2010

PERJUMPAAN KELAB SUSU IBU SEREMBAN, FEB 2010

Sekali lagi Kelab susu ibu Seremban akan mengadakan perjumpaan ibu ke ibu untuk bulan Feb 2010.

    TARIKH : 21 Feb 2010, ahad

MASA : 9pg -11pg

TEMPAT : TAMAN BANDAR SENAWANG (bersebelahan klinik Rashumi)

PENDAFTARAN : PERCUMA(potluck dialu-alukan)

TAJUK : Penerusan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja.

HUBUNGI : Dr Faridah Idris 019-6548073
myzulfa@gmail.com
bfisfitrah@gmail.com

Perjumpaan ini lebih kepada perkongsian pengalaman dan mendapat maklumat berkaitan mencukupkan stok, memerah susu, penyimpanan dan memberi susu perahan kepada bayi.
Ibu-ibu yang mempunyai kemusykilan lain  juga dialu-dialukan.

Ia akan dilakukan secara santai dan relaks.
Boleh membawa anak.

Harap dapat disebarkan kepada kawan-kawan.

MENYUSU ITU FITRAH
MENYUSU ITU SUNNAH

Friday, February 12, 2010

ILMU YANG SEMAKIN KELABU....

"nak tahu cara mudah mendapatkan wang?

"pendapatan setahun boleh didapati dalam masa sebulan"

"Masuk sekali, dapat duit banyak kali"

" cuma RM50, terpaksa dapat bonus berkali-kali ganda"

Duit bukan segala-galanya ....setuju.
Namun segala-galanya memerlukan duit.....lagi setuju.




Semua orang mahu jadi kaya.
Dapat pergi Mekah cepat dan berkali-kali.
Dapat hantar anak belajar ke luar negeri.
Dapat melancong ke luar negara yang banyak salji.

Tidak salah.
Tidak berdosa.

Cuma bagaimana caranya?

Kebelakangan ini saya sering dihujani dengan pelbagai tawaran untuk menambahkan pendapatan.
SMS, email , blog, facebook.....dunia tanpa sempadan.
Email yang memberitahu saya menang loteri pun ada banyak.

Saya hampir lemas dalam tawaran.

Pendapatan setahun dapat dalam masa sebulan?

Saya amat skeptikal, terutama bila dijanjikan akan mendapat pulangan yang kadang-kadang tidak masuk akal dan tidak perlu buat apa-apa.
Mungkin saya yang jahil, atau 'resist to change' atau tenggelam di dalam 'comfort zone' saya.

Setahu saya, orang-orang kaya ni, bila ditanya, ditemuramah ,dikaji pasti kita akan menemui cerita bagaimana mereka  terpaksa bersusah payah, berkerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh sebelum menjadi seperti sekarang.Satu proses yang memakan masa dan penuh penat lelah.

Saya memang mahu jadi kaya.
Boleh pergi menunaikan haji.
Boleh membiayai pelajaran anak kelak tanpa perlu berhutang dengan PTPTN.
Boleh buat banyak kerja amal.

Saya amat jahil di dalam ilmu ekonomi , terutama mualamalah Islam.
Saya juga yakin ramai yang begitu, hatta golongan yang bergelar ustaz.
Analoginya sama sahaja....kalau saya yang pakar di dalam satu bidang perubatan , tidak semestinya saya tahu dengan mendalam di dalam bidang kepakaran yang lain.
Golongan agama juga melalui fenomena yang sama kerana keluasan ilmu yang ada di dunia.


Kalau tidak takkan ramai orang Melayu kita yang masih terpedaya dengan skim cepat kaya.
Skim cepat kaya yang sering diwar-warkan dengan versi-versi yang sering menyebabkan ramai yang terliur untuk mencuba.


" eh ...mana ada...kita guna konsep takaful untuk menolong orang bayar hutang"
"kita dapat lesen ..."
"ustaz pun ramai yang join dalam program ini"

Ilmu muamalah saya hanya beberapa minggu sahaja semasa saya mengambil Sijil Pengajian Syariah di UM beberapa tahun dulu.

Seingat saya sesuatu perniagaan itu  mesti jelas produknya, penjual dan pembeli juga akad atau kontrak perjanjiannya.

Setiap satu itu ada pula syarat-syaratnya untuk memastikan tiadanya unsur riba' atau ketidakadilan.
Sesuai dengan prinsip Islam yang mementingkan keadilan.

Saya sering mengingatkan diri sendiri agar sentiasa berhati-hati di dalam memilih produk atau prospek pelaburan untuk menambahkan pendapatan.

Siapakah yang empunya syarikat?
Apakah matlamat syarikat?
Siapakah panel syariahnya?
Apakah produk atau pelan pemasaran yang diamalkannya?
Cukupkah dengan akad untuk memastikan bahawa tiada unsur riba' dan penindasan di dalam urusan perniagaan atau pelaburannya?
Bagaimana dengan zakat perniagaannya?
Bagaimana dengan kegiatan amalnya?





Bukan saja saya khuatir dengan duit yang boleh lesap kerana ditipu, namun lebih penting saya takut terlibat di dalam unsur-unsur GHARAR dan RIBA'

Naudzubillahi min zalik.
 Apapun yang penting , kita mesti tambahkan ilmu untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Boleh sahaja orang kata saya cerewet dan terlalu negatif namun saya  tidak mahu  kaya cepat di dunia tetapi  muflis di akhirat.

Nampak gayanya lambat lagi lah saya nak kaya... :D


Allahu'alam


Ummuzulfa
12 Feb 2010

Monday, January 25, 2010

KAMI DIPERKASAKAN (we were empowered)



" Saya terpaksa bawa anak untuk menyusukannya semasa mengambil peperiksaan"

" kawan-kawan lelaki satu pejabat..buat 'dek' je bila saya nak pam, diaorang bukannya kisah pun"

" anak saya tak mahu menyusu dari saya, jadi saya terpaksa mengepam setiap hari sekurang-kurangnya 8 kali untuk bagi dia cukup minum susu saya"

" Emak dan emak mertua saya tak habis-habis suruh saya bagi susu formula.."

Dan banyak lagi kisah-kisah cabaran yang dihadapi oleh para ibu menyusu....
Semangat dan kepercayaan mereka kepada penyusuan susu ibu sangat mengagumkan.

Itu adalah kisah benar...saya sendiri mendengarnya dari mulut tuan punya badan.




JEMPUTAN KHAS

Saya sangat-sangat teruja dan gembira bila Kamariah menjemput saya untuk menghadiri ke satu program yang sangat bermakna - TRAIN THE TRAINERS FOR PEER COUNCELORS PROGRAM.

Latihan yang melakar sejarah di Malaysia.




Dengan berkat usaha dua wanita hebat dari Nurturing Concept Sdn Bhd, Rita dan Kamariah, berjaya meyakinkan penaja UNICEF dan disokong oleh WABA (Malaysia) dan saya adalah di antara 19 wanita bertuah yang terpilih untuk menghadiri program ini.




Tenaga pengajar didatangkan khas dari Amerika Syarikat, Kathy dari La Leche League International (LLLI) dan Puspha dari Paraguay ( warga kelahiran Pulau Pinang yang kini menetap di sana).




LLLI, satu badan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu beroperasi di Amerika Syarikat adalah salah satu organisasi yang banyak berjasa di dalam mengembalikan potensi ibu-ibu untuk mennyusukan anak mereka.

Dan dapat merasa di latih oleh wakil mereka adalah salah satu peluang yang akan direbut oleh sesiapa sahaja yang merasa 'sense of belonging" dengan penyusuan susu ibu.

HARI-HARI PENUH ILMU

6 hari kami berkampung di Sri Kembangan.

Jadual yang padat.
Ilmu yang bermanafaat.
Rakan seperjuangan yang taat.
Idea-idea yang hebat
Makanan yang ringkas dan sedap.

Walaupun program yang sangat padat, ia dijalankan di dalam suasana yang santai dan 'very breastfeeding-mother friendly'.




Hampir setiap beberapa jam, ada sahaja ibu-ibu yang akan mengepam sambil mendengar pembentangan.

Tiada yang memandang serong.
Tiada juga yang mengata mengumpat.

Kami, ibu-ibu menyusu menjadi diri kami sendiri....ingin memberi yang terbaik untuk anak -anak  walau di mana kami berada.



Kathy, dengan pengalaman yang luas sebagai LLL leader tidak lokek memberi ilmu.
Puspha dengan pengalaman menjalankan aktiviti sokongan penyusuan susu ibu di negara Amerika Latin juga mencuri perhatian kami.

Walau faktor geografi dan budaya juga agama kami berbeza, tapi hakikatnya, naluri seorang ibu dan cabaran yang dihadapi oleh kita adalah sama sahaja.

Banyak yang kami pelajari dan banyak juga yang dipelajari dari kami di Malaysia oleh Kathy dan Puspha.

Para peserta pula sangat berbakat dan 'sporting'.Memberi yang terbaik di celah-celah keriuhan anak -anak dan kepenatan yang menjengah.



Menerima dan memberi tanpa mengira masa.

TANGGUNGJAWAB MENGIRINGI ILMU PENGETAHUAN


Saya bukan yang terbaik walau saya telah menghabiskan 6 hari menadah ilmu, saya pasti rakan -rakan yang lain juga bersetuju dengan saya

Namun tanggungjawab kami lebih mencabar selepas ini.

Kami perlu memastikan program Peer Counselor ini disebar-luaskan ke seluruh negara.
Agar lebih ramai lagi yang boleh mendapat manafaatnya.

Rita dan Kamariah telah 'memotong pokok-pokok besar' untuk kita semua, sekarang kami perlu menebas belukar sahaja dan seterusnya sama-sama membuka jalan yang terang dan cerah untuk kebaikan para ibu di luar sana.




Saya sangat berbangga, walau sedikit gementar  dapat bersama-sama meneroka sebarang ketidakpastian untuk masa hadapan kerana saya ditemani oleh rakan-rakan yang tidak lagi menoleh ke belakang...

Buat sahabat-sahabat PCPA (Peer Counselor Programme Administrator):

Kamariah
Rita
Jasmeen
Shiha
Ning
Shida
Jess
Linda
Ezura
Ashikin
Yus
Zatul
Farah
Suria
Suraya
Aishah
Ida

I brought back all the lovable memories that will keep me going whenever I feel down and lonely.

To Kathy,
Those knowledge you shared made me a better person today than yesterday.(and I know who to contact if I 'm blessed with a boy , besides 5 daughters..."wink')


To Pushpa,
Your honesty and openness will always bring smiles to my face and tears to my eyes.



 


ABOVE ALL,
THANKS ALLAH FOR MADE ME THE CHOSEN ONE - to be part of a team that have a single good intention - TO EMPOWER WOMEN.

CABARAN YANG MENANTI.


Ia tidak berakhir di sini...

Setelah 6 hari kami diperkasakan...tugasan memperkasakan ibu-ibu di luar sana sedang menanti.

AYUH, KITA JAYAKAN BERSAMA

MENYUSU ITU  FITRAH

MENYUSU ITU  SUNNAH




Allahu'alam

ummuzulfa
25 Jan 2010










Reblog this post [with Zemanta]

Friday, January 15, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN

Untuk suami yang dikasihi,

Semoga dengan peningkatan umur, seiring dengan peningkatan iman dan amal...






I'm everyhting I am becaused you loved me....



Allahu'alam

Ummuzulfa
15 Jan 2010

Tuesday, January 12, 2010

NAK INGAT TAPI TAK NAMPAK




"Ummi, kakak nak cakap dengan ummi ni...satu perkara yang dah lama akak pendam dalam hati kakak ni" anak sulung saya berkata-kata sambil makan malam.






" apa dia..." saya membalas, sambil menghabiskan  makanan di dalam pinggan.

" Kita kan kena selalu ingat Allah kan....ye lah kalau nak buat apa-apa pun mesti nak ingat Allah kan.."
"Tapi macam mana kita nak ingat Allah selalu  sebab kita tak pernah nampak dia"

"Macam kita kena ingat ummi, sebab selalu nampak ummi, sebab tu senang je nak ingat ummi" kakak berkata lagi....




" Oooh...itu ke" saya melepaskan nafas.( saya ingat nak tanya pasal apa tadi...saspen juga kalau tanya pasal boyfriend ke...:) )

Saya sudah tidak ingat apa yang saya jawab....cuma saya katakan ...

" Kalau kita tak pernah nampak ALlah, tak bermakna kita tak boleh ingat Dia..sebab kita tahu Dia ada kat mana-mana"

"Macam angin lah...kita tak pernah nampak dia tapi kita tahu angin ada sebab kita boleh rasa dia" saya cuba untuk meyakinkan dia...




Ada beberapa perkara lagi yang saya cakapkan...
Saya tidak pasti dia faham atau tidak....

Ini adalah di antara beberapa siri soalan yang anak saya mula bertanya...

" Macam mana nak kusyuk solat"
" Boleh ke pakai selendang, umi"


Secara peribadi , saya merasakan saya sangat kekurangan ilmu untuk menerangkan perkara sedemikian tanpa perlu untuk pergi ke perbincangan yang lebih kompleks....

Saya masih tercari-cari hujjah yang simple namun meyakinkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun...

Ada sesiapa yang sudi berkongsi?


Allahu'alam

ummuzulfa
12 Januari 2010

Saturday, January 9, 2010

SANTAI BERILMU - MENANGANI TEKANAN UNTUK WANITA.


Kelab Susu Ibu Seremban ingin menjemput para ibu di sekitar Negeri Sembilan dan negeri - negeri jiran ke program kami yang julung-julung kalinya selepas penubuhan Novermber 2009.

PROGRAM SANTAI BERILMU  : MENANGANI TEKANAN UNTUK WANITA
(STRESS MANAGEMENT FOR WOMEN)

BERSAMA DR UMI ADZLIN SILIM
Pakar Psikiatri Hospital Kajang

TARIKH:
24 JANUARI 2010

TEMPAT :
9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG,
NEGERI SEMBILAN

MASA:
9-30 -11-30 PAGI


PENDAFTARAN
RM15.00


ATURCARA :
Ta'aruf
Pengenalan
Perkongsian ilmu bersama Dr Umi.

MAKLUMAT LANJUT:
Dr Faridah Idris
019-6548073
myzulfa@gmail.com

ACARA SAMPINGAN:
sewaan bahan bacaan - berkaitan penyusuan susu ibu, keibubapaan,islam dan lain-lain
Jualan Produk HPA
Jualan keju Halal Buatan Malaysia Tja Cheez.



Jamuan ringan (kuih) akan disediakan.Hidangan potluck sangat dialu-alukan. Harap dapat menghubungi saya sekiranya sedia untuk membawa makanan.

Program akan diadakan secara santai dan relaks dan para ibu boleh membawa bayi masing-masing.

Para ibu menyusu yang ingin khidmat nasihat berkaitan penyusuan juga dialu-dialukan untuk turut serta kerana perbincangan tidak diadakan secara formal.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

PERKONGSIAN ILMU DENGAN MEREKA YANG PAKAR  DENGAN KOS YANG MINIMA

TEMPAT TERHAD.




Allahu'alam

ummuzulfa
9 Jan 2010


Free Counters
Petco Promotion Code